Monday, 26 December 2011

Jawatan Kosong- Pembantu Trafik Lelaki dan Wanita

* Beberapa hari yang lalu aku telah menyiarkan iklan ini tetapi memandangkan ianya kini terbuka untuk lelaki dan wanita, maka aku siarkan iklan Pembantu Trafik Lelaki dan Wanita Gred N09G10 sekali lagi.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PEMBANTU TRAFIK LELAKI DAN WANITA GRED N09G10

Kelayakan

  • Calon luar hendaklah berumur tidak melebihi 26 tahun dan 35 tahun bagi calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad pada tarikh iklan ditutup;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna;
  • Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;
  • Mempunyai etika perkhidmatan pelanggan yang baik;
  • Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  • Bersedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB

Spesifikasi Tugas

  • Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;
  • Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;
  • Menjalankan tugas-tugas berkaitan perkhidmatan pelanggan di atas tren atau di tempat kerja;
  • Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;
  • Membantu mengilirkan isyarat Semboyan Tangan bila mana perlu;
  • Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan;

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 3 Januari 2012 ke alamat berikut:-

Pengurus Besar

Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi

Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad

Jalan Sultan Hishamuddin

50621 Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment