Saturday, 7 July 2012

Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-54 Tahun 1433H/2012M

Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-54 Tahun 1433H/2012M sedang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 6 - 13 Julai 2012.

Tema pada tahun ini adalah “Al-Quran Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah”. Dijangka seramai 60 orang peserta tilawah dari seluruh dunia bakal memperdengarkan bacaan masing-masing. 
 
Semua dijemput hadir bagi menyemarakkan lagi majlis ini.

Jawatan Kosong - Legal And Secretarial Executive

Applications are invited from suitably qualified candidates with calibre to apply for the following position:- 
LEGAL AND SECRETARIAL EXECUTIVE  

Job Responsibilities:
  • Assist the Head of Legal and Secretarial Services in perusing legal documents such as joint ventures agreements.
  • Liaise with external lawyers pertaining to litigation issues.
  • Assist the Head in company secretarial duties including filing of annual documents, ensuring proper record of statutory documents and preparation of Directors’ and Shareholders’ Circular Resolutions.
  • Assist the Head in the arrangement of Board of Directors’ meeting of the Group as well as convening of Annual and Extraordinary General Meetings.
  • Assist the Head in ensuring the compliance of all regulatory documents as required by the Companies Commission of Malaysia (such as Form 49 and Form 24), compliance with the Companies Act 1965 and other legal requirements of the Group.
  • The executive will also be assigned to several subsidiary companies to supervise in respect of its legal and secretarial matters. He/she needs to ensure and report to the Head that all statutory and legal procedures of the assigned companies are in order.
Requirements:
  • Possess a Degree in Law from a recognized local or overseas educational institution.
  • Possession of a company secretarial licence is an advantage.
  • With 4 to 7 years of experience in a corporate legal environment with exposure to Board meetings.
  • Excellent in oral and written English.
  • Possess strong interpersonal skills, a team player and result oriented.
  • Meticulous and independent.
Interested applicants are invited to submit a complete resume (with references) stating your expected salary together with a recent passport size photograph (non-returnable) not later than  15 July 2012 to:
 General Manager
Talent Management and Organization Development
(Staff Planning Unit)Keretapi Tanah Melayu BerhadJalan Sultan Hishamuddin50621 Kuala LumpurTel: 03-22631312 or 22631368

Wednesday, 4 July 2012

Mengapa Dirindu



Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu

Sejenak Di Restoran Jejantas Air Keroh

Sewaktu dalam perjalanan balik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur semalam (3 Julai 2012), aku dan keluarga singgah sebentar di Restoran Jejantas Air Keroh untuk berehat dan menikmati makanan tengahari.

Banyak yang disediakan untuk kemudahan para pengguna lebuhraya. Ada juga yang sedang dinaiktaraf bagi memberi keselesaan kepada pengunjung restoran jejantas ini pada masa akan datang.

 Anak-anak pastinya meminati ayam goreng

 Bergambar di hadapan Al-Ikhsan Factory Store

 Pintu masuk laluan utama

 Tengok apa tu dik?

Adik tengok burung dalam sangkar

Setelah penat hilang, aku dan keluarga meneruskan perjalanan ke rumah ayah di Lubok Cina, Melaka. Lepas makan malam, baru kami berangkat balik ke Kuala Lumpur.

Mini Karnival Pemakanan Sihat Parlimen Setiawangsa

Bertempat di Taman Kejiranan Ayer Panas, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada hari Sabtu (30 Jun 2012) dan Ahad (1 Julai 2012) yang baru lalu, telah diadakan Mini Karnival Pemakanan Sihat Parlimen Setiawangsa.

Ahli Parlimen Setiawangsa, YB Datuk Seri Zulhasnan Rafique telah sudi untuk merasmikan karnival ini yang mengandungi pelbagai aktiviti khusus untuk anak-anak berusia 4 tahun tahun sehinggalah kepada warga emas.
 
 YB Datuk Seri Zulhasnan Rafique, selaku Ahli Parlimen Setiawangsa sedang memberikan ucapan sewaktu upacara pembukaan karnival

YB sedang melawat salah sebuah gerai agensi kerajaan yang mengambil bahagian

 Tertarik dengan hasil tangan oleh kaum ibu warga KEMAS

Gerai kesihatan 

 Pasukan Bomba Dan Penyelamat

 Kanak-kanak dari Tabika Kemas Pangsapuri ATM begitu bersemangat sekali menanti giliran untuk bersukan

Ini adalah aktiviti Berjalan 1000 Langkah yang diadakan sebelum ketibaan YB. Ramai yang turut serta dalam aktiviti ini

 Acara Tarian Poco-Poco ini juga diadakan sebelum ketibaan YB, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para hadirin

 Aktiviti senamrobik ini hanya disertai oleh para guru-guru tadika/tabika

Cuaca pagi yang tidak berapa panas membuatkan ada para peserta tidak sedar aktiviti dah selesai

 Ini bukan Gerai SPR! Yang beratur ramai-ramai tu adalah ibu bapa yang mendaftar nama anak-anak mereka untuk menyertai pertandingan mewarna

 Anak-anak taska sedang bertanding dalam acara memancing buah-buahan

Ini pula acara pecah belon

 Pertandingan menarik bola dengan gelung rotan untuk anak-anak tadika

 Sebahagian peserta Pertandingan Mewarna Keluarga Bahagia sedang bersiap sedia

 Seorang peserta sedang mewarna lukisan beliau

Kebolehan anak ini untuk mewarna bersama ibunya tidak boleh dipertikaikan

 Ceramah Pemakanan Sihat

 Antara gerai yang ada sepanjang karnival diadakan
 
 

Pertandingan Gubahan Bunga Hidup
 

Pameran Pemakanan Sihat
 

Pertandingan Mengukir Buah Betik
 
 
 

Pameran kraftangan yang menarik minat ramai kaum ibu
 
 

Pertandingan sukaneka yang disertai oleh para guru-guru dan ibu bapa anak-anak tabika

Pertandingan futsal untuk remaja

Ceramah Keluarga Bahagia

Persembahan Tarian Tradisional

Pertandingan Pakaian Beragam
 

Khemah yang ada tidak dapat menampung kehadiran orang ramai

Keputusan Pertandingan Mewarna

Acara penyampaian hadiah kepada mereka yang berjaya
Selain daripada aktiviti di atas, ada lagi acara lain seperti memasak, pemeriksaan kesihatan warga emas dan tunjuk cara memadam api oleh pihak BOMBA juga telah diadakan.

Sepanjang dua hari program diadakan, sambutan daripada orang ramai amatlah menggalakkan. Cuma kecelaruan tentang acara yang dilangsungkan sedikit sebanyak telah mencacatkan karnival ini.