Sunday 18 December 2011

Brighton..0 Burnley..1

Kesungguhan pasukan Brighton bertarung di padang dengan hanya sembilan pemain bagi tempoh 80 minit perlawanan harus dipuji. Sungguhpun tewas 0 - 1 kepada Burnley dalam perlawanan yang penuh aksi di laman sendiri malam tadi, anak - anak didik Gus Poyet tidak mudah mengalah dan hampir mencatat keputusan seri.

Romain Vincelot diarah keluar padang tatkala perlawanan baru berlangsung enam minit manakala Ashley Barnes pula meninggalkan padang pada minit ke-12. Mereka berdua dibuang padang oleh pengadil perlawanan atas kesalahan menjatuhkan pemain lawan.

Gol kemenangan Burnley adalah hasil jaringan Kieran Tripper pada minit ke-32.

Pengurus Brighton Gus Poyet membuat tiga perubahan terhadap barisan yang tewas 0 - 1 di Middlesbrough minggu lepas, termasuk menyenaraikan Adam El-Abd dalam kesebelasan utama (yang pertama bagi Adam sejak pulih dari kecederaan yang dialami tujuh bulan lepas). Pemain itu bermain di posisi pertahanan kanan mengambil tempat Gonzalo Jara Reyes. Sementara Ryan Harley mengambil tempat Matt Sparow dan Ashley Barnes mengambil tempat Craig Noone.

Stadium Amex dibanjiri oleh 19,641 orang penonton untuk menyaksikan perlawanan ini. 983 orang penyokong setia pasukan Burnley turut hadir memberikan sokongan kepada pasukan mereka.

Dengan kekalahan ini, kedudukan Brighton dalam carta Liga Kejuaraan semakin merosot dan kini berkongsi kedudukan dengan Blackpool di tangga kelapan dengan mengutip 32 mata daripada 22 perlawanan. Southampton masih menerajui liga dengan 43 mata sama dengan West Ham United tetapi bermain kurang satu perlawanan berbanding West Ham United. Middlesbrough di tempat ketiga dengan 41 mata, Hull City (39 mata), Cardiff City (38 mata), Leeds United (35 mata) dan Reading (33 mata).

Perlawanan seterusnya adalah menentang Reading di Stadium Madejski pada hari Isnin 26 Disember 2011.

KESEBELASAN UTAMA

Brighton: (4-4-2) Ankergren (GK); El-Abd, Greer, Dunk, Taricco; Bridcutt (Buckley 89), Harley (Noone 20), Vincelot, LuaLua (Navarro 20); Barnes, Mackail-Smith. pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Paynter.

Burnley: (4-4-2) Grant (GK); Trippier, Mee, Duff, Edgar; Wallace, Marney, McCann, Bartley (Vokes 46); Paterson (Austin 67), Rodriguez. Pemain simpanan yang lain: Stewart (GK), Stanislas, Amougou.

No comments:

Post a Comment