(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Wednesday, 13 April 2011
Hari Ketiga Di Puerto Princesa
Awal pagi di Puerto Princesa sewaktu hari ketiga aku di sana agak mendung. Menurut penduduk tempatan, sekarang ini musim hujan. Patut lah sejak aku menjejak kaki di sini, hujan hampir setiap hari.
Seperti hari kedua, aku suka pusing-pusing sekitar bandaraya yang bersih ini.
Seperti hari kedua, aku suka pusing-pusing sekitar bandaraya yang bersih ini.
Sebuah bangunan bentuk baru yang berwarna warni
Salah sebuah panggung terbuka, ada kemudahan pentas dan beberapa gelanggang badminton khas untuk penduduk setempat bersantai
Sebuah kolej tempat anak-anak muda belajar sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
Pasaraya terulung di Puerto Princesa dikenali sebagai NCCC Mall Palawan. NCCC itu bermaksud New City Commercial Center
Nanti aku sambung hari keempat lak.Brighton..4 Dagenhan & Redbridge..3
'The Seagull' terus terbang tinggi. Kemenangan 4-3 ke atas Dagendhan & Redbridge di laman sendiri, awal pagi tadi secara tidak rasmi telah membawa pasukan Brighton bermain dalam Liga Kejuaraan (Championship League) pada musim akan datang.
Kemenangan ini membolehkan pasukan Brighton mengumpulkan 90 mata daripada 41 perlawanan, meninggalkan Southampton dan Huddersfield Town di tangga kedua dan tangga ketiga.
Perlawanan selepas ini adalah menentang Walsall di Fellows Park, Walsall pada 16 April 2011.
Kemenangan ini membolehkan pasukan Brighton mengumpulkan 90 mata daripada 41 perlawanan, meninggalkan Southampton dan Huddersfield Town di tangga kedua dan tangga ketiga.
Perlawanan selepas ini adalah menentang Walsall di Fellows Park, Walsall pada 16 April 2011.
Tuesday, 12 April 2011
Hari Kedua Di Puerto Princesa
Setelah menghirup kopi 'o' dan menjamah beberapa keping biskut, aku mula menyusuri lorong-lorong yang ada dekat dengan tempat penginapan. Aku cuba untuk mencari sesuatu yang boleh aku jadikan cenderahati buat keluarga di Malaysia.
Cuaca agak panas pagi itu. Walaupun waktu baru jam 9 pagi, tapi panasnya sama seperti jam 11 pagi di Malaysia. Untuk pengetahuan kalian, waktu di Filipina dan waktu di Malaysia adalah sama.
Barangan perabut sangat murah di sini
Segala macam jenis daging ada dijual di sini. Yang halal ataupun yang tidak halal, bercampur di atas satu mejaBank of Filipino
Bandaraya Puerto Princesa kekal lima tahun berturut-turut sebagai bandaraya paling bersih di Filipina.
Pengguna jalanraya sangat berdisiplin. Khabarnya denda yang berat akan dikenakan kepada setiap pesalah jalanraya.
Setelah penat seharian menjelajah Puerto Princesa, aku pulang ke bilik penginapan dengan seribu satu pengalaman baru. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; elok lagi negeri sendiri....
Brighton Terus Unggul
Dua kemenangan dan sekali seri dalam tiga perlawanan terakhir membawa pasukan Brighton semakin hampir kepada Kejuaraan Liga 1 nPower dan bakal dinaikkan ke 'Championship League' pada musim akan datang.
Berikut adalah keputusan terkini pasukan Brighton:
29 Mac 2011 Dagenham & Redbridge..0 Brighton..1
02 April 2011 Rochdale..2 Brighton..2
09 April 2011 Brighton..2 Sheffield Wednesday..0
Dengan keputusan tersebut, pasukan Brighton terus kekal di tangga teratas Liga 1 nPower dengan mengutip 87 mata daripada 40 perlawanan, meninggalkan pasukan Southampton di tangga kedua dan Huddersfield Town di tangga ketiga (kedua-dua pasukan 74 mata).
Perlawanan seterusnya adalah menentang Dagendham & Redbridge di Stadium Withdean pada malam ini (12 April 2011).
Berikut adalah keputusan terkini pasukan Brighton:
29 Mac 2011 Dagenham & Redbridge..0 Brighton..1
02 April 2011 Rochdale..2 Brighton..2
09 April 2011 Brighton..2 Sheffield Wednesday..0
Dengan keputusan tersebut, pasukan Brighton terus kekal di tangga teratas Liga 1 nPower dengan mengutip 87 mata daripada 40 perlawanan, meninggalkan pasukan Southampton di tangga kedua dan Huddersfield Town di tangga ketiga (kedua-dua pasukan 74 mata).
Perlawanan seterusnya adalah menentang Dagendham & Redbridge di Stadium Withdean pada malam ini (12 April 2011).
Hari Pertama Di Puerto Princesa
Salam Sejahtera.
Sepertimana yang dijanjikan sebelum ini, mulai hari ini aku cuba untuk berkongsi pengalaman pahit manis aku semasa di Bandaraya Puerto Princesa, Pulau Palawan, Filipina.
Ketibaan aku di Pulau Palawan disambut dengan hujan lebat. Risau juga aku sepanjang penerbangan dari Manila menuju ke Puerto Princesa. Alhamdulillah, kapal terbang yang aku naiki mendarat dengan selamatnya di Lapangan Terbang Puerto Princesa.
Sepanjang perjalanan ke pusat bandar, kelihatan banyak kedai-kedai pattern lama di kiri kanan jalanraya yang dipanggil 'highway'. Tidak banyak bangunan baru yang kelihatan. Dah lama tak tengok 'Jeepney', tapi tak nampak satu pun. Jalanraya dipenuhi dengan motosikal beroda tiga yang dipanggil 'tricycle'.
Tempat pertama yang aku tuju sudah semestinya Pusat Penerangan Pelancongan untuk mendapatkan sedikit gambaran awal tentang bandaraya ini.
Di bawah ini pula adalah sebuah pusat pentadbiran yang mentadbir keseluruhan Bandaraya Puerto Princesa.
Selepas balik dari mengunjungi pusat penerangan pelanconga, aku menuju ke pusat menukar wang. 100 Peso Filipina bersamaan dengan RM 7.30. Aku jadi kaya sekejap bila menukar RM 2000 dapat ribu-ribu Peso. Banyak 'money changer' terdapat di sini tetapi tidak banyak yang menerima Ringgit Malaysia sebagai tukaran. Mereka mengutamakan Dolar Amerika ataupun matawang Uero.
Sewaktu aku berjalan-jalan, kelihatan semua bendera negara Filipina dikibarkan separuh tiang. Aku dimaklumkan negara itu berada dalam tempoh berkabung atas kematina salah seorang menteri kabinetnya.
Aku dah lapar. Nak cari benda untuk dimakan, tapi tak jumpa walau satupun kedai makanan Islam. Aku cuma sempat minum air kelapa dan makan biskut yang dibawa dari KL.
Di sebelah malam, aku terjumpa Restoran Shakey's Pizza. Tapi kerana penat, aku jadi tak lalu nak makan.
Akhirnya aku balik ke hotel penginapan dan tidur sepanjang malam.......
Subscribe to:
Posts (Atom)