Monday, 19 March 2012

Perkhidmatan Keretapi Di Sektor Selatan Dijangka Pulih 20 Mac 2012

19 Mac 2012 - Perkhidmatan KTM Intercity di sektor selatan yang terjejas ekoran insiden kegelinciran tren barang antara Layang – Layang dan Rengam pada 16 Mac 2012 yang lalu dijangka akan bebas dari sebarang halangan dan beroperasi seperti biasa bermula esok (20 Mac 2012).

Kerja-kerja baikpulih landasan yang pada awalnya dijangka siap malam kelmarin telah terpaksa dilanjutkan hingga lewat malam hari ini kerana keperluan kepada baikpulih tambahan termasuk kerja-kerja mengganti pelapik landasan bagi tujuan keselamatan para pengguna tren.

Atas situasi terbaharu ini, terdapat beberapa perkhidmatan tren KTM Intercity yang masih mengalami gangguan iaitu:

    Tren No. 2 – Ekspres Rakyat (Woodlands – Sentral Kuala Lumpur) – Perkhidmatan ini bermula dari Stesen Kluang ke Sentral Kuala Lumpur.

    Tren No. 12 – Ekspres Sinaran Selatan (Woodlands – Sentral Kuala Lumpur) – Perkhidmatan tren akan bermula di Stesen Kluang.

    Tren No. 13 – Ekspres Sinaran Selatan (Sentral Kuala Lumpur – Woodlands) – Perkhidmatan tren dibatalkan.

    Tren No. 14 – Ekspres Sinaran Timur (Woodlands – Tumpat) – Perkhidmatan tren akan bermula dari Stesen Kluang ke Tumpat.

    Tren No. 19 - Malayan Tiger Train (Tumpat – JB Sentral) – Perkhidmatan tren dibatalkan.

    Tren No. 26 – Ekspres Senandung Timuran (Woodlands – Tumpat) - Perkhidmatan tren bermula di stesen Kluang

    Tren No. 27 – Ekspres Senandung Timuran (Tumpat - Woodlands) - Perkhidmatan tren ditamatkan di Kluang.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan tren KTM Intercity yang dibenarkan untuk beroperasi akan mengalami gangguan waktu perjalanan akibat daripada kerja pembaikpulihan landasan di kawasan berkenaan.

Para pelanggan boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perkhidmatan yang dibatalkan ataupun menukar semula tarikh perjalanan. KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan yang dialami.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian KTMB Care Line 1-300-88-5862.

No comments:

Post a Comment