Tuesday 14 September 2010

Dari Bait Al-Amin

ASSALAMMUALAIKUM..
KAMI DI TERATAK BAIT AL-AMIN INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT TIDAK KIRA DIMANA BERADA. KAMI JUGA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DI ATAS BANTUAN DAN SUMBANGAN YANG TELAH DIHULURKAN KEPADA PIHAK KAMI DI TERATAK BAIT AL-AMIN...DOA DARI KAMI ANAK-ANAK YATIM BAIT AL-AMIN MENGIRINGI KEBAHAGIAN SAUDARA DAN SAUDARI SEKELIAN...AMIN.
" SALAM AIDILFITRI DARI WARGA BAIT AL-AMIN"

Kaktus Berbunga

Berdasarkan gambar di atas, diperhatikan bahawa pokok kaktus itu mengeluarkan bunga. Adakah ianya satu kelaziman atau satu keanehan?

Bolasepak Piala Malaysia 2010 - Negeri Sembilan

Pertandingan bolasepak Piala Malayssia 2010 bermula malam ini. Seperti biasa, aku lebih memilih negeri kelahiran aku untuk membuktikan kemampuan mereka setelah bergelar Juara Piala Malaysia 2009.

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 3-1 untuk muncul juara piala paling berprestij itu.

Pada musim ini, Negeri Sembilan diletakkan di dalam Kumpulan A bersama-sama pasukan Kelantan, KL Plus dan Selangor PKNS.
Saingan Piala Malaysia 2010 akan membuka tirainya mulai malam ini (14 September) manakala aksi Final Piala Malaysia dijadualkan pada 30 Oktober 2010.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Malaysia 2010 yang melibatkan pasukan Negeri Sembilan.

Jadual Perlawanan Peringkat Kumpulan:

1. 14 September 2010 8:45 pm [Stadium Sultan Mohd Ke-IV, KB] Kelantan lwn Negeri Sembilan

2. 17 September 2010 8:45 pm [Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi] Negeri Sembilan lwn KL Plus

3. 20 September 2010 8:45 pm [Stadium MBPJ, Kelana Jaya] Selangor PKNS lwn Negeri Sembilan

4. 03 Oktober 2010 8:45 pm [Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi] Negeri Sembilan lwn Kelantan

5. 06 Oktober 2010 8:45 pm [Stadium MBPJ, Kelana Jaya] KL Plus lwn Negeri Sembilan

6. 09 Oktober 2010 8:45 pm [Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi] Negeri Sembilan lwn Selangor PKNS.


Jadual Suku Akhir (12 dan 16 Oktober 2010):

Perlawanan #1: Johan Kumpulan A lwn Naib Johan Kumpulan D

Perlawanan #2: Johan Kumpulan B lwn Naib Johan Kumpulan C

Perlawanan #3: Johan Kumpulan C lwn Naib Johan Kumpulan B

Perlawanan #4: Johan Kumpulan D lwn Naib Johan Kumpulan A


Jadual Separuh Akhir (20 dan 23 Oktober 2010):

Pemenangan Perlawanan #1 lwn Pemenang Perlawanan #3

Pemenangan Perlawanan #2 lwn Pemenang Perlawanan #4


Jadual Perlawanan Akhir: 30 Oktober 2010


Aku berharap benar agar Wan Jamak dan anak didiknya akan bermain dengan bersungguh-sungguh dalam setiap perlawanan. Menang atau kalah, sudah menjadi adat dalam mana-mana permainan. Yang penting, semangat juang yang tinggi perlu ada dalam diri setiap pemain.

Ciri - Ciri Sebuah Keluarga Bahagia

(sambungan)

Jika kita menolak pinangan tersebut bermakna kita telah menolak sesuatu yang amat bernilai di sisi Allah maanakala pilihan terhadap lelaki fasik dan tidak beragama akan menempah kecelakaan dan kemusnahan terhadap anak sendiri.

Dalam sepotong hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasik maka sebenarnya ia telah memutuskan tali silaturahim dengan anaknya" - Riwayat Anas r.a.

(bersambung)

Sunday 12 September 2010

Tren ETS

Kepada yang masih belum mengetahui tentang perkhidmatan Electric Train Service (ETS), berikut adalah beberapa maklumat ringkas bagi kemudahan kita semua.
Peta Perjalanan ETS Ipoh - Kuala Lumpur - Seremban
Jadual Perjalanan ETS Sektor Ipoh - Kuala Lumpur - Seremban
Jadual Perjalanan ETS Sektor Seremban - Kuala Lumpur - Ipoh

Euro 2012

Dalam kesibukan menjelang Aidil Fitri, aku hampir terlupa dengan perkembangan pasukan bolasepak England dalam menghadapi Pusingan Kelayakan Kejohanan Bolasepak Negara-Negara Eropah 2012 (Euro 2012) yang akan diadakan secara bersama di Poland dan Ukraine.

