Perkhidmatan tren KTM Berhad ke laluan Utara yang sebelum ini tergendala sejak 14 September 2011 yang lalu akibat kerosakan pada struktur landasan di antara Stesen Sg Buluh dan Rawang (km. 366.523) telah kembali pulih seperti biasa mulai jam 9.25 pagi hari ini
(17 September 2011).
Kerja-kerja baik pulih landasan telah siap sepenuhnya pada jam 9.00 pagi hari ini dan serentak dengan itu tenaga elektrik bagi laluan tersebut telah kembali dibekalkan pada jam 9.20 pagi.
Dengan perkembangan terbaharu ini, kesemua perkhidmatan tren meliputi Komuter, ETS, Intercity dan Kargo telah kembali beroperasi seperti dijadualkan. Walau bagaimanapun, kelewatan perjalanan antara 5 – 10 minit dijangka berlaku disebabkan tren perlu diperlahankan di kawasan yang baharu dibaik pulih.
KTM Berhad memohon maaf atas kesulitan dan masalah yang dihadapi oleh para pengguna perkhidmatan kami di sepanjang tempoh kerja-kerja baik pulih dilaksanakan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862 (9.00 pagi – 10.00 malam).
Syukurlah semuanya selamat. Jangan disebabkan masalah seperti ini, kalian menjauhkan diri dari menggunakan perkhidmatan keretapi. Kejadian ini jarang berlaku dan sekiranya ianya berlaku, pihak KTMB akan membaikinya dengan segara. Penumpang perkhidmatan Antarabandar dan KTM Komuter telah dibantu dengan sebaik - sebaiknya untuk meneruskan perjalanan mereka.
Kepada kakitangan KTMB yang terlibat dalam menyiapkan landasan, syabas dan tahniah di atas usaha keras anda semua walaupun terpaksa mengorban cuti panjang sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September yang lepas. Harap - harap pihak atasan KTMB tidak terlepas pandang kepada mereka - mereka yang telah bertungkus lumus bekerja siang dan malam bagi memastikan perjalanan tren dapat diteruskan semula.
No comments:
Post a Comment