(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Saturday, 1 October 2011
Tren KTM Komuter Dan Jajarannya (Kelas 81)
KTM Komuter mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1995 apabila dua set EMU masing - masing meninggalkan Stesen Rawang pada jam 6.15 pagi dan Stesen Kuala Lumpur pada jam 6.27 pagi, untuk memulakan larian komersial pertama penuh bersejarah pada 14 Ogos 1995.
Sejak dari itu tren ini telah bermula menjelajah sehingga ke Tanjung Malim, Batu Caves, Pelabuhan Klang dan terbaru sudah sampai di Sungai Gadut.
Apa yang aku ingin kongsi bersama kalian pada kali ini adalah set - set komuter berserta jajarannya. Satu set EMU (Electric Multiple Unit) mempunyai tiga gerabak iaitu satu gerabak cab (tempat memandu komuter) di bahagian depan, sebuah trailer dan satu lagi cab di bahagian belakang.
Sebanyak 18 set komuter yang pertama telah dibeli dari Hungari. Ianya dikenali sebagai EMU KELAS 81.
SET | JAJARAN | ||
CAB | TRAILER | CAB | |
EMU 01 | C8101 | T8101 | C8102 |
EMU 02 | C8103 | T8102 | C8104 |
EMU 03 | C8105 | T8103 | C8106 |
EMU 04 | C8107 | T8104 | C8108 |
EMU 05 | C8109 | T8105 | C8110 |
EMU 06 | C8111 | T8106 | C8112 |
EMU 07 | C8113 | T8107 | C8114 |
EMU 08 | C8115 | T8108 | C8116 |
EMU 09 | C8117 | T8109 | C8118 |
EMU 10 | C8119 | T8110 | C8120 |
EMU 11 | C8121 | T8111 | C8122 |
EMU 12 | C8123 | T8112 | C8124 |
EMU 13 | C8125 | T8113 | C8126 |
EMU 14 | C8127 | T8114 | C8128 |
EMU 15 | C8129 | T8115 | C8130 |
EMU 16 | C8131 | T8116 | C8132 |
EMU 17 | C8133 | T8117 | C8134 |
EMU 18 | C8135 | T8118 | C8136 |
Tren Tergelincir Di Genuang
PERKHIDMATAN KTM INTERCITY DI SEKTOR SELATAN KEMBALI PULIH
Perkhidmatan KTM Intercity di sektor Selatan yang sebelum ini terjejas ekoran insiden kegelinciran yang berlaku di Stesen Genuang, Segamat, Johor di kilometer 596.75 – 597.0 telah kembali pulih seperti biasa mulai. 2.30 pagi 29 September 2011.
Tren yang membawa simen itu dalam perjalanan dari Padang Rengas, Perak menuju ke Pasir Gudang, Johor tergelincir dari landasan sewaktu melalui kawasan stesen pada 28 September 2011 kira - kira jam 11.50 pagi.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang dilaporkan.
Jawatan Kosong Di KTMB
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-
JURUTEKNIK SEMBOYAN & KOMUNIKASI
Kelayakan
Calon Luaran :
q Berumur tidak lebih 28 tahun pada tarikh iklan ditutup;
q Memiliki Sijil Elektrik / Elektronik / Telekomunikasi dari Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
q Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Calon Dalaman :
q Berkhidmat sekurang-kurangnya 7 tahun sebagai Tukang K2 (Gred R06G12)
q Calon mempunyai pengetahuan yang baik tentang kerja-kerja penyenggaraan Semboyan & Komunikasi
q Mempunyai Sijil KTMB 038
q Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
Kriteria Pemilihan
q Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
q Berkemahiran dalam penggunaan komputer (eg MS Office Word, Excell dll.);
q Sedia bertukar ke mana-mana lokasi di rangkaian KTMB;
q Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian.
q Sihat tubuh badan/fizikal yang sesuai
Spesifikasi Tugas
q Menyelia kerja-kerja penyenggaraan Semboyan & Komunikasi;
q Menyenggara dan menguji peralatan Semboyan & Komunikasi mengikut piawaian yang ditetapkan;
q Menghadiri dan membaiki kerosakan peralatan Semboyan & Komunikasi yang dilaporkan seberapa segera;
q Menguji peralatan yang rosak dan menghantar untuk membaikpulih peralatan tersebut;
q Mengemaskini dan menyimpan semua rekod dan daftar inventori peralatan Semboyan & Komunikasi;
q Menyediakan laporan kerosakan dan laporan mingguan;
q Bersedia untuk bekerja lebih masa.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 14 Oktober 2011 ke alamat seperti berikut:
Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur.
