Kegagalan Glenn Murray menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-86 membuatkan pasukan Brighton hanya mampu seri 1 – 1 ketika berkunjung ke Gillingham pada perlawanan liga yang berlangsung pada 13 April lalu.
Dengan disaksikan oleh 7,977 orang penonton yang membajiri Stadium Priestfield, Glenn Murray menyepak bola rendah bagi membolehkan penjaga gol Gillingham menyelamatkan keadaan. Sebelum itu, Adam El-Abd menjaringkan gol tunggal Brighton pada minit ke-5.
Gus Poyet membuat beberapa pertukaran pemain pada kesebelasan utama yang turun dengan Lee hendrie, Adam Virgo dan Glenn Murray dipanggil sementara Diego Arismendi membuat penampilan pertama bersama pasukan Brighton.
Virgo mengantikan Tommy Elphick di bahagian pertahanan. Hendrie dan Arismendi menggantikan Dicker dan Alan Navarro di bahagian tengah. Murray pula kembali selaku pemain penyerang selepas digantung dua perlawanan.
Dengan keputusan ini, pasukan Brighton kini menghuni tangga ke 15 liga dengan mengumpulkan 49 mata daripada 42 perlawanan.
Sabtu ini (17 April 2010), pasukan Brighton sekali lagi akan bermain di tempat lawan, kali ini di Roots Hall menentang pasukan Southend United.
Albion: (4-5-1) Brezovan, Calderon, El-Abd, Virgo, Hoyte; Bennett, Arismendi (Navarro 68), Hendrie (Dicker 78), Crofts, LuaLua (Barnes 58); Murray. Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Elphick, Carole, Holroyd.