Saturday, 5 May 2012

Tak Kuasa Aku.......


Menaiki keretapi memang menyeronokkan. Tambah seronok jika kita naik keretapi bersama keluarga atau kawan-kawan. Tetapi seronokkah perjalanan kita apabila menaiki keretapi yang sesak?

Inilah yang terjadi pada aku pada trip minggu sudah (hari Ahad, 29 April 2012). Aku berhasrat untuk melihat perkembangan di sepanjang laluan dari Padang Besar ke Butterworth. Oleh kerana tiada perkhidmatan tren penumpang lain di waktu siang, mahu tak mahu aku terpaksa menaiki Tren No. 35 Ekspres Antarabangsa dari Bangkok ke Butterworth.

Mengikut jadual, tren akan berlepas pada jam 10 pagi dari Stesen Padang Besar dan tiba di Stesen Butterworth pada 1.35 tengahari. Tetapi pagi tu tren dari Bangkok mengalami kelewatan dan tiba di Padang Besar sekitar jam 11 pagi. Dah lah tren lewat tiba di Stesen Padang Besar, penumpang yang nak ke Butterworth juga ramai.

Dua koc yang disediakan untuk satu perjalanan sejauh 170km dan mengambil masa lebih kurang 5 jam, memang tidak mencukupi terutama pada cuti hujung minggu atau pada hari cuti yang lain. Mujur aku dapat tempat untuk berdiri di bahagian belakang sebuah koc.
Aku dapat perhatikan bahawa semasa di Padang Besar lagi ada penumpang yang terpaksa berdiri kerana ketiadaan tempat duduk. Tambah malang bila tren tiba di Stesen Arau. Lebih ramai penumpang yang berupa rombongan dari sebuah sekolah rendah menaiki tren. Adakah keadaan ini seperti memberi keselesaan kepada penumpang yang lain terutamanya kepada pelancong asing?
Yang menjadi mangsa adalah penyelia tren yang tidak selesa ketika menjalankan tugasnya. Sebagai menghormati pelanggan, beliau telah sudi untuk memberikan tempat duduknya kepada beberapa orang pelajar sekolah yang masih kecil. 
Mujur juga rombongan tersebut mengambil keputusan untuk turun di Stesen Alor Star.
Memandangkan kepada keadaan seperti ini sering berlaku, aku ingin mencadangkan kepada mereka – mereka yang berkenaan agar menambah koc bagi tren ini. Aku tak fikir Depoh Koc Padang Besar kekurangan koc kerana pada waktu itu jajaran Tren Senandung Langkawi dari Kuala Lumpur sudah pun berada di kawasan depot dan menunggu untuk dibersihkan bagi digunakan semula pada sebelah petang untuk perjalanan balik ke Kuala Lumpur.

Dua koc SRT dan dua koc KTM sudah cukup untuk menjadikan satu jajaran empat koc yang mampu menampung kehendak pelanggan. Pada trip yang lepas, aku terpaksa berhimpit-himpit dengan pelajar dari UiTM Arau dan penumpang yang lain pada hari Sabtu dan Ahad. Malah pada waktu cuti sekolah pun, aku terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang yang ingin merasaikan keseronokan menaiki keretapi bersama kelaurga dan rakan-rakan. Aku ada bersembang dengan beberapa orang penumpang pada waktu itu yang mana mereka menaiki keretapi pada hari Jumaat atau Sabtu ke Butterworth seterusnya bermalam di Pulau Pinang untuk melancong dan kembali menaiki keretapi pada hari Ahad untuk pulang ke rumah masing-masing. Tidakkah ini akan menguntungkan KTMB?
Pada pengetahuan aku, terdapat sebuah koc ASC yang telah dibaikpulih dan pernah digunakan sebagai sebahagian jajaran kepada Tren Antarabangsa ini. Ke mana hilangnya koc tersebut?
Aku sekadar mencadangkan perkara ini diambil perhatian serius oleh pengurusan KTMB. Orang ramai dah mula mengalih mod pengangkutan mereka kepada perkhidmatan keretapi. Jadi apalah salahnya jika jajaran Tren Antarabangsa ini dipanjangkan menjadi empat koc atau diwujudkan semula perkhidmatan tren tempatan seperti dulu bagi memenuhi kehendak dan keperluan penduduk di sepanjang laluan Bukit Mertajam ke Padang Besar. 

Jika pihak pengurusan berfikiran adalah tidak perlu diwujudkan perkhidmatan tren tempatan, maka pada aku adalah lebih baik tidak perlu diwujudkan stesen atau perhentian dalam Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Ipoh – Padang Besar.

Adakah pihak pengurusan KTMB tidak pernah turun padang untuk melihat keadaan seperti ini? Adakalanya basikal yang digunakan oleh pelancong asing pun terpaksa diletakkan dalam koc penumpang seperti gambar di bawah.
Bukan semua pengguna keretapi terutamanya pelajar (terutamanya student UiTM Arau dan IPTA/IPTS lainnya) mempunyai kenderaan. Begitu juga dengan pengguna lain atau warga emas mampu untuk memandu sendirian di jalanraya. Bantulah sama industri pelancongan di negara ini dengan meningkatkan lagi perkhidmatan keretapi di wilayah utara Semenanjung Malaysia.

Pemain Terbaik Brighton Musim 2011/12

Liam Bridcutt telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Brighton & Hove Albion Musim 2011/12, selepas mendapat 36% undian. Ini diikuti oleh ketua pasukan, Gordon Greer yang mendapat 26% undi, dengan Will Buckley menduduki tangga ketiga selepas mendapat 12% undia

Secara keseluruhan, para penyokong pasukan Brighton telah memberikan undian mereka kepada 15 orang pemain yang telah bekerja keras sepanjang musim di bawah pengurusan Gus Poyet.

Bridcutt berkata, "Dinamakan sebagai 'Player of the Season' adalah sesuatu yang menakjubkan, terutama sekali apabila melihat prestasi pemain-pemain lain juga berada pada tahap dan kualiti yang tinggi."

Naik Keretapi (Bahagian 3)

Dalam Bahagian Tiga ini kalian akan ditontonkan pula dengan gambar - gambar yang diambil di sepanjang laluan dari Sungai Petani terus ke stesen akhir iaitu Butterworth.

STESEN FREIGHT SUNGAI PETANI
 STESEN SUNGAI PETANI
STESEN PINANG TUNGGAL
 STESEN TASEK GELUGOR
 YAD JARAK
STESEN PENANTI
 STESEN BUKIT MERTAJAM
 STESEN BUKIT TENGAH
 YAD PERAI
BUTTERWORTH
Sekian untuk kali ini, ada masa kita jumpa pada trip yang lain pula.....

Naik Keretapi (Bahagian 2)

Pada bahagian kedua ini, aku paparkan pula sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat aku ambil di sepanjang laluan dari Anak Bukit ke Gurun pula.

STESEN ANAK BUKIT
 STESEN ALOR SETAR
STESEN TOKAI
STESEN KOBAH
STESEN JUNUN
STESEN GURUN