Tuesday, 20 August 2013

Jualan Tiket Bagi Perkhidmatan Tren Transit No.91 & No.92

Berkuatkuasa 6 Ogos 2013, pengeluaran tiket Tren Transit No. 91 (Tumpat - Woodlands) atau Tren Transit No. 92 (Woodlands - Tumpat) tertakluk kepada jarak perjalanan.
a. Tiket Jarak Dekat
b. Tiket Jarak Jauh

Syarat-syarat pengeluaran Tiket Jarak Dekat
a. Jarak perjalanan kurang daripada 70km, atau
b. Tambang perjalanan Kelas 2 dewasa kurang atau bersamaan RM5.00.
c. Penumpang dikecualikan bayaran tempahan tempat duduk kelas 2 (RM8.00).
d. Tempat duduk bebas (free seat) di dalam koc yang ditetapkan.
e. Tiket dijual dalam masa 24 jam sebelum tren dijadualkan berlepas.

Syarat-syarat pengeluaran Tiket Jarak Jauh
a. Jarak perjalanan melebihi daripada 70km, atau
b. Tambang perjalanan Kelas 2 dewasa melebihi RM5.00.
c. Penumpang dikenakan bayaran tempahan tempat duduk kelas 2 (RM8.00).
d. Tempat duduk disediakan di dalam koc yang ditetapkan.
e. Tiket dijual 60 hari awal termasuk tarikh perjalanan.

Lain-lain syarat
a. Pemegang Tiket Jarak Dekat yang menyambung perjalanan (over-riding) akan dikenakan tambang penuh, bayaran tempat duduk Kelas 2 dan denda.
b. Kadar denda kelas 2 adalah RM20.00
c. Penumpang yang menaiki Tren No. 91/92 dari stesen tutup atau perhentian dikehendaki membayar tambang berdasarkan syarat pengeluaran Tiket Jarak Dekat atau Tiket Jarak Jauh tanpa bayaran denda kepada Pemeriksa Tiket atau Penyelia Tren atau Inspektor Kualiti (layak mendapat tambang konsesi jika berkenaan).
d. Rujuk Perkara 1 dan 3, jika gagal membuat bayaran penumpang akan diserahkan kepada Polis Bantuan KTMB di stesen berikutnya dan boleh didakwa sebagai penceroboh.
e. Tiada jaminan tempat duduk bagi penumpang yang menaiki Tren No. 91/92 dari stesen tutup atau perhentian.
f. Penumpang yang membuat perjalanan kurang daripada 70km dan memerlukan tempahan tempat duduk perlu membeli Tiket Jarak Jauh yang paling minima (jika tiket masih ada) dan penumpang mesti memaklumkan penyelia tren atau pemeriksa tiket di stesen mana penumpang akan turun dari tren.
g. Sekiranya peruntukan Tiket Jarak Jauh telah habis dijual, kakitangan DILARANG mengeluarkan tiket perjalanan (travel ticket).

Jadual perjalanan Tren Transit No. 91/92.
Tren No. 92 (Woodlands -  Tumpat) tidak berhenti (jalan terus) di Stesen Bertam Baru tetapi Tren No. 91 (Tumpat - Woodlands) akan berhenti di Stesen Bertam Baru untuk berselisih dengan Tren Shuttle No. 82 (Kuala Lipis - Tumpat).

Tuesday, 13 August 2013

Sepasang Kurung Biru

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...



Sunday, 4 August 2013

Tren Khas SCS

Kepada kalian yang berhajat untuk pulang berhari raya dengan menaiki keretapi tetapi belum mempunyai tiket perjalanan yang sah, pihak KTMB akan mengadakan perkhidmatan Tren Khas SCS bagi laluan KL Sentral - Ipoh - KL Sentral pada 2, 4, 11, 16 dan 18 Ogos 2013.

Tempat duduk di dalam tren ini adalah bebas. Sungguhpun begitu tren ini tidak dilengkapi dengan tandas dan koc bistro.

Yang penting di sini kalian dapat balik berhari raya bersama orang yang tersayang.

Saturday, 3 August 2013

Penutupan Stesen Bukit Merah


Setelah sekian lama memberikan khidmatnya kepada penduduk setempat, akhirnya Stesen keretapi Bukit Merah ditutup secara rasminya mulai 30 Julai 2013 yang lalu.