Alhamdulillah.....
akhirnya petang ini aku dapat mengemaskini blog yang tak seberapa ini. Aku tunggu komen dari kalian tentang perubahan yang telah aku buat itu. Sekiranya kalian tidak keberatan, sila beri pendapat. Segala teguran dan pandangan dari kalian amatlah aku hargai.......
Wednesday, 28 September 2011
Doa Harian Menurut Hadis & Sunnah
Brighton..1 Crystal Palace..3
Brighton mendahului 1 – 0 seawal minit ke-7 lagi apabila Craig Mackail-Smith merembat rendah bola yang dihantar oleh Gary Dicker. Kedudukan itu kekal sehingga minit ke-80 apabila Crystal Palace menyamakan kedudukan menerusi Wilfried Zaha. Pada minit ke-89, Palace mendapat gol kedua menerusi Darren Ambrose ekoran keadaan kelam kabut di depan pintu gol Brighton. Dua minit kemudian, Glenn Murray menambah parah Brighton dengan satu sepakan deras yang menerjah gawang Brighton untuk memastikan Crystal Palace menang mutlak 3 – 1.
Pengurus Brighton Gus Poyet membuat dua pertukaran dalam kesebelasan utama yang seri 3 – 3 ketika menentang Leeds United pada hari Jumaat lepas, menyenaraikan penolong pengurus pasukan Mauricio Taricco dalam kesebelasan utama.
Pemain pertahanan Argentina itu turun buat kali pertama sejak menang dalam pertandingan Piala FA menentang Portsmouth bulan Januari lalu, mengambil tempat Inigo Calderon, sementara Ryan Harley kembali dari kecederaan belakang dan mengambil tempat Kazenga LuaLua.
Bekas penyerang utama Brighton Glenn Murray tersenarai dalam kesebelasan utama Crystal Palace.
Dengan kekalahan ini, pasukan Brighton kekal di tangga kelima liga.
Seramai 20,153 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan yang banyak dikuasai oleh pasukan pelawat terutama di minit – minit akhir perlawanan.
Perlawanan seterusnya adalah menentang pasukan Ipswich Town di Portman Road, Ipswich pada 1 Oktober 2011.
Albion: (4-4-2) Ankergren; Taricco (Vincelot 59), Dunk, Greer, Painter; Noone (LuaLua 64), Bridcutt, Dicker, Harley (Vicente 69); Barnes, Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Hoskins.
Lagu Penawar Rindu
Lagu ini merupakan sebuah lagu berentak ghazal ciptaan Atan Ahmad yang dipopularkan oleh penyanyi Datin Orchid Abdullah dan dirakam pada tahun 1970 . Orchid merakamkan lagu ini dengan iringan kumpulan Orkes Sri Kenangan Batu Pahat. Lagu ini menjadi salah sebuah lagu ghazal yang paling popular dalam sejarah muzik Melayu serantau dan sering dinyanyikan dalam persembahan orkes Melayu.
Sejak era 1980an, lagu ini sering menjadi pilihan untuk dijadikan nafas baru ataupun eksperimen. Biduanita tersohor Datin Rafeah Buang merakamkan semula lagu ini dengan iringan ghazal moden dalam album beliau yang berjudul Di Luar Jendela pada tahun 1982. Ia mempopularkan lagu ini sepanjang era 80an.
Kemudian dalam tahun 1992, lagu ini telah dinyanyikan oleh penyanyi bersuara serak - serak bawah, Wann dalam album Koleksi Nostalgia Vol. 3
Pada tahun 2004, Ratu Pop Tradisional Noraniza Idris merakamkan lagu ghazal ini dengan versi pop kontemporari dalam album solo beliau Sawo Matang. Muziknya dirancakkan lebih sedikit dan Noraniza menggabungkannya dengan pop dan menjadi sebuah lagu fusion. Album tersebut berjaya memenangi kategori Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2005.
