Tuesday 9 January 2024

Sistem KTM Komuter Selatan

Sistem KTM Komuter Selatan
 
Nampaknya semakin banyak perancangan telah dibuat oleh Kerajaan Malaysia / Kerajaan Negeri Johor dalam mengurangkan kesesakan jalanraya di Bandaraya Johor Bahru.

Apa yang hendak aku kongsi pada kalian tentang peta jajaran cadangan laluan KTM Komuter Selatan yang pernah aku baca beberapa ketika dahulu.


Apa pendapat kalian tentang cadangan itu?
 
Rujukan:

Sesal Separuh Nyawa

SESAL SEPARUH NYAWA
 
Andai pastinya kutahuTakkan aku tinggalkanmuNamun masih keliruTeringat masa lalu
 
Tetap tiada kulupakanIndah setiap sentuhanCinta yang kau tinggalkanKekalnya berdampingan
Mana harus ku hamparkanRindu tiada kesudahanSesal biar separuh nyawaTakkan hilang
 
Masih terasa nafasmuLembut menusuk jiwakuDengan dihembus bayuMembawa khabar rindu 
Tapi sulit ku teruskanEngkau jauh ke hadapanAku tabah berjalanSembunyikan harapan
 
Separuh sayangmu di hatiSeparuh lagi kau bawa pergiTiada arah jodoh kitaTuhan tentukannya......

Brighton & Hove Albion FC

Brighton & Hove Albion FC

Hello. Apa khabar? Pasukan Brighton & Hove Albion memulakan tahun 2024 dengan agak baik. Sungguhpun terpaksa mengharungi beberapa perlawanan dalam tempoh seminggu, Brighton bangkit dari kekalahan untuk mencatat kemenangan atau seri dalam perlawanan yang diharungi. 
 
Pada masa ini ramai pemain utama yang berehat kerana mengalami kecederaan tetapi ketiadaan mereka diganti oleh ramai pemain muda seperti Jack Hinshelwood, Josh Duffus,  Benicio Baker-Boaitey, Leigh Kavanagh, Luca Barrington, Ben Jackson, Samy Chouchane, Mark O’Mahoney dan Jack Hinchy. 
 
Semoga pemain yang mengalami kecederaan cepat sembuh dan pemain-pemain muda mendapat seberapa banyak pengalaman bermain dalam sebuah liga yang besar seperti EPL ini.
 
Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Perlawanan 01. 12 Ogos 2023. Brighton 4-1 Luton Town.
Perlawanan 02. 19 Ogos 2023. Wolverhampton Wanderers 1-4 Brighton.
Perlawanan 03. 16 Ogos 2023. Brighton 1-3 West Ham United.
Perlawanan 04. 02 September 2023. Brighton 3-1 Newcastle United.
Perlawanan 05. 16 September 2023. Manchester United 1-3 Brighton.
Perlawanan 06. 24 September 2023. Brighton 3-1 AFC Bournemouth.
Perlawanan 07. 30 September 2023. Aston Villa 6-1 Brighton.
Perlawanan 08. 08 Oktober 2023. Brighton 2-2 Liverpool.
Perlawanan 09. 21 Oktober 2023. Manchester City 2-1 Brighton.
Perlawanan 10. 29 Oktober 2023. Brighton 1-1 Fulham. .
Perlawanan 11. 04 November 2023. Everton 1-1 Brighton.
Perlawanan 12. 12 November 2023. Brighton 1-1 Sheffield United.
Perlawanan 13. 25 November 2023. Nottingham Forest 2-3 Brighton.
Perlawanan 14. 03 Disember 2023. Chelsea 3-2 Brighton.
Perlawanan 15. 6 Disember 2023. Brighton 2- 1 Brentford.
Perlawanan 16. 9 Disember 2023. brighton 1-1 Burnley.
Perlawanan 17. 17 Disember 2023. arsenal 2-0 Brighton.
Perlawanan 18. 21 Disember 2023. Crystal Palace 1-1 Brighton.
Perlawanan 19. 28 Disember 2023. Brighton 4-2 Tottenham Hotspur.
Perlawanan 20. 02 Januari 2024. West Ham United 0-0 Brighton.

Kedudukan semasa Liga Perdana Inggeris Musim 2023/24.

Perlawanan seterusnya.
Perlawanan 21. 22 Januari 2024. Brighton lawan Wolverhampton Wanderers.

Piala Liga Inggeris (Piala Carabao)
Perlawanan Pusingan Ketiga. 27 September 2023. Chelsea 1-0 Brighton.Terkeluar dari saingan Piala Carabao musim ini.

Piala FA England
Perlawanan Pusingan Ketiga. 5 Januari 2024. Stoke City 2-4 Brighton.

Perlawanan seterusnya
Perlawanan Pusingan Keempat. 27 Januari 2024. Sheffield United lawan Brighton.

Liga Eropah
Perlawanan 01 Kumpulan. 21 September 2023. Brighton 2-3 AEK Athens (Greece).
Perlawanan 02 Kumpulan. 05 Oktober 2023. Marseille (Perancis) 2-2 Brighton.
Perlawanan 03 Kumpulan. 26 Oktober 2023. Brighton 2-0 Ajax amsterdam (Belanda).
Perlawanan 04 Kumpulan. 09 November 2023. Ajax Amsterdam (Belanda) 0-2 Brighton.
Perlawanan 05 Kumpulan. 30 November 2023. AEK Athens (Greece) 0-1 Brighton.
Perlawanan 06 Kumpulan. 15 Disember 2023. Brighton 1-0 Marseille (Perancis)

Kedudukan Kumpulan B.
Brighton menjuarai Kumpulan B dan mara ke Pusingan 16 Akhir dalam Liga Eropah Musim 2023/24. 
Perlawanan seterusnya.
Akan dimaklumkan selepas undian perlawanan yang akan diadakan pada 23 Februari 2024.

Diharap agar anak-anak buah Roberto De Zerbi akan terus bersemangat dalam mencapai kemenangan pada perlawanan akan datang.

Monday 8 January 2024

Tahun Baharu 2024

 

Selamat Tahun Baharu 2024 semoga tahun ini akan membawa kita semua ke jalan kebaikan dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan. Sempurnakan tugasan tahun 2023 yang masih belum selesai dengan sebaik mungkin dan laksanakan kerja-kerja yang dirancang pada tahun 2024 ini dengan teratur, terancang dan teliti demi untuk kebaikan bersama.
 
Selamat Tahun Baharu 2024

Program Baling Bercahaya 2024

PROGRAM BALING BERCAHAYA 2024

Dijemput kepada semua penduduk sekitar Baling, Kedah Darulaman dan Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan untuk hadir ke Tepian Titi Sungai Baling (yang ada tanam pokok kurma tu) pada petang dan malam ini untuk memeriahkan Program Baling Bercahaya 2024.


Program ini diadakan sempena pelancaran Takwin Kalender Pelancongan Daerah Baling Tahun 2024. 

Semua yang berminat dijemput hadir bersama keluarga.