Friday, 24 September 2010

Orang Yang Tabah.....

Orang yang tabah tidak akan takut, kerana ia berani

Orang yang tabah tidak akan menyerah, kerana ia melawan

Orang yang tabah tidak terburu-buru, kerana ia sabar

Orang yang tabah tidak akan kehilangan akal, kerana ia tenang

Orang yang tabah tidak akan mundur, kerana ia teguh

Wednesday, 22 September 2010

Plymouth Argyle..0 Brighton & Hove Albion..2

Seagulls terbang tinggi…. Itulah yang dapat aku ungkapkan apabila pasukan Brighton menang 2 – 0 ketika menentang Plymouth Argyle di Home Park, awal pagi tadi (21 Sept 2010). Gol jaringan Tommy Elphick pada minit ke-22 dan Ashley Barnes pada minit ke-33 sudah memadai buat anak-anak buah Gus Poyet untuk mengukuhkan kedudukan dalam Liga Satu nPower musim ini.

Liam Bridcutt memulakah perlawanan pertamanya untuk The Seagulls di mana Gus Poyet membuat dua perubahan terhadap kesebelasan utama yang seri 0 – 0 ketika menentang Carlisle United pada hari Sabtu lepas.

Pemain tengah Albion itu menggantikan Radostin Kishishev yang direhatkan, sementara Ashley Barnes juga kembali tersenarai dalam kesebelasan utama, yang mana Albion kembali kepada formasi 4-4-2.

Barnes menggantikan pemain sayap Kazenga LuaLua, yang dinamakan sebagai pemain simpanan.

Ketua pasukan Gordon Greer terpaksa diketepikan sekali lagi kerana sedang bersama isteri beliau yang sarat hendak bersalin.

Seramai 7,078 orang penonton menyaksikan Brighton menang untuk melonjakkan pasukan itu menduduki tangga kedua Liga Satu nPower di belakang Huddersfield Town, dengan mengumpulkan 14 mata daripada 7 perlawanan.

Perlawanan seterusnya bagi Brighton adalah menentang Oldham Athletic di Stadium Withdean pada hari Sabtu, 25 September 2010.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, El-Abd, Painter; Bennett, Bridcutt, Dicker, Sparrow (LuaLua 60); Barnes, Murray (Sandaza 70). Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Jamie Smith, Baz, Battipiedi, Dunk.

Tuesday, 21 September 2010

MMRL Project

Makkah - Madinah Rail Link (MMRL) adalah laluan baru landasan keretapi yang membentuk sebahagian daripada projek utama di Arab Saudi untuk memberi kemudahan kepada kawasan kediaman, perindustrian, pelabuhan dengan Makkah dan Madinah.

Projek ini termasuk pembinaan 950 kilometer laluan di antara Riyadh dan Jeddah, selain 115 kilometer di antara Jubail dan Damman.

Sementara itu, landasan dan keretapi elektrik di Makkah dan Arafah telah diuji. Keretapi ini mempu membawa 70,000 penumpang setiap jam dengan kelajuan antara 50 hingga 70 kilometer sejam. Setiap set keretapi mengandungi 12 gerabak.

Keretapi ini dilengkapi dengan segala keperluan jemaah haji dan juga warga emas. Stesen pula dilengkapi tangga elektrik dan lif besat bagi memudahkan perjalanan penumpang.

Panjang landasan ini adalah 18 kilometer dan melalui bahagian tengah jalan raya. Landasannya juga tidak mengganggu zon khemah jemaah haji sedia ada dan rekaan turut mengambil kira peningkatan jumlah jemaah haji di masa akan datang.

Carlisle United..0 Brighton & Hove Albion..0

Kunjungan Brighton & Hove Albion ke Brunton Park, Carlisle pada 18 September 2010, nampaknya tidak menghampakan. Satu mata berharga diperolehi apabila perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 0 – 0 .

Gus Poyet hanya membuat satu perubahan dalam kesebelasan utama sewaktu menang ke atas MK Dons hujung minggu lalu, dengan membawa Gary Dicker sebagai salah seorang daripada lima pemain tengah.

Ashley Barnes turut tersenarai dan diletakkan sebagai pemain simpanan bersama Fran Sandaza, yang buat pertama kali disenaraikan sejak menyertai brighton pada awal September lalu.

Agustin Battipiedi dan Lewis Dunk juga tersenarai sebagai pemain simpanan, tetapi nama Gordon Greer tidak kelihatan.

Seramai 6,039 penonton berbayar telah hadir menyaksikan perlawanan ini. Perlawanan seterusnya bagi pasukan Brighton adalah menentang pasukan Plymouth Agyle di Home Park pada hari Selasa 21 September 2010.

Dengan keputusan seri ini, Brighton kini menduduki tangga ke 8 Liga Satu nPower dengan mengumpulkan 11 mata daripada 6 perlawanan.

Albion: (4-5-1) Ankergren; Calderon, El-Abd, Elphick, Painter; Bennett (Baz 62), Sparrow, Kishishev, Dicker, LuaLua (Barnes 62); Murray. Pemain simpanan yang lain: Brezovan, Battipiedi, Sandaza, Bridcutt, Dunk.

Ciri - Ciri Sebuah Keluarga Bahagia

(sambungan)

Banyak kes yang berlaku iaitu sebelum berkahwin seorang wanita itu begitu kuat beribadat, berbudi berbudi pekerti, bermoral dan menghormati orang tua tetapi setelah berkahwin, sikapnya berubah dan perangainya berlaku sebaliknya pula terhadap keluarga dan mungkin terhadap suami sendiri kerana mereka hilang didikan dan cara hidup mereka berubah semasa di bawah naungan suami yang tidak beriman dan tidak beragama. Di sinilah bermulanya episod keretakan dan keruntuhan institusi rumah tangga jika nilai-nilai agama tidak dijadikan asas penghidupan berkeluarga.

Satu kisah seorang lelaki datang menceritakan kepada Saidina Hasan bin Ali r.a katanya:
"Ramai lelaki yang datang meminta anak perempuanku (untuk dikahwini), maka yang mana satukah lelaki yang hendak aku jodohkan dengannya?"

Saidini Hasan menjawab:
"Jodohkanlah dengan lelaki yang paling bertakwa, kerana lelaki yang bertakwa jika ia kasihkan isterinya, ia akan menghormatinya dan jika ia benci pun tidaklah ia menzaliminya."

---HABIS--

alahai....

kesian kat aku kerana membiarkan blog ini sunyi tanpa apa-apa... aku sibuk sebenarnya... macam-macam yang aku fikirkan.... entahlah.... harap-harap petang nie aku dapat update blog ini ... insyallah

nak belayar jauh, masa tak cukup.....

nak bawak helikopter, tak ada lesen lak..... hanya gambar ini yang menjadi teman ku .........

kesian......