Buat kali pertama musim ini,
Brighton melonjak ke tangga keempat dalam nPower Liga Kejuaraan setelah menang
2-0 mengatasi Derby County di Stadium Amex, awal pagi tadi (20 Mac 2012).
Gus Poyet melihat akan reaksi
positif daripada pemainnya setelah mengalami kekalahan di Blackpool - dan
beliau memperolehi apa yang dihajatinya apabila Inigo Calderon dan Ashley
Barnes meledak gol untuk mengekang kemaraan Derby.
Berbekalkan beberapa perubahan
pemain daripada kesebelasan yang tewas di Blackpool pada hari Sabtu lepas,
Brighton memulakan sepak mula dengan bergaya dan penuh bersemangat.
Inigo Calderon dan Lewis Dunk
masing-masing diturunkan dalam kesebelasan utama buat kali pertama sejak
Februari 2012 mengambil tempat Adam El-Abd dan Gonzalo Jara Reyes di bahagian
pertahanan. Sementara Kazenga LuaLua mengambil tempat Craig Noone dan Sam Vokes
menerajui jentera serangan mengambil tempat Craig Mackail-Smith. Vicente
Rodriguez pula diturunkan mengambil tempat Abdul Razak di posisi sayap kanan.
Brighton memulakan jaringan
pada minit ke-10 menerusi tandukan Inigo Calderon, hasil dari sepakan sudut
yang dilakukan oleh Vicente Rodriguez. Gol kedua menyusul pada minit ke-66 menerusi Ashley Barnes yang merembat
bola dari dalam petak penalti.
Persembahan yang menyakinkan
ini telah menghiburkan seramai 18,412 orang penonton yang hadir. Turut serta di
Stadium Amex adalah seramai 768 orang penyokong pasukan Derby County.
Dengan lain-lain keputusan
semuanya menyebelahi Brighton, 'The Seagulls' melonjak dari tangga kesembilan
ke tangga keempat liga dan menyaksikan impian untuk bermain dalam 'Play-off'
semakin menjadi kenyataan. Southampton terus mengukuhkan kedudukan mereka
sebagai pendahulu nPower Liga Kejuaraan dengan mengumpul 75 mata daripada 38
perlawanan. Ini diikuti Reading (70 mata), West Ham United (68 mata) dan
Brighton (61 mata). Mengikuti rapat Brighton adalah pasukan Middlesbrough (60
mata), Birmingham City dan Blackpool City masing-masing dengan 59 mata.
Berikut adalah baki perlawanan
yang melibatkan pasukan Brighton:
a. Sabtu 24 Mac 2012 melawan
Nottingham Forest di City Ground.
b. Sabtu 31 Mac 2012 melawan
Middlesbrough di Stadium Amex.
c. Jumaat 06 Apr 2012 melawan
Burnley di Turf
Moor.
d. Selasa 10 Apr 2012 melawan
Reading di
Stadium Amex.
e. Sabtu 14 Apr 2012 melawan
West Ham United di The Boleyn Ground
(nama lama Upton Park).
f. Selasa 17 Apr 2012 melawan
Watford di
Vicarage Road.
g. Sabtu 21 Apr 2012 melawan
Birmingham City di Stadium Amex.
h. Sabtu 28 Apr 2012 melawan
Barnsley di
Stadium Oakwell.
SENARAI PEMAIN
Brighton: (4-4-2) Peter Brezovan; Inigo Calderon, Gordon Greer,
Lewis Dunk, Joe Mattock; Liam Bridcutt, Alan Navarro, Rodrigues Vicente (Abdul
Razak 83), Kazenga LuaLua (Craig Noone 81); Ashley Barnes, Sam Vokes (Craig
Mackail-Smith 61). pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Romain
Vincelot.
Derby County: (4-4-2) Frank Fielding; Tom Naylor, Jason Shackell,
Jake Buxton, Gareth Roberts; Paul Green, Jeff Hendrick, James Bailey (Ryan
Connolly 66), Steve Davies (Callum Ball 81); Nathan Tyson (Ben Davies 69), Theo
Robinson. Pemain simpanan yang lain: James Severn (GK), Tom Carroll.
No comments:
Post a Comment