Pada hari Jumaat yang lalu (16 Mac 2011), satu Majlis Membaca Yasin dan Tahlil serta Doa Kesyukuran serta memperingati kaum keluarga yang telah pergi menyahut panggilan Ilahi telah diadakan di rumah Mak Long Rokiah, Kampung Padang Cicar, Batu 7, Baling, Kedah.
Oleh kerana sudah agak lama Mak Long Rokiah tidak mengadakan majlis seperti ini, maka ramailah warga sekampung yang hadir dari awal mula persiapan mengadakan kenduri sehingga selesai mengemas semua peralatan serta pinggan mangkuk periuk belanga.
Kita lihat sebahagian daripada aktiviti yang sempat dirakam pada hari tersebut.
Kaum lelaki sibuk memasak nasi dan menyediakan lauk-pauk. Err... cukupkah satu kawah tu?
Yang baru sampai, duduk-duduk sambil minum kopi dan makan pulut cicah dengan sambal tumis ikan bilis dan ikan pekasam.
Ada kerja nak buat ka? Kami dah kenyang nie..
Kaum ibu sibuk mengupas bawang dan menghiris sayur-sayuran
Pulut tak cukup, nie yang kami nak tambah lagi....
Hari ni tokeh ikan kena parut kelapa....
Acara dimulakan dengan Majlis Berzanji dan Bacaan Yasin oleh kaum ibu yang datang dari seluruh pelusuk kampung
Anak-anak sedang menjamu selera, itu baru 2 famili
Selepas Solat Jumaat, diadakan pula Majlis Tahlil dan Bacaan Doa khusus untuk orang lelaki.
Ustaz nak tambah nasi lagi?
Banyak lauk yang disediakan antaranya Ayam Masak Hitam, Gulai Ikan Masin, Sayur Labu Masak Lemak, Ikan Pekasam, Sambal Belacan dan Ulam-Ulaman
Macam biasa, bila Mak Long Rokian buat kenduri, ramai warga sekampung yang akan hadir
Warga emas pun ramai yang datang... itu Pakcik Api kah yang berkopiah putih dan berbaju hijau?
Tak cukup dalam rumah, yang hadir menjamu selera di beranda aje..
Kaum ibu dah makan tadi, jadi kena hidang lauk-pauklah kali ini untuk kaum bapa nak makan
Kak Jee jangan tengok aje...
Haikal.... nak bawa mana tu?
Kat dalam rumah penuh, kat beranda pun penuh
Bila semua tempat dah penuh, kita makan aje bawah pokok rambutan nie aje..
Hai Joe... senyum nampak... berselera makan
Nasik spare dah masak, siapa nak tambah ambil sendiri la
Begitulah keadaannya bila Mak Long Rokian buat kenduri. Ayam 20 ekor tak cukup. Nasi putih kurang-kurang kena masak dua kawah. Gulai kena buat satu kawah besar. Alhamdulillah, ramai yang hadir. Tapi yang hadir tu kata makan tak penting, yang penting adalah semangat kejiranan yang kukuh. Bak kata pepatah 'Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah'.
wahhh...best nya sesekali merasa kenduri di kampung..huhu
ReplyDelete