Saturday, 25 June 2011

Pantai Desaru

Desaru ialah sebuah kawasan pelancongan pantai di Kota Tinggi, Johor. Ia terletak lebih kurang 88 kilometer dari Johor Bahru dan mengadap ke Laut China Selatan. Ia ialah sebuah kawasan pelancongan popular bagi rakyat tempatan dan Singapura pada hujung minggu ataupun pada masa cuti sekolah untuk berehat. Kini dengan siapnya Lebuhraya Senai - Desaru, perjalanan ke Desaru menjadi lebih mudah.

Rimbunan pokok rhu yang tumbuh di sepanjang pantai
Lautnya sedikit berombak walaupun dalam keadaan hari terang
Pasir halus Pantai Desaru, berbeza dengan pasir yang terdapat di lain-lain pantai
Pemandangan indah dan suasana ceria membuatkan pantai ini sesuai untuk sesiapa sahaja untuk berehat atau bersiar-siar di sepanjang pantainya
Pantainya agak panjang
Sayup-sayup kelihatan hujung pantai di seberang sana
Langit kelihatan cerah dengan terdapat sedikit awan dan matahari megah bersinar
Kemudahan untuk memakir kenderaan sememangnya ada disediakan
Jika kalian nak makan masakan yang panas-panas, kalian boleh masak sendiri terutama sekali jika kalian nak bakar ayam atau ikan. Ada tempat disediakan untuk aktiviti membakar ayam atau ikan.
Pondok-pondok kecil juga didirikan berhampiran dengan pantaiTidak ketinggalan, kedai yang menjual pelbagai barangan cenderahati dengan harga yang berpatutan
Lagi pondok-pondok kecil untuk digunakan oleh para pengunjung
Sebuah gerai menjual makanan ringan dan minuman beroperasi di hadapan sebuah ruang rehat yang agak luas
Kehadiran pokok-pokok hijau mengindahkan lagi pemandangan di pantai ini
Ada di antara pokok-pokok itu yang aku sendiri tak tahu apa namanya
Terdapat sebuah bangunan yang dibina berdasarkan senireka rumah Minangkabau
Kemudahan surau juga disediakan di sini, walaupun sedikit jauh dari tempat tumpuan awam dan mempunyai ruang yang kecil untuk bersolat
Jumpa lagi Desaru di lain kesempatan.....

Dayung perahu ke Kuala Tahan
Perahu penuh dengan muatan
Pantai Desaru dalam kenangan
Berjumpa kita di lain kesempatan

England England England

Berikut adalah penglibat pasukan bolasepak England dalam beberapa kejohanan antarabangsa.

KEJOHANAN BAWAH UMUR 21 EROPAH (11 - 25 Jun 2011. Tuan rumah - Denmark)

Berikut adalah keputusan perlawanan.
1. 12 Jun 2011 - England..1 Sepanyol..1
2. 15 Jun 2011 - England..0 Ukraine..0
3. 19 Jun 2011 - England..1 Republik Czech..2

* England gagal layak ke peringkat separuh akhir.

KEJOHANAN PIALA DUNIA BAWAH UMUR 17 TAHUN (18 Jun - 10 Julai 2011. Tuan Rumah - Mexico)

Berikut adalah perlawanan yang melibatkan England.
1. 19 Jun 2011 - England..2 Rwanda..0
2. 22 Jun 2011 - England..2 Kanada..2
3. 25 Jun 2011 - England lawan Uruguay

KEJOHANAN PIALA DUNIA WANITA (26 Jun - 17 Julai 2011. Tuan Rumah - Jerman)

Berikut adalah perlawanan yang melibatkan England.
1. 27 Jun 2011 - England lawan Mexico
2. 01 Julai 2011 - England lawan New Zealand
3. 05 Julai 2011 - England lawan Jepun

KEJOHANAN PIALA DUNIA BAWAH UMUR 20 TAHUN (29 Julai - 20 Ogos 2011. Tuan Rumah - Colombia)

