Sunday, 15 August 2010

Brighton & Hove Albion..2 Rochdale..2

Mengecewakan. Itulah keluhan hampir 6,602 orang penonton di Stadium Whitdean petang semalam apabila pasukan Brighton sekadar seri 2 - 2 menentang kelab Rochdale, dalam perlawanan kedua Liga npower Satu musim 2010/11.

Glenn Murray memulakan jaringan buat Brighton pada minit ke-47. Tetapi mulai minit ke-50, Brighton bermain dengan sepuluh pemain apabila ketua pasukan, Gordon Greer dibuang padang kerana melakukan kekasaran terhadap pemain Rochdale, Anthony Elding. Rochdale menyamakan kedudukan 1 - 1 menerusi sepakan penalti Gary Jones.

Elliott Bennett kembali meletakkan Brighton di depan pada minit ke-66 dengan satu rembatan cantik dari jarak 25 kaki.

Pada minit - minit terakhir, Rochdale menyamakan kedudukan sekali lagi menerusi Gary Jones pada minit ke-90.

Skipper Gordon Greer mengetuai pasukan Brighton buat pertama kali selepas menghabiskan tempoh penggantungan 3 perlawanan (baki dari musim lepas).

Glenn Murray juga kembali dari penggantungan dan pengurus pasukan Gus Poyet menyenaraikan beliau dalam kesebelasan utama, bergandingan Ashley Barnes.

Gary Dicker bermula di bahagian tengah mengambil tempat Alan Navarro, yang mengalami kecederaan sewaktu menentang Northampton Town pada perlawanan pertengahan minggu.

Matt Sparrow juga terlepas perlawanan petang semalam kerana digantung tiga perlawanan akibat dibuang padang juga semasa perlawanan menentang Northampton Town.

Poyet turut Jake Caskey dalam senarai pemain simpanan selepas pemain berusia 16 tahun itu kembali dari Finland kerana mewakili pasukan England Bawah Umur 17 Tahun.

Dengan keputusan seri ini, pasukan Brighton kini menduduki tangga ke-6 dalam liga dengan memungut 4 mata daripada 2 perlawanan.

Perlawanan seterusnya adalah Sheffield Wednesday di Hillsbrough, Sheffield pada hari Sabtu, 21 Ogos 2010.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, Greer, Painter; Bennett (Hart 88), Kishishev, Dicker, Jamie Smith (El-Abd 52); Barnes (Battipiedi 90), Murray. Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Baz, Holroyd, Caskey.

No comments:

Post a Comment