Sunday, 2 October 2011

Landasan Keretapi Cawangan Ampang

Kejayaan pembukaan laluan pertama dari Kuala Lumpur ke Bukit Kuda (Klang) telah meransang untuk pembinaan lebih banyak lalu keretapi ke lain – lain tempat dari Kuala Lumpur. Kajian ke atas perluasan pembinaan landasan bermula pada tahun 1888 dan tender – tender telah dikeluarkan pada tahun 1889 untuk pembinaan laluan sehingga ke Rawang.

Ketika laluan di Ulu Selangor dalam pembinaan, satu laluan yang pendek telah dibina oleh Jabatan Keretapi ke kawasan perkampungan lombong yang kecil di Pudu, yang mana terdapat 20,000 orang China yang tinggal di kawasan sajauh 1.8 batu dari Kuala Lumpur ini.

Kerja – kerja pembinaan yang bermula pada bulan Mei 1892 telah disiapkan pada 1 Jun 1893 dengan perbelanjaan sebanyak $91,856.65.

Peta Keretapi Tanah Melayu Tahun 1991

Laluan ini dibuka untuk trafik pada bulan Jun 1893. Terdapat dua buah stesen di laluan ini. Laluan dari Kuala Lumpur adalah melalui Sungai Kelang dengan jambatan besi di sepanjang Foch Avenue (Jalan Tun H. S. Lee) merentasi Jalan Rodger, berhampiran Pasar Budaya, Jalan Bandar, Jalan Petaling dan Jalan Sultan, ke stesen pertama yang dipanggil Stesen Jalan Sultan, terletak hanya sebelum simpang di mana terdapatnya jalan seda ada ke Pudu Sentral pada masa ini dan bulatan yang menyambungkan Jalan Sultan. Dari jalan ini ia terus ke Jalan Pudu.

Stesen Sultan Street

Keadaan trafik di Kuala Lumpur telah semakin sesak dan laluan keretapi yang melalui bandar – bandar dan jalan – jalan yang mana mempunyai banyak lintasan rata di dapati tidak memberi keselesaan kepada pengguna jalanraya yang lain. Laluan dari Kuala Lumpur ke Stesen Jalan Sultan kemudiannya dipindahkan pada tahun 1912 dan satu sambungan dibuat dengan laluan baru melalui simpang Pelabuhan Klang.

Laluan ini menjadi semakin sibuk dengan trafik penumpang yang mana membawa 1,400 penumpang sehari pada tahun 1893 dan 1,682 orang penumpang sehari pada tahun 1894. Laluan ini disambungkan ke jalan Sungai Besi, iaitu pusat perlombongan terbesar, di mana terdapatnya lombong terbuka terbesar di dunia. Landasan sepanjang 8 ½ batu ini disiapkan dan dibuka pada awal Mac 1895.

Stesen Pudu
Stesen – stesen Jalan Sultan dan Pudu disambungkan dengan satu laluan dari Simpang Salak Selatan yang juga kemudiannya disambungkan ke Stesen Ampang, iaitu sejauh tiga batu 65 rantai melalui Simpang Ampat. Laluan ke Ampang telah dibuka pada 1 Mei 1914. Semua simpang – simpang tersebut dikawalselia melalui sebuah kabin semboyan yang dikenali sebagai Simpang Ampang Kabin.

Stesen Ampang

Kesibukan landasan cawangan ini semakin bertambah apabila banyak sisian – sisian perkhidmatan dibuka untuk menampung permintaan pelanggan yang mahukan pergerakan barang – barang secara pukal. Antara yang popular adalah Sisian Tasek Cement yang terletak di Pudu Ulu dan Sisian United Engineers Company di Ampang.

Sungguhpun begitu, landasan cawangan Ampang ini telah ditutup sepenuhnya mulai 16 September 1993 bagi memberi peluang untuk dilaksanakan kerja – kerja pembinaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) .

Stesen Pudu sebelum Projek LRT

Bagi menggantikan Depot Simen TCB di Pudu Ulu yang terlibat dengan Projek LRT, sebuah depot simen yang baru telah dibina di Sungai Buloh. Projek pembinaan depot ini telah dimulakan pada tahun 1994 dan siap pada Disember 1995.

