Majlis yang sederhana tetapi meriah ini adalah usaha daripada semua AJK dan kerjasama dari semua penghuni adalah sangat baik.
Walaupun pada awalnya hujan turun agak lebat, tetapi kehadiran para tetamu adalah menggalakkan dengan ada yang bukan warga setempat pun hadir sama.
Sebahagian tetamu yang hadir
Selesai majlis, kaum bapa telah bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran dan mengemas semua peralatan yang telah digunakan termasuk memulangkan semua kerusi meja dan peralatan hidangan yang dipinjam daripada surau berdekatan. Manakala kaum ibu pula bergotong royong mengumpulkan semua juadah yang tidak habis untuk dibawa balik ke rumah masing - masing... tak mahu membazir kata mereka....Semoga usaha murni seperti ini akan diteruskan lagi pada masa - masa akan datang.
No comments:
Post a Comment