Setahun kemudian, giliran penyanyi R&B terkenal Dayang Nurfaizah pula merakamkan lagu ini dan menariknya lagu ini dirakamkan dalam bentuk R&B. Ia diperdengarkan kepada umum ketika berlangsungnya acara Anugerah Juara Lagu Ke - 21 pada tahun 2006.
Kumpulan pop rock Butterfly merakamkan lagu ini dengan versi alternatif dalam album mereka pada tahun 2007.
Selain daripada yang dinyatakan di atas, lagu Penawar Rindu ini juga pernah dinyanyikan oleh Hasnah Kaha dan juga Abot (Album Rock Dangdut - Tahun 2002).
Berikut adalah lirik lagu tersebut:
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu padamu seorang
Resah tak sanggup menanggung di jiwa
Salah tak tahu kasih bermula
( ulang 2X )
Bermula
Peristiwa, dalam ingatan
Kasih tercipta
Penawar rindu padamu seorang
Senyuman kuberi sungguh bermakna
Tetapi sayang kau tak ketahui
( ulang 2X )
Tak ketahui
Hingga ku merana, merajuk hati
Membawa diri
Penawar rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu padamu seorang
Walau bagaimanapun, terdapat sebuah lagi lagu yang mempunyai judul yang sama, tetapi lirik dan iramanya berbeza. Di bawah ini terdapat versi lagu Penawar Rindu tersebut yang dinyanyikan oleh dua orang penyanyi:
1. Taufik Haji Ali
2. Razis Ismail
Berikut pula lirik untuk lagu di atas:
kepada angin sedang lalu
tak akan boleh kiriman mu
menghibur hati ku nan pilu
jika direnungkan bulan
terbayang peristiwa dulu
jika datangnya kenangan
menambahkan pilu di kalbu
hati diracunkan cinta
melarat bila kau menjauh
hanya penawarnya pelukan asmara
berdamping berdua bersama
pulanglah kekasih ku pulang
bawalah penawar merindu
jangan dikirim berita
datanglah bertemu semula
Tuesday, 27 September 2011
Maintenance
Nada Kencana
membuai resahku ini
burung berkicau riang
dari pagi hingga ke petang
usah sembunyi rindu hati
suara mengiring kasih sayang
duduk mengira nasib untung diriku ini
mata memandang sayu
manja manis pujuk memuja
bukan sembunyi rindu hati
susah ku hendak lupa
kita bersua mesra
gembiranya di samping dinda
jiwa mengusik kita
penuh dengan kenangan dulu
jangan memujuk hati lara
hanya di bibir kata malu
langit selubung alam
hati riang menjadi muram
jiwa bertanya mana
tempatnya kasihku curahkan
inginku tunjuk rindu dendam
takut tak senang tidur malam
Monday, 26 September 2011
Majlis Hari Raya
Majlis yang sederhana tetapi meriah ini adalah usaha daripada semua AJK dan kerjasama dari semua penghuni adalah sangat baik.
Walaupun pada awalnya hujan turun agak lebat, tetapi kehadiran para tetamu adalah menggalakkan dengan ada yang bukan warga setempat pun hadir sama.
Semoga usaha murni seperti ini akan diteruskan lagi pada masa - masa akan datang.
Sunday, 25 September 2011
Cuaca Mendung
Hari ini juga akan berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya di kawasan tempat tinggal aku. Majlis dijadualkan bermula jam 12 tengahari nanti.
Semalam pun ada beberapa majlis, tapi aku tak sempat nak hadir sebab aku rasa tak berapa nak sihat. Akhirnya petang semalam aku singgah di pasar malam dekat Jaya Jusco Setiawangsa untuk membeli beberapa jenis makanan yang dah lama tak rasa sejak bulan puasa lepas.
Alhamdulillah, pagi ini aku rasa segar sedikit walaupun ada rasa sengal kat beberapa bahagian. Rasa sengal tu kejap lagi hilanglah bila aku dan kawan - kawan setempat mula menjalankan tugas masing - masing bagi menjaya majlis sambutan hari raya tu.....