Thursday, 10 September 2009

England..5 Croatia..1

England layak ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan selepas menumbangkan Croatia 5 - 1 dalam perlawanan yang menarik di Stadium Wembley.

England5Croatia1
Lampard pen 8 , 59
Gerrard 18 , 66
Rooney 77
Silva Eduardo 73
Penonton: 87,319
Separuh Masa Pertama: 2-0
Dengan ini, England mengungguli Kumpulan 6 Zon Eropah setelah menang kesemua 8 perlawanan.

PasukanPMSKJBMata
England880031524
Croatia9522171217
Ukraine843114615
Belarus8314151110
Kazakhstan820610236
Andorra90093330


Tahniah buat England.

Sunday, 6 September 2009

England..2 Slovenia..1

England mencatat kemenangan 2 - 1 ke atas Slovenia dalam perlawanan bolasepak persahabatan di Stadium Wembley sebentar tadi.

England mendahului 1 - 0 dalam separuh masa pertama hasil jaringan penalti Frank Lampard dalam minit ke-31. England menambah satu lagi gol dalam separuh masa kedua menerusi Jermain Defoe dalam minit ke-63.

Slovenia bangkit di minit - minit akhir perlawanan dan berjaya menghasilkan gol menerusi Zlatan Ljubijankic dalam minit ke-85 .

Brighton..1 Wycombe Wanderers..0

Pasukan Brighton And Hove Albion akhirnya meraih kemenangan pertama dalam Liga Coca Cola Bahagian Satu setelah enam kali turun padang.

Nicky Foster sewaktu meraikan gol.

Gol tunggal jaringan Nicky Forster pada minit ke-75 sudah cukup untuk melegakan pengurus pasukan Russell Slade buat ketika ini. Arron Davies melakukan debut di bahagian sayap, dengan Dean Cox kembali ke bangku simpanan. Gary Dicker kekal di bahagian midfield bersama Andrew Crofts. Turut tersenarai dibangku simpanan adalah Alan Navarro dan Toomy Elphick.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton memungut tiga mata berharga untuk melonjak ke tangga 21 liga dengan mengumpulkan lima mata.

Albion: (4-4-2) Kuipers; Whing (Elphick 46), Virgo, Tunnicliffe, El-Abd; Bennett, Crofts, Dicker, A Davies (Cox 66); Forster (Hart 84), Dickinson. Lain - lain pemain simpanan: G Smith, C Davies, Navarro, Thornhill.

Penunjuk Poin Elektrik

Penunjuk Poin Elektrik yang terdapat di Stesen Rantau Panjang.

Penunjuk Poin Elektrik atau Electric Point Indicator (EPI) telah dipasang bersebelah dengan poin di beberapa buah stesen yang telah dinaiktaraf menjadi Stesen Kuncikait.

Penunjuk Poin ini direka sedemikian rupa supaya kedua - dua arah (facing and trailing point) boleh memberikan indikasi kedudukan poin kepada pemandu yang ingin bertolak dari sesuatu stesen untuk memasuki bahagian blok atau semasa membuat lansiran.

Stesen yang pertama di dalam KTMB yang dipasang dengan EPI ini adalah Stesen Rantau Panjang dan Stesen Krai.