Akhirnya rekod tanpa kalah
tahun 2012 lebur di Bloomfield Road apabila Brighton tewas 1-3 kepada pasukan
tuan rumah, Blackpool City dalam perlawanan menarik pada hari Sabtu, 17 Mac
2012.
Sungguhpun mendahului pada
minit ke-7 menerusi Joe Mattock, barisan pertahanan Brighton tidak mampu untuk
mengekang serangan bertali arus barisan penyerang Blackpool dan terpaksa
menyerah dengan tiga gol yang dijaringkan oleh Ian Evatt (minit ke-37) serta
dua jaringan Kevin Phillipis (minit ke-39 dan minit ke-79).
Brighton yang berusaha untuk
mencari gol terus berada dalam keadaan tertekan apabila Gonzalo Jara Reyes
dibuang padang pada minit ke-57, gara-gara asakan kerasnya terhadap Keith
Southern.
Gus Poyet membuat dua
perubahan terhadap kesebelasan utama yang menang ke atas Portsmouth pada 10 Mac
2012, dengan Vicente Rodriguez membuat menampilan bersama kesebelasan utama
baut kali pertama sejak bulan Oktober 2011. Pemain tengah dari Sepanyol itu mengambil
tempat will Buckley.
Sementara itu, Craig
Mackail-Smith kembali mengetuai barisan serangan mengambil tempat Sam Vokes
yang diletakkan sebagai simpanan.
Tiada apa yang dapat membantu
Brighton dalam mempertahanan gol dari dibolosi, tambahan pula pasukan tuan rumah mendapat sokongan daripada 12,782 orang penyokong setia mereka yang juga
mahukan Blackpool City beraksi dalam Liga Perdana Inggeris pada musim akan
datang.
Dengan keputusan seri ini,
Brighton turun ke tangga ke-7 Liga Kejuaraan dengan mengumpulkan 58 mata
daripada 37 perlawanan, berkongsi kedudukan dengan pasukan Hull City dan
Cardiff City. Southampton masih unggul di pesada liga dengan mengumpul 72 mata
diikuti Reading (70 mata), West Ham United (67 mata), serta Birmingham City,
Blackpool City dan Middlesbrough (masing-masing mengutip 59 mata)
Perlawanan seterusnya adalah
menentang Derby County pada hari Selasa, 20 Mac 2012 di Stadium Amex dan
menentang pasukan Nottingham Forest di City Ground, Notts pada hari Sabtu 24
Mac 2012.
SENARAI PEMAIN
Blackpool: (4-4-2) Matthew
Gilks; Neal Eardley, Ian Evatt, Alex Baptiste, Stephen Crainey; Barry Ferguson,
Keith Southern, Gary Taylor-Fletcher, Thomas Ince (Lomana Tresor LuaLua 70);
Matt Phillips (Nouho Dicko 70), Kevin Phillips (Roman Bedner 70). Pemain
simpanan yang lain: Angel Martinez, Craig Cathcart.
Brighton: (4-4-2) Peter
Brezovan; Gonzalo Jara Reyes, Gordon Greer, Adam El-Abd, Joe Mattock; Liam
Bridcutt, Alan Navarro, Rodriguez Vicente (Will Buckley 72), Craig Noone (Inigo Calderon 60); Craig
Mackail-Smith (Sam Vokes 75), Ashley Barnes. Pemain simpanan yang lain: Casper
Ankergren (GK), Kazenga LuaLua.
No comments:
Post a Comment