Wednesday, 16 December 2009

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini dripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


Maal Hijrah 1431H


Majlis Bacaan Yaa Sin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Ma'al Hijrah 1431H Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada :
Tarikh / Hari :
17 Disember 2009 (Khamis)
Masa :
6.00 petang
Tempat : Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Antara acara yang akan berlansung ialah :
Siaran Lansung Forum Khas Ma'al Hijrah bertajuk "Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah". Ahli panel terdiri daripada :
1. Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah - KUIS
2. Ustaz Mohd Badlishah Alauddin - Majlis Agama Islam, Pahang
3. Dr. Rihuan Tee Abdullah - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. (Pengerusi)

Bacaan Doa Akhir Tahun 1430H dan Doa Awal Tahun 1431H.

Bacaan Yaa Sin dan Doa Selamat.