Sunday, 15 August 2010

Ciri - Ciri Sebuah Keluarga Bahagia

(sambungan)

Tidak ramai masyarakat kita yang prihatin dengan nilai-nilai agama untuk dijadikan asas dalam memilih jodoh. Sedangkan Rasulullah SAW memberi jaminan bahawa pasangan yang memilih kriteria agama ketika membuat pemilihan jodoh akan selamat di dunia dan di akhirat.

Ini tidak bermakna Islam menolak ciri-ciri yang selain daripada agama seperti yang disebutkan tadi tetapi di akhir hadis tersebut menyebut lebih baik memilih mereka yang beragama maka kekayaannya akan selamat, kebahagiaannya akan kekal dan keturunannya akan dimuliakan. Kita membincangkan aspek utama bukannya menegah memilih, kerana manusia itu diciptakan oleh Allah memiliki naluri yang berlainan dan semestinya inginkan yang cantik, indah dan cenderung kepada nilai material.

Walau bagaimanapun, apa yang disampaikan oleh Rasulullah itu tidak diragui lagi kesahihannya. Rasul diutus kepada manusia untuk membawa berita gembira dan menjadi rahmaat keseluruh alam. Pilihan yang berdasarkan nilai-nilai agama akan membawa kebahagiaan kepada manusia itu sendiri.

(bersambung)

Pusingan Pertama Piala Carling

Albion akan menentang Northampton Town di tempat lawan pada Pusingan Pertama Piala Carling Tahun 2010/11.

Perlawanan tersebut akan berlangsung di Sixfields Stadium pada minggu bermula 9 Ogos 2010.

Brighton & Hove Albion..2 Rochdale..2

Mengecewakan. Itulah keluhan hampir 6,602 orang penonton di Stadium Whitdean petang semalam apabila pasukan Brighton sekadar seri 2 - 2 menentang kelab Rochdale, dalam perlawanan kedua Liga npower Satu musim 2010/11.

Glenn Murray memulakan jaringan buat Brighton pada minit ke-47. Tetapi mulai minit ke-50, Brighton bermain dengan sepuluh pemain apabila ketua pasukan, Gordon Greer dibuang padang kerana melakukan kekasaran terhadap pemain Rochdale, Anthony Elding. Rochdale menyamakan kedudukan 1 - 1 menerusi sepakan penalti Gary Jones.

Elliott Bennett kembali meletakkan Brighton di depan pada minit ke-66 dengan satu rembatan cantik dari jarak 25 kaki.

Pada minit - minit terakhir, Rochdale menyamakan kedudukan sekali lagi menerusi Gary Jones pada minit ke-90.

Skipper Gordon Greer mengetuai pasukan Brighton buat pertama kali selepas menghabiskan tempoh penggantungan 3 perlawanan (baki dari musim lepas).

Glenn Murray juga kembali dari penggantungan dan pengurus pasukan Gus Poyet menyenaraikan beliau dalam kesebelasan utama, bergandingan Ashley Barnes.

Gary Dicker bermula di bahagian tengah mengambil tempat Alan Navarro, yang mengalami kecederaan sewaktu menentang Northampton Town pada perlawanan pertengahan minggu.

Matt Sparrow juga terlepas perlawanan petang semalam kerana digantung tiga perlawanan akibat dibuang padang juga semasa perlawanan menentang Northampton Town.

Poyet turut Jake Caskey dalam senarai pemain simpanan selepas pemain berusia 16 tahun itu kembali dari Finland kerana mewakili pasukan England Bawah Umur 17 Tahun.

Dengan keputusan seri ini, pasukan Brighton kini menduduki tangga ke-6 dalam liga dengan memungut 4 mata daripada 2 perlawanan.

Perlawanan seterusnya adalah Sheffield Wednesday di Hillsbrough, Sheffield pada hari Sabtu, 21 Ogos 2010.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, Greer, Painter; Bennett (Hart 88), Kishishev, Dicker, Jamie Smith (El-Abd 52); Barnes (Battipiedi 90), Murray. Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Baz, Holroyd, Caskey.