Friday, 4 November 2011

Jualan Tiket Tren Antarabandar di Stesen Kuala Lumpur

Mulai 1 November 2011 , tiket-tiket perkhidmatan Tren Antarabandar akan dijual di Kaunter Tiket ETS, Stesen Kuala Lumpur.

Diharap dengan adanya penjualan tiket di stesen tersebut, akan memudahkan lagi warga kota untuk mendapatkan tiket keretapi kerana sebelum ini mereka terpaksa mendapatkan tiket di Stesen Sentral Kuala Lumpur, Plaza Sungai Wang atau mana - mana stesen yang berdekat.

Tapi sebenarnya aku tak berapa setuju kiranya tiket untuk Tren Antarabandar dijual di Kaunter ETS tu. Aku bimbang akan ada penumpang yang terkeliru semasa menaiki keretapi. Kalau boleh biarlah tiket Tren Antarabandar dijual di kaunter berasingan macam yang diamalkan sekarang. Lagi cantik jika pihak KTMB mengadakan Kaunter Antarabandarnya sendiri kerana selain daripada membeli tiket, adakalanya penumpang perlukan beberapa maklumat terkini.

Kalian jangan lupa bahawa Stesen Keretapi Kuala Lumpur tu sering menjadi tarikan pelancong. Jadi mungkin ada pelancong yang nak merasa naik keretapi di Semenanjung Malaysia, jadi bolehlah mereka merujuk terus ke Kaunter Antarabandar yang disediakan.

No comments:

Post a Comment