Stesen ini merupakan stesen kedua yang ditutup sepanjang laluan antara Stesen Bagan Serai dan Taiping setelah Stesen Pondok Tanjung ditutup beberapa bulan yang lepas. Ini kerana jajaran landasan yang baru bagi Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Ipoh - Padang Besar tidak lagi melalui kedua - dua tempat tersebut.

Semasa beroperasi stesen yang terletak di KM 66.7 atau di TT 40/17 ini, merupakan sebuah stesen 'fully interlocked' dilengkapi dengan 16 'lever ground frame'. Terdapat satu landasan gegelung dan satu landasan sisian perkhidmatan yang selalu digunakan oleh tren balas atau keretarel dari Merinyu Urusan Jalan. Stesen ini cuma mempunyai sebuah platform yang berkedudukan di sebelah kiri arah landasan turun.

Walaupun stesen ini sebelum penutupannya hanyalah  sebuah stesen operasi bagi tujuan perselisihan tren, tetapi ianya pernah digunakan untuk Tren Ekspres Langkawi bagi mengambil dan menurunkan penumpang yang ingin berkunjung ke Bukit Merah Laketown Resort. Pada suatu ketika dahulu, tren-tren mel siang dan malam yang banyak berhenti di stesen ini.

Setelah siapnya jajaran landasan yang baru, semua tren tidak lagi melalui laluan asal yang berliku.

Harapnya agar stesen ini akan terus dikekalkan dan dijaga sebagai sebuah warisan bagi membuktikan bahawa pernah wujud sebuah stesen keretapi di Bukit Merah.

Aku paparkan di sini sebahagian daripada kenangan yang aku kumpul dari berbagai sumber sebagai perkongsian pada kali ini. 







Tuesday, 23 July 2013

Stesen Rembau Kini Beroperasi

Selaras dengan perkembangan semasa,Stesen Rembau kini telah beroperasi dan pemberhentian Tren Antarabandar yang terlibat ialah Tren Sinaran Selatan No.12 & 13.
 
Tren Sinaran Selatan No.13 akan berhenti di Stesen Rembau pada jam 10:15 pagi manakala Tren Sinaran Selatan No.12 akan berhenti di stesen tersebut pada jam 20:09 malam.

Tiket-tiket perjalanan untuk tren-tren ini boleh dibeli di kaunter tiket stesen ini. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 1-300-88-KTMB(5862) (domestik) atau 603-2267 1200 (antarabangsa) atau layari laman web KTM Berhad di www.ktmb.com.my. 



Jawatan Kosong - Pembantu Trafik

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PEMBANTU TRAFIK
(GRED N09G10)

  Kelayakan
  • Calon luaran hendaklah berumur tidak melebihi 25 tahun dan 35 tahun bagi calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad  pada tarikh iklan ditutup;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna;
  • Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;
  • Mempunyai etika perkhidmatan pelanggan yang baik;
  • Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  • Bersedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB
Spesifikasi Tugas
  • Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;
  • Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;
  • Menjalankan tugas-tugas berkaitan perkhidmatan pelanggan di atas tren atau di tempat kerja;
  • Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;
  • Membantu mengilirkan isyarat Semboyan Tangan bila mana perlu;
  • Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan;
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang tidak lengkap serta gagal memenuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Untuk calon-calon luaran hanya calon-calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk di temuduga.

Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 19 Ogos 2013 ke alamat berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

Tel: 03-22631368/03-22631312

Pepatah Minangkabau

gadang jaan malendo
panjang jaan malindih.

besar jangan melanda panjang jangan melindih
barek samo dipikua
ringan samo dijinjiang
ka bukik samo mandaki
ka lurah samo manurun

tatungkui samo makan tanah
tatilantang samo minum ambun
ka mudiak saantak galah
ka hilia sarangkuah dayuang
maelo karajo jo usao
mairik parang jo barani


maksudnya
berat sama dipikul  
ringan sama dijinjing  
ke bukit sama mendaki  
ke lurah sama menurun
tertelungkup sama makan tanah
tertelentang sama minum embun
ke mudik sehentak galah  
ke hilir serangkuh dayung  
menghela kerja dengan usaha  
menghela perang dengan berani