Wednesday 21 December 2011

Bayanganmu Bagai Mimpi

dalam sendu ku menyeru namamu
biarpun ku tahu kau tak mungkin kembali
betapa ku merindu betapa ku mengharap
kasihku datanglah segera...

bila rindu meracuni hatiku
ku mengingati hari-hari yang berlalu
kenangan bersamamu bermain di raung mata
sungguh aku terharu... mengenangkan...

siangku menanti hadirmu di sisi
tiap detik sungguh menyeksakan
penantian penuh sepi bayanganmu bagai mimpi
ku menanti dan terus menanti
di mana dirimu kasih...

sayangku janganlah kau biarkan ku begini
sendu tangisku tak dapat ku tahan lagi
mengemis kasihmu mengharap sayangmu
sudilah kiranya kau kembali.... oh kasihku....

Promosi Perkhidmatan ETS

Sempena dengan cuti hujung minggu yang bakal tiba, aku ingin menyarankan kalian untuk mencuba perkhidmatan ETS. Ini kerana mulai 1 Disember 2011 sehingga 29 Februari 2012, satu promosi potongan harta sedang diadakan.

Rugi sekiranya kalian tidak cuba untuk menaiki tren ETS nie. Bukan selalu ada promosi seperti ini.....

Hadith Pilihan

Beramal dengan surah al-Kahfi

Daripada al-Barra r.a katanya : Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan. Lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.

Sunday 18 December 2011

Hadith Pilihan

Kewajipan Menunaikan Zakat Emas dan Perak

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Tidak ada seorang pun yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada Hari Kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hamba-Nya.

Telusan Terhad

Telusan Terhad adalah kawasan rel yang mempunyai ruang untuk bergerak yang terhad. Contoh mudah kawasan telusan terhad adalah sesebuah terowong yang dilalui oleh keretapi.

Telusan Terhad boleh dikenalpasti melalui satu papan tanda merah dan putih dengan perkataan AMARAN - TELUSAN TERHAD seperti contoh di bawah.

Di bawah ini adalah Terowong Chegar Perah. Amaran Telusan Terhad dipasang di kedua - dua mulut terowong sebagai peringatan samada kepada pemandu lokomotif atau kakitangan yang bekerja di dalam terowong tersebut.

Istilah Telusan Terhad juga digunakan apabila seseorang kakitangan diperlukan dalam kerja - kerja melansir tren atau seseorang kakitangan itu bekerja berhampiran dengan landasan mencapah.

Beberapa prosedur harus dipatuhi oleh semua kakitangan keretapi apabila melalui kawasan Telusan Terhad. Ini bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Brighton..0 Burnley..1

Kesungguhan pasukan Brighton bertarung di padang dengan hanya sembilan pemain bagi tempoh 80 minit perlawanan harus dipuji. Sungguhpun tewas 0 - 1 kepada Burnley dalam perlawanan yang penuh aksi di laman sendiri malam tadi, anak - anak didik Gus Poyet tidak mudah mengalah dan hampir mencatat keputusan seri.

Romain Vincelot diarah keluar padang tatkala perlawanan baru berlangsung enam minit manakala Ashley Barnes pula meninggalkan padang pada minit ke-12. Mereka berdua dibuang padang oleh pengadil perlawanan atas kesalahan menjatuhkan pemain lawan.

Gol kemenangan Burnley adalah hasil jaringan Kieran Tripper pada minit ke-32.

Pengurus Brighton Gus Poyet membuat tiga perubahan terhadap barisan yang tewas 0 - 1 di Middlesbrough minggu lepas, termasuk menyenaraikan Adam El-Abd dalam kesebelasan utama (yang pertama bagi Adam sejak pulih dari kecederaan yang dialami tujuh bulan lepas). Pemain itu bermain di posisi pertahanan kanan mengambil tempat Gonzalo Jara Reyes. Sementara Ryan Harley mengambil tempat Matt Sparow dan Ashley Barnes mengambil tempat Craig Noone.

Stadium Amex dibanjiri oleh 19,641 orang penonton untuk menyaksikan perlawanan ini. 983 orang penyokong setia pasukan Burnley turut hadir memberikan sokongan kepada pasukan mereka.

Dengan kekalahan ini, kedudukan Brighton dalam carta Liga Kejuaraan semakin merosot dan kini berkongsi kedudukan dengan Blackpool di tangga kelapan dengan mengutip 32 mata daripada 22 perlawanan. Southampton masih menerajui liga dengan 43 mata sama dengan West Ham United tetapi bermain kurang satu perlawanan berbanding West Ham United. Middlesbrough di tempat ketiga dengan 41 mata, Hull City (39 mata), Cardiff City (38 mata), Leeds United (35 mata) dan Reading (33 mata).

Perlawanan seterusnya adalah menentang Reading di Stadium Madejski pada hari Isnin 26 Disember 2011.

KESEBELASAN UTAMA

Brighton: (4-4-2) Ankergren (GK); El-Abd, Greer, Dunk, Taricco; Bridcutt (Buckley 89), Harley (Noone 20), Vincelot, LuaLua (Navarro 20); Barnes, Mackail-Smith. pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Paynter.

Burnley: (4-4-2) Grant (GK); Trippier, Mee, Duff, Edgar; Wallace, Marney, McCann, Bartley (Vokes 46); Paterson (Austin 67), Rodriguez. Pemain simpanan yang lain: Stewart (GK), Stanislas, Amougou.