Friday, 25 June 2010

Slovenia..0 England..1

Nasib menyebelahi England apabila menang tipis 1-0 ke atas Slovenia di Stadium Nelson Mandela Bay pada 23 Jun yang lalu. Jika bukan jaringan Jermain Defoe pada minit ke 23, pastinya England akan pulang awal dalam kempen Piala Dunia ini.

Menanti di Pusingan Kedua adalah pasukan Jerman. Perlawanan dijadualkan pada hari Ahad, 27 Jun di Bloemfontein.

Harapan aku agar England dapat bermain dengan lebih baik dan seterusnya menang untuk layak ke pusingan suku akhir.....

Sunday, 20 June 2010

Jadual Perlawanan Musim 2010/11

Brighton & Hove Albion akan memulakan kempen dalam Liga Coca Cola Bahagian 1 Musim 2010/11 dengan menentang pasukan Swindon Town pada 7 Ogos 2010 di gelanggang lawan.

Ini diikuti dengan pertemuan di tempat sendiri menentang Rochdale pada 14 Ogos dan Sheffield Wednesday di tempat lawan pada 21 Ogos 2010.

Semua jadual perlawanan telah dikeluarkan termasuk tarikh - tarikh penting melibatkan perlawanan Piala Fa, Piala Liga, perlawanan 'play-off' dan perlawanan - perlawanan antarabangsa melibatkan pasukan kebangsaan England.

Pilu Tak Menentu

Sepanjang minggu lalu (14 - 19 Jun 2010), aku merasakan hidup ini umpama tidak begitu indah...

Pertama kerana aku telah menjejaki 'Penawar Rindu' yang terpisah kira-kira 14 tahun yang lalu. Mujur juga adik beradik 'Penawar Rindu' dapat menerima aku sebagai seorang kawan. Cuma aku belum tahu apa kata 'Penawar Rindu' tentang kemunculan aku ini. Khabarnya dia sedang bercuti di Terengganu, esok lusa baliklah dia ke Taiping tempat suaminya berkerja dan tiga orang anaknya membesar.

Kedua kerana 'Dugaanku' telah berpindah dari Jelutong ke rumah baru di Sungai Dua pada 19 Jun (hari Sabtu). Aku berhasrat untuk membantu 'Dugaanku' angkat barang setelah dia mempelawa aku untuk datang ke rumah lama.

Mulanya aku nak pergi juga, tapi apabila mendapat berita kematian seorang saudara di Kota Sarang Semut, Kedah, aku dan keluarga bergegas ke sana. Bila sampai di rumah, arwah dah selamat dikebumikan.... Aku baru berjumpa dengan arwah dua minggu lalu sewaktu arwah mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya.. Tapi inilah namanya takdir... tiada siapa yang boleh menentukannya... Al-Fatihah .....

Di belakang masjid ini, arwah disemadikan.

Kemudian, aku pun pusing dari Kota Sarang Semut, ke Yan, Gurun, Sungai Petani, Jeniang dan Parit Panjang. Aku sendiri kurang pasti apa yang aku cari.....

Akhirnya aku balik ke Baling mengumpul buah durian yang dah mula gugur.... Jiwa aku lebih tenang di sini.......

England..0 Algeria..0

Stadium Green Point, Cape Town menjadi saksi kepada kemerosotan prestasi pasukan England dalam Pusingan Akhir Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

Keputusan seri 0 - 0 ketika menentang Algeria sememangnya tidak boleh diterima oleh semua peminat - peminat England.

Aku tetap menaruh keyakinan bahawa England akan layak ke pusingan kedua walaupun aku sedar peluang England untuk layak 'ibarat telur dihujung tanduk'.