Acara di
sebelah pagi hanyalah mengemaskan beg pakaian dan pelbagai barangan cenderahati
untuk dibawa pulang ke Malaysia. Lepas siap mengemas beg, aku bersama
rakan-rakan yang lain menonton televisyen.
Ada banyak saluran daripada berbagai bahasa untuk kalian memilihnya. Kami lebih
gemarkan saluran sukan yang disiarkan dalam Bahasa Inggeris.
Sementara
menanti waktu petang untuk ke Marina Park menyaksikan Perarakan Milan 12,
aku tidur sebentar. Penat semalam tak hilang lagi.
Jam 12
tengahari, aku dikhabarkan bahawa bas yang membawa kami ke Marina Park
akan bergerak jam 2 petang. Pemandu bas memaklumkan bahawa jalanraya menuju ke
Marina Park penuh sesak dengan kenderaan membawa orang ramai yang turut sama
ingin menyaksikan perarakan.
Selepas
semuanya dah ada, bas pun bergerak menuju ke Pusat Bandar. Pemandu bas telah
membawa kami melalui jalan yang tidak pernah kami lalui sebelum ni. Kenderaan
tak berapa banyak dan kelihatan banyak bangunan kerajaan di kiri dan kanan
jalan.
Kelajuan
bas tiba-tiba tersekat apabila mula memasuki kawasan pusat bandar. Jalan dua
hala dan jadi jalan sehala. Bandaraya Port Blair semacam ada pesta
besar-besaran sebentar lagi. Yang tua mahupun yang muda, lelaki dan perempuan
semuanya menuju ke Pantai Marina Park.
Oleh kerana
kenderaan dah tak boleh masuk dekat dengan tempat perarakan, maka kami terpaksa
turun dari bas dan berjalan kaki sejauh lebih kurang 2 kilometer untuk sampai di
pentas utama. Kelihatan ramai anggota tentera dan polis berkawal di mana-mana
tempat dalam kawasan perarakan tersebut.
Antara
kereta (lori) berhias yang mengambil bahagian.
Cantik
kan???
Inilah
Pantai Marina Park yang panjangnya lebih kurang 6 atau 7 kilometer. Ianya
dihias dengan bendera yang berwarna warni yang berkibar ketika ditiup angin.
Cuaca pada petang ini amat panas sekali.
Jam 5
petang barulah acara bermula dengan didahului oleh penerbangan hormat sebuah
helikopter yang membawa bendera Milan 12.
Ini diikuti
dengan pertunjukan udara dan payung terjun.
Selepas itu
perarakan pun bermula…
Tentera
Darat India
Pancaragam
Tentera India
Tentera
Laut India
Tentera
Udara India
Coast Guard
India
Polis
Kepulauan Andaman & Nicobar
Pancaragam
Polis Kepulauan Andaman & Nicobar
Ini macam
RELA atau Pertahanan Awam di tempat kita….
Pancaragam
KRC
Negara
Australia
Sebahagian
penonton di pentas yang disediakan
Negara
Bangladesh
Negara
Brunei Darussalam
Negara
Republik Indonesia
Negara
Mauritius
Negara
Myanmar
Negara New
Zealand
Negara
Filipina
Negara
Seychelles
Negara
Singapura
Negara
Thailand
Orang ramai
masih belum berganjak dari tempat masing-masing.
Acara
tarian masih diteruskan.
Persembahan
oleh Indian Air Force Warrior
Pertunjukan
‘flare’
Ini sahabat
yang baru aku kenal
Sementara
menanti waktu matahari jatuh, aku berjalan kaki hampir ke penghujung Marina
Park. Letih la pulak, mujur ada bawa bekal air dan biskut.
Anak ini
mendapat perhatian umum.
Sewaktu
matahari terbenam, kapal-kapal Tentera Laut India telah melancarkan roket yang
berwarna warni.
Habis sudah
acara petang ini. Bro… nak pi mana tu? Gelap dah kat sini…. nanti sesat lak....
Bersama
dengan warga Andaman & Nicobar, kami pun berjalan balik mencari bas. Cari
punya cari akhirnya jumlah dengan bas kami, itu pun sesudah berjalan kaki
sejauh hampir 5 kilometer dari tempat perarakan…
Penat tak
penat lah, selepas membersihkan diri, aku pun makan malam. Tak sedar aku
terlelap atas sofa di ruang tamu tempat penginapan kami….
No comments:
Post a Comment