Menaiki keretapi memang sudah menjadi satu hobi aku. Tak kiralah pada masa cuti atau tidak, asal ada kelapangan pasti aku akan mengembara dengan menaiki keretapi. Banyak benda yang aku perolehi pada trip kali ini, tapi yang aku ingin ceritakan kepada kalian semua adalah tentang kesedaran orang ramai untuk mula menggunakan perkhidmatan keretapi menuju ke destinasi mereka samada di kawasan bandar ataupun kampung pendalaman.
1 Jun 2012, aku menaiki Tren No. 1 Ekspres Rakyat dari Seremban menuju ke Johor Bahru. Tempat duduk pun kira nasib baik dapat sebab boleh dikatakan semua 'seat' telah habis dijual.
Apa yang menarik, penumpang tren ini terdiri daripada pelbagai kaum dan mempunyai latar belakang yang berbeza. Dari kalangan pegawai tinggi kerajaan hinggalah penanam sayur, orang tua dan anak kecil, serta pelancong asing, semuanya memilih untuk naik keretapi. Alasannya hampir sama iaitu tambang keretapi MURAH, koc keretapi memberi keselesaan kepada penumpang untuk perjalanan jauh dan yang paling best, boleh beli tiket dalam tren walaupun tiket dah habis.
Sebahagian penumpang Tren No. 1 Ekspres Rakyat yang telah tiba di destinasi masing-masing
Duduklah kejap, penat nie......
Tengok ni... satu keluarga naik keretapi!
Ini pula sebahagian penumpang yang bersedia untuk menaiki Tren No. 92 Shuttle dari Woodlands ke Kuala Lipis pada 2 Jun 2012.
Ramai penumpang yang menaiki tren di sepanjang perjalanan. Yang paling seronok pastinya anak-anak yang jarang dapat naik keretapi.
Walaupun pihak KTMB telah menambah satu koc, tetapi masih ramai lagi yang berdiri sebab tak dapat duduk. Kebiasaannya untuk Tren Shuttle No. 92 ini cuma ada dua koc sahaja.
Mujurlah kakak 'cleaner' ni tak merungut sewaktu menjalankan tugasnya. Bila dah ramai penumpang, kalian faham-fahamlah sendiri keadaan dalam koc. Tahniah lah kakak!
Macam yang aku tulis tadi, penumpang keretapi kini mempunyai berbagai kaum dan bangsa yang tinggal di bandar-bandar besar atau kampung-kampung pendalaman
Di bandar besar seperti Mentakab ini, jangan ceritalah. Punyalah ramai yang menunggu ketibaan keretapi. Mengapa mereka tak naik bas?
Ini pula gambaran di KL Sentral pada pagi 3 Jun 2012 sewaktu ketibaan Tren No. 29 Senandung Wau dari Tumpat
Pada pengamatan aku, ramai yang menaiki keretapi pada musim cuti sekolah yang baru lalu kerana mahu mengelakkan kesesakan di lebuhraya. Sudahlah kos minyak kereta dan tol lebuhraya yang tinggi, harga makanan dan minuman yang agak tinggi di sepanjang lebuhraya juga menjadi penyebab bagi sesebuah keluarga untuk menaiki keretapi bagi sesuatu perjalanan yang jauh. Itu belum masuk bab keletihan sewaktu memandu dan kerenah anak-anak kecil dalam kereta.
Dalam pada itu, apa yang aku alami baru-baru ini juga boleh kalian jadikan panduan. Perkhidmatan bas ekspres dah jadi macam perkhidmatan bas henti-henti. Jika kalian naik bas dari Terminal Bas Sepadu Bandar Tasek Selatan menuju ke Segamat, perjalanan akan mengambil masa lebih kurang dua setengah jam (tidak termasuk kesesakan jalanraya atau lain-lain hal seperti kerosakan bas atau kemalangan). Bas akan berhenti di Tampin, kemudian singgah di Gemas sebelum menamatkan perjalanan di Segamat. Mengapa jadi begini? Kalian jawablah sendiri.
Dalam pada itu, pihak KTMB haruslah fikirkan sama tentang keselesaan penumpang dalam tren. Apa yang terjadi pada penumpang Tren No. 92 Shuttle Woodlands - Kuala Lipis pada 2 Jun 2012, seharusnya diberi perhatian. Tiga koc telah disediakan untuk perjalanan itu tetapi penghawa dingin cuma berfungsi untuk sebuah koc sahaja. Para penumpang kepanasan sejak dari awal mula perjalanan lagi. Kakitangan Fleet telah berusaha untuk membaiki kerosakan sewaktu tren tiba di Stesen gemas, tetapi mereka juga gagal untuk membaikinya.
Cuba-cubalah pihak pengurusan KTMB mencari inisiatif bagi mengatasi masalah ini. Pelanggan dah mula ramai, buatlah yang terbaik. Jangan bagi pelanggan lari pulak.......
No comments:
Post a Comment