KTMB (Car Park) Sdn. Bhd., adalah sebuah
anak syarikat milik Keretapi Tanah Melayu Berhad, yang mengendalikan medan
letak kereta semenjak 1995.
Syarikat ini
mempelawa calon-calon yang komited, bermotivasi dan mempunyai kelayakan
yang sesuai untuk menyertai syarikat ini sebagai :
PEMBANTU TADBIR - OPERASI
( Lelaki Sahaja )
SYARAT KELAYAKAN
a) Berumur di antara 22 - 35 tahun.
b) Warganegara Malaysia.
c) Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
d) Kepujian Bahasa
Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
e) Keutamaan diberi
kepada calon yang berkebolehan mengendalikan Komputer.
f) Mempunyai
Sijil Kejuruteraan Elektrik/Elektronik dari institusi-institusi pengajian yang
diiktiraf adalah satu kelebihan.
g) Boleh
berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
h) Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian / tanpa pengawasan.
CARA MEMOHON
a) Permohonan
hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi
pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan
serta sekeping gambar berukuran pasport.
Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
b) Hanya calon yang
layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
c) Calon
dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang diakui sah oleh Pegawai
Kerajaan serta gambar berukuran pasport semasa temuduga.
d) Segala kos
berkaitan dengan permohonan dan temuduga jawatan tersebut adalah tanggungjawab
calon.
e) Pemohon yang
tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup
permohonan dianggap tidak berjaya.
Permohonan hendaklah sampai sebelum atau
pada 06hb. April 2012 ke alamat berikut:-
KTMB (Car Park) Sdn. Bhd.,
Tingkat Bawah, Platfom 1, Blok Annexe Selatan,
Bangunan Stesen Keretapi,Jalan Sultan Hishamudin,
50050 Kuala Lumpur.
Tel : 03 – 2273 6419 / 2263 1470