Saturday, 14 April 2012

Mendung Di Kuala Lumpur

Mendung di Kuala Lumpur..... semalam petang hujan lebat!

Kalau kalian nak ke mana-mana, pastikan bawa payung... jangan jadi macam kawan kita kat bawah nie....

Cuaca tak menentu sekarang ini, jadi pastikan kesihatan kalian dapat dijaga dengan baik. Kalau dah tak sihat, nak buat apa pun rasa macam tak selesa....

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna!

Cinta Luka

hujan yang turun
belum tentu dapat mendinginkan
hatiku ini

angin menghembus
belum tentu dapat menyamankan
perasaan hati

masih ku terkenang
masih ku terbayang
kata-kata pedih
yang mengguris hati

masih ku terdengar
masih ku terasa
kata-kata luka
yang menyayat hati

pujuk rayumu
belum tentu dapat menyejukkan
hatiku ini

air matamu
belum tentu dapat menyedihkan
hati kecilku

sekali ku terluka
akan ku terasa
selagi hayat
dikandung badan

sekali kau hancurkan
tetapkan berkecai
nyawa jasad bercerai
tak kan ku berdamai
...

Hadith Pilihan

Beramal Dengan surah Al-kahfi

Hadith :
Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

Tambang Zon Murah ETS

Aku rasa sebelum ini pun aku dah promosi tentang perkara ni. Tapi ramai yang masih kurang faham atau kurang jelas dengan zon-zon yang terlibat. Aku rasa penjelasan yang ini dapat membantu kalian di luar sana.

Klik pada iklan di bawah nie.....