Wednesday, 22 February 2012

Hari Kelima Di Port Blair

Acara di sebelah pagi hanyalah mengemaskan beg pakaian dan pelbagai barangan cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Lepas siap mengemas beg, aku bersama rakan-rakan yang lain menonton televisyen. Ada banyak saluran daripada berbagai bahasa untuk kalian memilihnya. Kami lebih gemarkan saluran sukan yang disiarkan dalam Bahasa Inggeris.

Sementara menanti waktu petang untuk ke Marina Park menyaksikan Perarakan Milan 12, aku tidur sebentar. Penat semalam tak hilang lagi.

Jam 12 tengahari, aku dikhabarkan bahawa bas yang membawa kami ke Marina Park akan bergerak jam 2 petang. Pemandu bas memaklumkan bahawa jalanraya menuju ke Marina Park penuh sesak dengan kenderaan membawa orang ramai yang turut sama ingin menyaksikan perarakan.

Selepas semuanya dah ada, bas pun bergerak menuju ke Pusat Bandar. Pemandu bas telah membawa kami melalui jalan yang tidak pernah kami lalui sebelum ni. Kenderaan tak berapa banyak dan kelihatan banyak bangunan kerajaan di kiri dan kanan jalan.
Kelajuan bas tiba-tiba tersekat apabila mula memasuki kawasan pusat bandar. Jalan dua hala dan jadi jalan sehala. Bandaraya Port Blair semacam ada pesta besar-besaran sebentar lagi. Yang tua mahupun yang muda, lelaki dan perempuan semuanya menuju ke Pantai Marina Park.
 
 
Oleh kerana kenderaan dah tak boleh masuk dekat dengan tempat perarakan, maka kami terpaksa turun dari bas dan berjalan kaki sejauh lebih kurang 2 kilometer untuk sampai di pentas utama. Kelihatan ramai anggota tentera dan polis berkawal di mana-mana tempat dalam kawasan perarakan tersebut.
Antara kereta (lori) berhias yang mengambil bahagian.
Cantik kan???
Inilah Pantai Marina Park yang panjangnya lebih kurang 6 atau 7 kilometer. Ianya dihias dengan bendera yang berwarna warni yang berkibar ketika ditiup angin. Cuaca pada petang ini amat panas sekali.
Jam 5 petang barulah acara bermula dengan didahului oleh penerbangan hormat sebuah helikopter yang membawa bendera Milan 12.
Ini diikuti dengan pertunjukan udara dan payung terjun.
Selepas itu perarakan pun bermula…
Tentera Darat India
Pancaragam Tentera India
Tentera Laut India
Tentera Udara India
Coast Guard India
Polis Kepulauan Andaman & Nicobar
Pancaragam Polis Kepulauan Andaman & Nicobar
Ini macam RELA atau Pertahanan Awam di tempat kita….
Pancaragam KRC
Negara Australia
Sebahagian penonton di pentas yang disediakan
Negara Bangladesh
Negara Brunei Darussalam
Negara Republik Indonesia
Negara Mauritius
Negara Myanmar
Negara New Zealand
Negara Filipina
Negara Seychelles
Negara Singapura
Negara Thailand
Selepas semua kontinjen negara peserta melintas lalu, diadakan pula pertunjukan tarian.
Orang ramai masih belum berganjak dari tempat masing-masing.
Acara tarian masih diteruskan.
Persembahan oleh Indian Air Force Warrior
Pertunjukan ‘flare’
Ini sahabat yang baru aku kenal
Sementara menanti waktu matahari jatuh, aku berjalan kaki hampir ke penghujung Marina Park. Letih la pulak, mujur ada bawa bekal air dan biskut.
Anak ini mendapat perhatian umum.
Sewaktu matahari terbenam, kapal-kapal Tentera Laut India telah melancarkan roket yang berwarna warni.
Habis sudah acara petang ini. Bro… nak pi mana tu? Gelap dah kat sini…. nanti sesat lak....
Bersama dengan warga Andaman & Nicobar, kami pun berjalan balik mencari bas. Cari punya cari akhirnya jumlah dengan bas kami, itu pun sesudah berjalan kaki sejauh hampir 5 kilometer dari tempat perarakan…
Penat tak penat lah, selepas membersihkan diri, aku pun makan malam. Tak sedar aku terlelap atas sofa di ruang tamu tempat penginapan kami….

Liverpool..6 Brighton..1


Memalukan tetapi berharga. Itulah yang dapat aku simpulkan sesudah menyaksikan siaran secara langsung perlawanan Pusingan Kelima Piala FA England di antara Liverpool dan Brighton yang disiarkan oleh ASTRO Saluran 813. Terima kasih ASTRO!!

Malu kerana inilah kekalahan paling besar yang dialami oleh Brighton pada musim ini. Kekalahan ini juga merupakan kekalahan pertama dari empat perlawanan Piala FA yang melibatkan Liverpool dan Brighton. Sebelum ini Brighton menang sekali dan seri dua kali dalam kunjungan ke Anfield. Berharga kerana pengalaman yang diperolehi daripada perlawanan ini boleh dijadikan bekalan untuk mengharungi baki perlawanan musim ini.