England diletakkan sebagai pasukan pilihan dalam Kumpulan G bersama-sama Bulgaria, Switzerland, Montenegro dan Wales.

England memulakan kempen dengan mengalahkan Bulgaria 4 - 0 di Wembley dan mencatat kemenangan kedua mengalahkan Switzerland 3 - 1 di Basel, Switzerland.

Perlawanan England seterusnya adalah menentang Montenegro di Stadium Wembley pada 12 Oktober 2010.

Tiket Keretapi Dah Nak Habis

Berdasarkan kepada data di atas, dapatlah aku merumuskan bahawa perkhidmatan keretapi kini semakin digemari.

Tiket untuk beberapa perjalanan tren telah habis manakala untuk tren-tren yang lain, tiket nampaknya semakin susut.

Jika kalian tercari-cari destinasi perjalanan tren dan baki tiket untuk dibeli, sila tekan. Data seperti di atas, akan dikemaskini setiap 1 jam.

Aku berharap agar lebih ramai lagi yang menggunakan perkhidmatan keretapi bukan sahaja pada musim-musim perayaan atau sewaktu cuti sekolah, tetapi pada setiap masa dan ketika kerana hanya inilah satu-satunya mod pengangkutan yang selesa dan selamat.

Selamat Maju Jaya kepada KTM Antarabandar moga akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik di masa-masa akan datang.

Ciri - Ciri Sebuah Keluarga Bahagia

(sambungan)

Jika tersalah pilih atau membuat pilihan berdasarkan nafsu dan kebendaan semata-mata maka ibu bapa itulah yang akan turut bersalah apabila rumah tangga mereka nanti menemui kehancuran dan kemusnahan.

Dalam hal ini Rasulullah SAW ada bersabda maksudnya:

"Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu berpuas hati di sudut agama dan akhlaknya, maka kamu kahwinkanlah anak kamu dengan segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya akan berlakulah fitnah di muka bumi ini dan kerosakan bakal ditempuhinya nanti". Riwayat Abu Hurairah.

Rasulullah mengingatkan agar umatnya tidak melengah-lengahkan urusan perkahwinan anak perempuannya jika sudah ada lelaki yang ingin masuk meminang lebih-lebih lagi lelaki yang beriman, berakhlak dan bermoral.

(bersambung)

Hari Raya Aidil Fitri (1 Syawal 1431H)

Salam Aidil Fitri buat semua. Kemaafan jua yang aku pohon sekiranya ada salah silap atau keterlanjuran sepanjang aku mengendalikan blog ini.
Seperti kebiasaan, anak-anak yang paling meriah.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin dari kami sekeluarga.

Brighton & Hove Albion..2 MK Dons..0

Brighton & Hove Albion menang lagi. Kali ini Brighton menewaskan MK Dons 2 - 0 dalam perlawanan menarik yang berlangsung di Stadium Withdean, pada 11 September 2010.

Kazenga LuaLua memulakan jaringan pada minit ke-49. Gol kedua pula sumbangan Glenn Murray pada minit ke-75.

Gus Poyet membuat dua pertukaran pada senarai pemain utama yang tewas kepada Leyton Orient sepuluh hari lalu, dengan Kazenga LuaLua tersenarai dalam kesebelasan utama.

Pemain sayap Republik Congo itu menggantikan Gary Dicker, dan memulakan perlawanan di sebelah kiri, sementara Radostin Kishishev menggantikan Liam Bridcutt di bahagian tengah.

Penolong pengurus pasukan Mauricio Taricco disenaraikan sebagai pemain simpanan dan bercita-cita untuk membuat debut bersama pasukan Brighton, Peter Brezovan juga tersenarai sebagai pemain simpanan selepas sembuh dari kecederaan.

Skipper Gordon Greer masih belum sembuh sepenuhnya dari kecederaan dan diketepikan daripada pasukan utama buat sementara waktu.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton kini menduduki tangga ke-7 liga dengan mengumpulkan 10 mata dari 5 perlawanan.

Seramai 6,683 orang penonton telah meluangkan masa datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Carlisle United di Brunton Park, Carlisle pada 18 September nanti.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, El-Abd, Elphick, Painter; Bennett, Sparrow (Dicker 64), Kishishev (Bridcutt 89), LuaLua (Jamie Smith 86); Barnes, Murray. Pemain simpanan yang lain: Brezovan, Taricco, Baz, Hart.