Berikut adalah perlawanan yang melibatkan England.
1. 29 Julai 2011 - England lawan Korea Utara
2. 01 Ogos 2011 - England lawan Argentina
3. 04 Ogos 2011 - England lawan Mexico

Semua keputusan perlawanan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Friday, 24 June 2011

Sejenak Di Kuala Lipis

Walau pun aku cuma berada beberapa jam di Kuala Lipis, banyak yang dapat aku lihat. Sungguhpun tak banyak perubahan yang ketara, tapi secara kasarnya kenderaan di bandar ini sudah semakin bertambah.

Pintu masuk Stesen Keretapi Kuala Lipis
Simpang masuk ke stesen keretapi
Batu jalan yang unik
Sebuah masjid lama
Deretan banner di sebuah selekoh dekat sungai
Lagi banner yang menarik
Papan tanda yang mengingatkan kita supaya menjaga dan menyayangi sungai
Pintu gerbang untuk turun hampir ke sungai
Benda apakah ini?
Soal makan tak jadi soal di sini. Banyak tempat tersedia untuk kalian menjamu selera. Harganya agak berpatutan dengan apa yang kalian nikmati. Aku sempat membeli belah sementara menunggu waktu malam. Setelah solat Isyak, aku berehat di kerusi panjang yang terdapat di Stesen Keretapi Kuala Lipis....

Perjalanan Dari JB Sentral Ke Kuala Lipis

Pada 30 Mei 2011 yang lalu, aku telah merancang untuk menaiki tren menuju ke Kuala Lipis. Sejak awal pagi aku dah bangun untuk bersiap - siap menuju ke JB Sentral. Dari rumah ke JB Sentral jika naik bas tambangnya cuma RM1.70 aje.

Setiba aku di JB Sentral, kaunter tiket sudah dibuka dan aku terus membeli dua tiket, satu untuk perjalanan dari JB Sentral ke Kuala Lipis dengan Tren Shuttle No. 92 dan satu lagi perjalanan dari Kuala Lipis ke KL Sentral dengan Tren Senandung Wau No. 29.

Stesen JB Sentral
Perhentian Danga City Mall
Sisian Tampoi - MSM
Stesen Kempas Baru
Stesen Kulai. Di stesen ini tren yang aku naiki berselisih dengan Tren No. 27 Senandung Timuran dari Tumpat.
Stesen Layang-Layang
Stesen Renggam
Stesen Mengkibol
Cuaca mendung ketika tren singgah di Stesen Kluang
Stesen Chamek
Stesen Paloh
Stesen Bekok
Stesen Labis
Stesen Tenang
Stesen Genuang
Stesen Segamat
Stesen Gemas. Di stesen ini tren aku terpaksa berhenti lama untuk berselisih dengan Tren Shuttle No. 91 dari Kuala Lipis ke Singapura dan Tren No. 13 Ekspres Sinaran Selatan dari KL Sentral ke Singapura.
Perhentian Londah yang telah lama ditutup
Tapak Perhentian Rompin yang telah dirobohkan sepenuhnya
Stesen Bahau
Stesen Kemayan
Perhentian Mengkuang
Stesen Triang
Stesen Mengkarak. Di sini tren aku berselisih pula dengan Tren No. 15 Ekspres Sinaran Timur.
Stesen Mentakab
Perhentian Kerdau
Stesen Kuala Krau
Perhentian Mai ini juga telah lama ditutup
Perhentian Jenderak
Stesen Jerantut
Stesen Mela
Stesen Kerambit
Perhentian Batu Sembilan
Di Stesen Kuala Lipis aku berjumpa dengan sebuah tren kontena dengan dua lokomotif menuju ke arah selatan
Tren sampai tepat pada masanya. Aku rasa seronok sepanjang perjalanan tadi. Kini tiba masa untuk berehat sebelum naik satu lagi tren menuju ke Kuala Lumpur, tengah malam nanti.