Monday, 11 June 2012

Manakah Haiwan?

Mungkin agak kasar atau kurang sopan tajuk siaran aku kali ini. Tetapi aku sekadar ingin menyuarakan pendapat untuk kita fikirkan bersama.

Pada 1 Jun 2012 sewaktu menaiki keretapi dari Seremban menuju ke Johor Bahru, aku dapat lihat banyak haiwan berkeliaran di tepi landasan keretapi terutamanya di sepanjang laluan dari Seremban ke Gemas. Pada pengamatan aku, pihak kontraktor pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Seremban – Gemas telah memasang pagar di kiri dan kanan landasan bagi mengelakkan berlakunya pencerobohan samada oleh manusia atau haiwan. Tetapi malangnya ada segelintir ‘haiwan’ yang pandai memotong pagar untuk kepentingan sendiri.



Lihatlah gambar di atas dan buat komen kalian sendiri. Aku tak nafikan bahawa pemandu lokomotif yang ada dalam KTMB adalah pemandu lokomotif yang terlatih. Begitu juga dengan pemandu lokomotif rendah yang sentiasa memberikan penumpuan 110% sewaktu mengendalikan lokomotif. Tetapi sebagai manusia biasa, kesilapan boleh berlaku pada bila-bila masa. Pada waktu siang, pemandu lokomotif boleh mengelak daripada melanggar kumpulan lembu-lembu tersebut; tetapi jika di waktu malam bagaimana?

Jika sesebuah lokomotif melanggar lembu-lembu tersebut, sudah tentu ianya akan menyusahkan banyak pihak terutamanya pengurusan KTMB dan penumpang Tren Antarabandar.

Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah 'haiwan-haiwan' berkenaan? Kurangnya kesedaran sivik mungkin akan menimbulkan banyak bencana. Aku selalu terdengar rungutan daripada 'haiwan-haiwan' itu yang marah apabila haiwan ternakan mereka mati atau cedera dilanggar keretapi dan sebagai balasan, mereka akan membaling batu ke arah tren penumpang yang melalui 'kawasan mereka'. Adakah ini adil?

Perkara ini akan berterusan sekiranya pihak berwajib tidak mengambil tindakan yang lebih tegas. Buatlah apa yang patut sebelum ada yang menjadi mangsa kepada tindakan 'haiwan' tersebut.

No comments:

Post a Comment