Pengurus pasukan Gus Poyet membuat tiga pertukaran pemain dari barisan utama yang seri 2-2 dengan Millwall dalam perlawanan pertengahan minggu, dengan menyenaraikan kembali Kazenga LuaLua dalam kesebelasan utama kali ini. Pemain sayap Republic Congo itu mengambil tempat Craig Mackail-Smith, dan pemain penyerang itu disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Sementara itu, Adam El-Abd bermula sebagai pertahanan kiri dan Will Buckley kembali ke bahagian tengah selepas kedua-duanya terlepas perlawanan dengan Millwall; Joe Mattock dan Gonzalo Jara Reyes pula terkeluar dari senarai yang dibawa ke Anfield. Vicente pula sekadar mendapati beliau hanyalah sebagai pemain simpanan.

Liverpool memulakan jaringan menerusi Martin Skrtel pada minit ke-5. Kazenga LuaLua menyamakan kedudukan pada minit ke-17 menerusi satu sepakan percuma yang menarik. Pada minit ke-44, sekali lagi Liverpool mendahului apabila bola tandukan Glen Johnson tertampan ke dalam gol oleh Liam Bridcutt.

Separuh masa kedua bermula dengan agak baik buat Brighton yang mencari gol penyamaan. Malangnya Andy Carroll telah menghukum kealpaan pemain Brighton dengan satu sepakan kencang pada minit ke-57. Brighton yang ketinggalan 1-3 tidak mudah putus asa dan masih berbalas serangan dengan Liverpool sehinggalah Liam Bridcutt sekali lagi tertampan bola masuk ke dalam gol sendiri, kali ini dari percubaan oleh Steven Gerrard.

Malang sekali lagi menimpa buat Brighton apabila menghadiahkan Liverpool dengan satu lagi gol sendiri. Giliran Lewis Dunk yang cuba untuk menyelamatkan bola tetapi tersepak masuk ke gawang sendiri pada minit ke-74.

Demi mengekang asakan bertali arus Liverpool, Craig Noone telah menjatuhkan Dirk Kuyt dalam kotak penalti pada minit ke-80. Walau bagaimanapun, tendangan penalti oleh Luis Suarez telah diselamatkan oleh penjaga gol Brighton, Peter Brezovan.

Kenduri gol Liverpool berakhir apabila Luis Suarez menanduk masuk hantaran lintang oleh Andy Carroll pada minit ke-85. Keputusan akhir Liverpool menewaskan Brighton & Hove Albion 6-1 dan akan bertemu Stoke City dalam perlawanan suku akhir.

Seramai 43,940 orang peminat bolasepak telah menyaksikan perlawanan yang pada separuh masa pertama agak seimbang tetapi dikuasai sepenuhnya oleh Liverpool pada separuh masa kedua.

Perlawanan seterusnya bagi Brighton adalah menentang Hull City di KC Stadium pada hari Rabu, 22 Februari 2012.

SENARAI PEMAIN

Liverpool: (4-4-2) Jose Reina; Glen Johnson, Jamie Carragher, Martin Skrtel, Sanchez Jose Enrique; Charlie Adam, Jordan Henderson (Dirk Kuyt 77), Steven Gerrard (Jonjo Shelvey 77), Stewart Downing; Luis Suarez, Andy Carroll. Pemain simpanan yang lain: Alexander Doni (GK), Rodriguez Maxi, Sebastian Coates, Jay Spearing, Martin Kelly.

Albion: (4-4-2) Peter Brezovan; Inigo Calderon, Gordon Greer, Lewis Dunk, Adam El-Abd (Rodriguez Vicente 69); Will Buckley (Craig Noone 46), Liam Bridcutt, Alan Navarro, Kazenga LuaLua; Ashley Barnes, Sam Vokes (Craig Mackail-Smith 69). Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Ryan Harley, Torbjorn Agdestein, Romain Vincelot.

Jawatan Kosong - Senior Manager Training, Finance and Administration


Application are  invited from suitable qualified candidates  to apply and fill the following vacancy in KTM Berhad.

SENIOR MANAGER TRAINING, FINANCE & ADMINISTRATION
(Malaysian Railway Academy Batu Gajah)

Responsibilities
  • Assists to establish departmental measurements that support the accomplishment of KTMB’s strategic goals
  • Prepare annual departmental budget for Operational Expenditure (OPEX) and Capital Expenditure (CAPEX)
  • Perform timely analysis monthly reporting of the Profit & Loss Statement of the Malaysian Railway Academy
  • Perform Cost Benefit Analysis (CBA) in the execution of any business proposals
  • Manage financial processes of purchases, procurement, invoicing and receipts of payments in accordance to the accrual accounting system
  • Conduct monthly review and prepare monthly management report on financial performance activities, KPIs and Balance Score Card
  • Oversee the planning, co=ordination and implementation of facilities management works and processes including training support facilities and overall academy facilities
  • Plan and implement business development activities to obtain the optimize income
  • To ensure that monthly revenue targets are consistently met
  • Development of charge-out costing rates per pax for each individual course programs
Requirements
  • Minimum Degree in Finance/ Business Administration/ Management preferably with Accounting background
  • At least 5 years experience in Grade 5(for internal candidates) or at least 5 years experience  in training, Finance & Administration
  • Must be computer literate
  • Computer-based modular systems understanding
  • Be conversant in English both spoken and written
Interested applicants are invited to write – in together with detailed resume, contact number and a non-returnable passport size photograph (with latest photo) not later than 2 March 2012 to the following address. (Only shortlisted candidates will be notified).

GENERAL MANAGER
Talent Management and Organisation Development (Staff Planning)
Keretapi Tanah Melayu Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur.
Tel: 03-22631312 or 22631130