Friday, 30 March 2012

Jawatan Kosong - Pembantu Tadbir (Operasi)


KTMB (Car Park) Sdn. Bhd., adalah sebuah anak syarikat milik Keretapi Tanah Melayu Berhad, yang mengendalikan medan letak kereta semenjak 1995. 

Syarikat ini  mempelawa calon-calon yang komited, bermotivasi dan mempunyai kelayakan yang sesuai untuk menyertai syarikat ini sebagai :

PEMBANTU TADBIR - OPERASI
( Lelaki Sahaja )

SYARAT KELAYAKAN
a) Berumur  di antara  22 - 35 tahun.
b) Warganegara Malaysia.
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
d) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
e) Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan Komputer.
f) Mempunyai Sijil Kejuruteraan Elektrik/Elektronik dari institusi-institusi pengajian yang diiktiraf adalah satu kelebihan.
g) Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
h) Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian / tanpa pengawasan.

CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran pasport.  Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
b) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
c) Calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang diakui sah oleh Pegawai Kerajaan serta gambar berukuran pasport semasa temuduga.
d) Segala kos berkaitan dengan permohonan dan temuduga jawatan tersebut adalah tanggungjawab calon.
e) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 06hb. April 2012 ke alamat berikut:-

KTMB (Car Park) Sdn. Bhd.,
Tingkat Bawah, Platfom 1, Blok Annexe Selatan,
Bangunan Stesen Keretapi,Jalan Sultan Hishamudin,
50050 Kuala Lumpur.
Tel : 03 – 2273 6419 / 2263 1470

No comments:

Post a Comment