Demikianlah berakhirnya sejarah landasan Cawangan Ampang ini ditutup semata – mata untuk projek yang lebih menguntungkan. Sekiranya kalian menaiki LRT ke Ampang, kalian masih boleh melihat kesan – kesan peninggalan landasan keretapi termasuk jambatan dan sisian perkhidmatan yang digunakan untuk tempat penyelenggaraan LRT.

Kasih Tak Terhurai

Kasih Tak Terhurai

Kau temui jalanmu
Apakah kau pasti
Itu yang kau cari

Aku tak menyalahkan
Bahkan merelakan
Takdir itu takdir


Namun ke mana
Dan bagaimana
Ku bawa cintaku


Pedih yang menampar
Menambahkan luka
Pada ku yang terlalu menyintaimu..


Gemersik menikam
Tersayat sembilu
Apakah ini 'kan berakhir


Namun tangisanmu yang
Telah kau titiskan
Waktu perpisahan

Memberikan ku tanda
Satu keraguan
Kian bergelora


Namun siapakah
Bisa huraikan
Pertanyaan ini


Hanyalah dirimu
Yang menyimpan rahsia
Jawapan pasti yang ku nantikan..


Ku tetap menanti
Saat kau kembali
Ke asalmu, pangkuanku

Ipswich Town..3 Brighton..1

Agak mendukacitakan juga prestasi pasukan Brighton sejak kebelakangan ini. Kekalahan demi kekalahan yang dialami sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran kepada semua penyokong kelab akan kemampuan sebenar kelab kecil ini untuk bersaing dalam Liga Kejuaraan nPower musim ini.

Terbaru, Brighton dikalahkan oleh pasukan Ipswich Town 3 – 1 di Portman Road, malam tadi.

Pengurus pasukan Gus Poyet membuat empat pertukaran pemain dari barisan yang tewas 3 – 1 kepada Crystal Palace dalam perlawanan pada hari Selasa, termasuk memberi peluang kepada Vicente Rodriguez untuk membuat penampilan pertama bersama Brighton.

Penyerang dari Sepanyol itu mengambil tempat Craig Noone di bahagian kiri, sementara Alan Navarro mengambil tempat Ryan Harley.

Inigo Calderon yang diketepikan pada perlawanan pertengahan minggu, kembali mengambil tempat Mauricio Taricco di bahagian pertahanan kanan dan Romain Vincelot mengisi bahagian tengah pertahanan mengambil tempat Lewis Dunk yang digantung perlawanan.

Tiada gol yang dihasilkan pada separuh masa pertama. Brighton mula menyerang apabila babak kedua bermula dan akhirnya mendapatkan gol pada minit ke-54 menerusi Vicente Rodriguez. Ipswich menyamakan kedudukan lima minit kemudian menerusi Michael Chopra. Ibrahima Sonka menjadikan kedudukan 2 – 1 buat Ipswich pada minit ke-69 sebelum Chopra sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-73 untuk memberikan kemenangan 3 – 1 kepada Ipswich.

Dengan kekalahan ini yang menarik perhatian 19,793 orang peminat termasuk 1,568 orang penyokong pasukan Brighton, ‘The Seagulls’ kekal di tangga kelima liga dengan Southampton terus menerajui takhta liga.

Perlawanan seterusnya adalah pada 15 Oktober 2011 menentang pasukan Hull City di laman sendiri.

Ipswich Town: (4-4-2) Stockdale; Edwards, Collins, Sonko, Cresswell; Bullard, Andrews, Bowyer (Emmanuel-Thomas 79), Leadbitter; Scotland, Chopra (Wabara 89). Pemain simpanan yang lain: Lee-Barrett (GK), Delaney, Ellington.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Greer, Vincelot, Painter; Bridcutt, Navarro (Harley 74), Dicker (Hoskins 81), Vicente (Noone 74); Mackail-Smith, Barnes. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Cook.