Wednesday, 28 December 2011

Reading..3 Brighton..0

Tiada nota gembira yang dicatatkan oleh pasukan Brighton menjelang 'Boxing Day' apabila tewas 0 - 3 ketika menentang pasukan Reading di Stadium Madejski, Reading pada 26 Disember 2011.

Walaupun pengurus pasukan Gus Poyet membuat dua perubahan terhadap kesebelasan utama yang tewas 0 -1 kepada Burnley sembilan hari lalu, termasuk menampilkan Will Buckley buat pertama kali sejak bulan Ogos 2011, Brighton masih gagal untuk beraksi dengan baik.

Ketiadaan Ashley Barnes dan Romain Vincelot yang sedang menjalani penggantungan tiga perlawanan ekoran dibuang padang sewaktu menentang Burnley, amat dirasakan. Buckley dan Matt Sparrow mengambilalih tempat mereka berdua.

Sementara itu, pemain pertahanan kelahiran Brighton Grant Hall dinamakan sebagai pemain simpanan buat pertama kali dalam kariernya bersama pasukan utama Brighton.

Reading mendahului 2 - 0 dalam separuh masa pertama menerusi dua jaringan Jobi McAnuff pada minit ke-16 dan 46. Gol ketiga Reading pada minit ke-92 perlawanan adalah gol sendiri oleh Adam El-Abd, yang tertampan bola ke gawang sendiri dalam usahanya untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Seramai 22,141 orang peminat bolasepak telah hadir menyaksikan perlawanan ini di mana 2,751 orang penonton adalaah penyokong setia pasukan Brighton.

Dengan kesemua pasukan sudah bermain sebanyak 23 perlawanan, Brighton kekal di tangga kesebelas Liga Kejuaraan dengan mengutip 32 mata. Southampton masih di depan dengan mengumpul 47 mata diikuti West Ham United dan Middlesbrough (44 mata), Cardiff City dan Hull City (39 mata), Reading (36 mata), Blackpool dan Leeds United (35 mata) serta Burnley dan Crystal Palace (33 mata).

Perlawanan pasukan Brighton seterusnya adalah menentang Coventry City di Highfield Road pada hari Sabtu, 31 Disember 2011.

KESEBELASAN UTAMA

Reading: Fererici; Griffin, Gorkss (Harte 90+3), Pearce, Cummings; Kebe, McAnuff, Leigertwood, Karacan; Church (Antonio 88), Le Fondre (Hunt 75). Pemain simpanan yang lain: Andersen (GK), Tabb.

Brighton: Ankergren; El-Abd, Greer, Dunk, Taricco; Bridcutt, Harley, Sparrow, LuaLua (Paynter 62); Buckley (Noone 62), Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Navarro, Hall.

No comments:

Post a Comment