Tuesday, 8 November 2011

Kembalilah Padaku

malam sunyi ku nantikan
untuk menyampaikan pesanan
hampalah harapanku oh kasihku
kini dikau menghilang

mungkinkah kau jemu padaku
aku tetap setia padamu
walau jauh dari mataku oh kasihku
kau tetap ku puja

walaupun jauh kau berada
menghilang dari mataku
namun hatiku tak berubah

putus sudah harapanku
musnah hancur janji dahulu
ku harapkan darimu oh kasihku
kembalilah padaku.....

Doa Harian Menurut Hadis & Sunnah

Brighton..2 Barnsley..0

Brighton akhirnya mencatat kemenangan setelah mengharungi lapan perlawanan Liga Kejuaraan tanpa menang sejak September lepas. Dalam perlawanan yang diadakan pada hari Ahad lepas (6 November 2011) di Stadium Amex, Brighton menang 2 - 0 mengatasi pasukan Barnsley.

Pengurus pasukan Gus Poyet membuat tiga perubahan terhadap kesebelasan utama yang tewas 0 - 1 di Watford pada hari Selasa, termasuk menyenaraikan Alan Navarro di bahagian tengah menggantikan Matt Sparrow.

Lewis Dunk mengambil tempat Romain Vincelot dan Mauricio Taricco mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Marcos Painter - yang mengalami kecederaan sewaktu menentang Watford.

Sementara itu, Will Buckley kembali dari kecederaan dan dinamakan sebagai pemain simpanan.

Gol pertama Brighton adalah hasil jaringan Gordon Greer pada minit ke 43 dan gol kedua adalah hasil jaringan Ryan Harley pada minit ke 55.

Jumlah penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut adalah seramai 19,841 orang termasuk 814 orang penyokong setia pasukan Barnsley.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton naik dua anak tangga dalam kedudukan Liga Kejuaraan nPower iaitu di tangga kesepuluh dengan mengutip 23 mata daripada 16 perlawanan.

Southampton masih di depan dengan mengumpul 36 mata daripada 16 perlawanan diikuti pasukan West Ham United, Middlesbrough dan Cardiff City.

Perlawanan seterusnya adalah pada hari Sabtu, 16 November 2011 menentang Southampton di Stadium St Mary, Southampton.

SENARAI PEMAIN

Brighton: (4-3-3) Harper; Calderon, Dunk, Greer, Taricco; Bridcutt, Navarro, Harley (Barnes 69); Noone (Buckley 81), Paynter, Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Ankergren (GK), LuaLua, Vincelot.

Barnsley: (4-5-1) Steele; Wiseman, Foster, McNulty, McEveley; Davies (Vaz Te 60), Addison (Done 61), Drinkwater, Butterfield, Perkins; Gray. Pemain simpanan yang lain: Preece (GK), Wdwards, Doyle.