Monday, 16 November 2009

Southampton..1 Brighton..3

Gus Poyet mendapat hadiah hari ulang tahun yang paling berharga apabila pasukan Brighton menang 3 - 1 ke atas Southampton di Stadium St Mary, awal pagi tadi.

Perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen tv dan internet itu merupakan perlawanan pertama Poyet sejak mengambil alih tugas sebagai pengurus pasukan pertengahan minggu lalu.

Gol - gol pasukan Brighton adalah hasil jaringan Glenn Murray pada minit ke 16 dan 22 serta sumbangan dari Andrews Croft di minit ke 86.

Seramai 21,932 orang penonton telah menyaksikan perlawanan yang menarik ini di mana
2,709 orang daripadanya adalah penyokong pasukan Brighton.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton kini menduduki tangga ke 19 liga dengan 17 mata.

Albion: (4-4-2) Kuipers; Whing, Elphick, Tunnicliffe, El-Abd; Bennett (Navarro 75), Crofts, Dicker, Cox (Hart 60); Forster (Dickinson 75), Murray. Subs not used: Smith (GK), Livermore,
Virgo, C Davies.

Sunday, 15 November 2009

Lintasan Rata Kampung Mentri

Lintasan Rata Mentri ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Ia terletak di KM 94.4 (TT 58/11) laluan pantai timur di antara Stesen Triang dan Stesen Mengkarak. Lintasan ini juga bertindak sebagai sebuah perhentian yang dikenali sebagai Perhentian Mentri.

Walau bagaimanapun oleh kerana kekurangan penumpang, tren - tren tempatan kini tidak lagi berhenti di perhentian ini.

Sekarang lintasan rata ini telah dilengkapi dengan semboyan get turun dan semboyan get naik.

Pondok Get Mentri berlatarbelakang Ladang Mentri

Cuba kali cari di mana ada lagi dalam Jajaran KTM pada masa ini, sebuah pondok get untuk lintasan rata juga digunakan sebagai sebuah perhentian?

Inilah keistimewaan Pondok Get Lintasan Rata Mentri yang juga berfungsi sebagai sebuah perhentian. Satu dalam seribu..............

Nombor Kod Pergerakan Tren Barang

Sebagaimana Tren - Tren Antarabandar yang diberikan nama dan nombor tertentu, begitulah juga apa yang berlaku terhadap tren - tren barang / landbridge.

Tren yang bermula dengan angka 1XX adalah tren yang membawa kontena / perkhidmatan landbridge.
Tren yang bermula dengan angka 2XX adalah tren yang membawa gula pasir.
Tren yang bermula dengan angka 3XX adalah tren yang membawa simen.
Tren yang bermula dengan angka 40X adalah tren yang membawa bahan petroleum (contoh ammonia atau lpg).
Tren yang bermula dengan angka 47X adalah tren yang membawa baja urea.

Begitulah ceritanya apa yang aku tahu. Tetapi aku kurang pasti tentang nombor yang diperuntukan untuk tren klinker atau tren yang membawa batu menggunakan gerabak BFL / BHW.

Cuba - cubalah kalian bertanyakan kepada mereka yang lebih tahu.......

Brazil..1 England..0

Brazil mengalahkan England 1 - 0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Khalifa, Doha, Qatar awal pagi tadi.

Gol tunggal perlawanan adalah hasil jaringan Nilmar dalam minit ke 47.

England: Ben Foster, Wayne Bridge, Wes Brown, Joleon Lescott, Matthew Upson, Gareth Barry (Tom Huddlestone 81), Jermaine Jenas, James Milner (Ashley Young 87), Shaun Wright-Phillips (Peter Crouch 81), Darren Bent (Jermain Defoe 54), Wayne Rooney.