Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
PEMBANTU TRAFIK
(GRED N09G10)
Kelayakan
- Calon luaran hendaklah berumur tidak melebihi 25 tahun dan 35 tahun bagi calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad pada tarikh iklan ditutup;
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
- Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
- Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna;
- Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;
- Mempunyai etika perkhidmatan pelanggan yang baik;
- Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
- Bersedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB
Spesifikasi Tugas
- Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;
- Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;
- Menjalankan tugas-tugas berkaitan perkhidmatan pelanggan di atas tren atau di tempat kerja;
- Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;
- Membantu mengilirkan isyarat Semboyan Tangan bila mana perlu;
- Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan;
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan resume lengkap
mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil
persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan
sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem.
Permohonan yang tidak lengkap serta gagal memenuhi syarat yang
ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
Untuk calon-calon luaran hanya calon-calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk di temuduga.
Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 19 Ogos 2013 ke alamat berikut:-
Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel: 03-22631368/03-22631312
No comments:
Post a Comment