Saturday, 31 December 2011

Untuk Orang Ipoh Dan Batu Gajah Aje....

Berita baik kepada semua pengguna ETS di kawasan Ipoh dan Batu Gajah.

Mulai esok (1 Januari 2012) sehingga 31 Mac 2012, satu promosi harga bagi perjalanan Ipoh - Batu Gajah - Ipoh akan diadakan.

Aku tak tahu apa tujuan sebenarnya promosi ini diadakan, tetapi bagi aku selain daripada memperkenalkan perkhidmatan ETS ini kepada penduduk setempat, kesempatan ini juga perlu diraih oleh kalian yang sentiasa berulangalik di kawasan tersebut terutamanya yang bekerja di Ipoh atau Batu Gajah. Kesesakan lalulintas boleh dikurangkan dan tak perlu bayar duit parking.

Kepada yang tak pernah cuba perkhidmatan ETS, aku rasa inilah peluang terbaik untuk kalian menaiki tren ini.

Cuma aku nak cadangkan agar pihak - pihak yang berwajib untuk menyediakan perkhidmatan bas di Stesen Ipoh dan Stesen Batu Gajah agar penjawat awam boleh sampai ke tempat kerja tepat pada waktunya.

1 comment:

  1. sekarang dah kena bayar rm6 sehari parking...betulx2 kapitalis

    ReplyDelete