Menjelang perlawanan pembukaan Liga Kejuaraan pada hari Sabtu nanti, beberapa perlawanan persahabatan telah diadakan untuk menguji pemain dan mencuba beebrapa formasi yang bakal digunakan pada musim akan datang.
Berikut adalah beberapa keputusan perlawanan yang telah diadakan:
10.07.2011 Burgess Hill Town..0 Brighton..3
13.07.2011 Horsham..1 Brighton..3
15.07.2011 Whitehawk..0 Brighton..2
16.07.2011 Brighton..2 Eastbourne Borough..0
19.07.2011 Brighton..2 Spurs XI..2
20.07.2011 Brighton..0 Paris St Germain..1
23.07.2011 SC Olhanense..2 Brighton..1
30.07.2011 Brighton..2 Tottenham Hotspur..3
(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Friday, 5 August 2011
Dulu Dan Sekarang
Thursday, 4 August 2011
Pulanglah Kasihku....
Semenjak kita bertemu
Semusim sudah berlalu
Hatiku terharu
Berdebar selalu
Ke mana gerangan pergi
Khabar mu tiada lagi
Tinggal ku sendiri
Kembalilah wahai dewi
Ku terbayang wajahmu
Nan ku pandang tak jemu
Bikin hatiku rindu padamu
Entah mengapa kalbuku
Bergelora nan selalu
Kau tetap ku rindu
Pulanglah kasihku
Wednesday, 3 August 2011
Dahulu KTMB, Sekarang JKNS
Sewaktu aku dibawa melawat sekitar Yad Tanjung Aru aku ditunjukkan oleh En. Peter Chin (Penyelia Fleet Tanjung Aru), dengan tiga buah koc penumpang. Menurut beliau, ketiga - tiga koc itu dihadiahkan oleh KTMB kepada JKNS pada tahun 2010.
Jajaran tren simpanan
Ketiga - tiga koc tersebut disambung dengan sebuah lokomotif baru untuk membentuk satu jajaran tren. Jajaran ini hanya akan digunakan apabila salah satu daripada dua set DMU yang sedang beroperasi, mengalami kerosakan
Moga Jabatan Keretapi Negeri Sabah akan terus maju.
Musim Durian Datang Lagi
Alhamdulillah.... musim buah - buahan datang lagi. Walaupun kehadiran musim pada kali ini agak hampir dengan ketibaan Bulan Ramadhan, tetapi kemeriahannya tetap ada. Di sana sini sepanjang jalan kelihatan ramai orang yang membuka gerai - gerai kecil menjual bermacam - macam jenis buah - buahan.
Keluarga aku turut sama merasai bahang musim buah-buahan ini. Sungguhpun terdapat banyak jenis buah yang agak menjadi, bonda mengambil keputusan untuk tidak menjualnya. Bonda kata, buah - buahan untuk untuk anak cucu merasa.
Sungguhpun begitu, satu majlis tahlil dan doa kesyukuran sempena musim buah - buahan ini telah bonda adakan. Petang itu bonda dengan dibantu oleh ahli keluarga yang lain menyediakan pulut, santan kelapa dan lain - lain benda yang perlu untuk menjayakan majlis.

Abah sekeluarga sedang membelah durian
Setelah dibelah, isi durian yang elok akan diasing untuk dijamu sebentar nanti. Isi yang kurang elok dikumpul untuk dijadikan tempoyak
tetamu yang hadir dapat menikmati durian, rambutan, manggis dan langsat. Semuanya hasil daripada pokok yang ditanam oleh arwah bapa
Jika kaum lelaki memenuhi ruang serambi rumah, kaum ibu pula memenuhi bahagian tengah dan dapur rumah bersama anak - anak kecil
Syukurlah dengan rezeki yang diberi oleh Allah Taala. Moga tahun hadapan mendapat rezeki yang lebih melimpah ruah, bukan tamak tetapi seronok kalau rezeki yang ada lebih itu dikongsi dengan lebih ramai orang. Insyallah.
Jadual Perlawanan Bolasepak
Naik Keretapi Dari Tanjung Aru Ke Beaufort
Kerja .... kerja gak. Masa yang ada terluang aku guna untuk naik keretapi. Bukan mudah nak dapat peluang begini, jadi kesempatan yang ada harus diguna dengan sebaik mungkin.
Stesen Keretapi Tanjung Aru terletak kira-kira 10 minit dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Dari hotel penginapan, aku menaiki bas transit ke perhentian bas yang dikenali sebagai Terminal Wawasan. Tambangnya cuma 50 sen aje. Dari Terminal Wawasan ke Tanjung Aru, aku menaiki van (yang dipanggil bas) dengan kadar tambang RM1.50 bagi perjalanan sehala.
Stesen Keretapi Tanjung Aru terletak berhadapan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Jalan masuk menuju ke stesen keretapi
Keretapi tiba di Beaufort pada jam 1530H. Pada ketika itu, ramai penumpang sedang menanti ketibaan tren terakhir menuju ke Halogilat. Sementara menunggu keretapi berlepas balik ke Tanjung Aru pada jam 1700H, aku menghabiskan masa melawat sekitar kawasan stesen dan depoh bersama En. Ahmad, Penyelia Depot Beaufort. Perihal semasa lawatan itu akan aku ceritakan kemudian....
Hai...
Salam 1 Malaysia dan Selamat Berpuasa....
Dah hampir sebulan aku tak mengemaskini blogspot ini. Maaf la .... kerana tugas aku terpaksa meninggalkan keluarga, rumah dan pejabat buat seketika. Beginilah keadaannya sejak aku berpindah ke Kuala Lumpur pada bulan September 2010. Ada saja tugasan luar yang perlu aku bereskan.
Untuk kalian selepas ini akan aku bawakan beberapa perkara untuk dikongsi bersama antaranya berkenaan dengan Jabatan Keretapi Negeri Sabah, musim buah - buahan datang lagi, jadual perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan Brighton & Hove Albion dan banyak lagi.
Terima kasih di atas kesudian kalian untuk mengunjungi blogspot aku walaupun kalian tahu ianya dah agak lama tidak dikemaskini...
Salam buat semua....

Subscribe to:
Posts (Atom)