Friday, 4 November 2011

Jualan Tiket Tren Antarabandar di Stesen Kuala Lumpur

Mulai 1 November 2011 , tiket-tiket perkhidmatan Tren Antarabandar akan dijual di Kaunter Tiket ETS, Stesen Kuala Lumpur.

Diharap dengan adanya penjualan tiket di stesen tersebut, akan memudahkan lagi warga kota untuk mendapatkan tiket keretapi kerana sebelum ini mereka terpaksa mendapatkan tiket di Stesen Sentral Kuala Lumpur, Plaza Sungai Wang atau mana - mana stesen yang berdekat.

Tapi sebenarnya aku tak berapa setuju kiranya tiket untuk Tren Antarabandar dijual di Kaunter ETS tu. Aku bimbang akan ada penumpang yang terkeliru semasa menaiki keretapi. Kalau boleh biarlah tiket Tren Antarabandar dijual di kaunter berasingan macam yang diamalkan sekarang. Lagi cantik jika pihak KTMB mengadakan Kaunter Antarabandarnya sendiri kerana selain daripada membeli tiket, adakalanya penumpang perlukan beberapa maklumat terkini.

Kalian jangan lupa bahawa Stesen Keretapi Kuala Lumpur tu sering menjadi tarikan pelancong. Jadi mungkin ada pelancong yang nak merasa naik keretapi di Semenanjung Malaysia, jadi bolehlah mereka merujuk terus ke Kaunter Antarabandar yang disediakan.

Doa Harian Menurut Hadis & Sunnah

Watford..1 Brighton..0

Tak tahulah aku apa dah jadi dengan pasukan Brighton sekarang. Sejak akhir-akhirnya ini kalah aje. Dalam lapan perlawanan terakhir, tak ada satu kemenangan pun dicatat. Yang terbaru pada malam Selasa lepas (1 November 2011) di Vicarage Road, Brighton tewas 0 - 1 kepada pasukan tuan rumah, Watford.

Gol tunggal perlawanan adalah jaringan Troy Deeney pada minit ke 76.

Gus Poyet cuma membuat satu perubahan pemain dari senarai yang seri 0 - 0 ketika menentang Birmingham City pada hari satu lepas, dengan memberikan peluang kepada Billy Paynter untuk membuat penampilan pertama. Ashley Barnes pula tersenarai sebagai pemain simpanan.

Buat kali kedua berturut-turut, pemain Brighton mengalami kecederaan sewaktu melakukan pemanas badan. Kali ini pemain pertahanan kanan Gonzalo Jara Reyes pula yang tercedera memaksa Poyet menyusun semula kebelasan utama. Romain Vincelot diletakkan ke bahagian kanan pertahanan manakala Ryan Harley mengemudi bahagian tengah padang. Alan Navarro yang pada mulanya tidak tersenarai langsung, dinamakan sebagai pemain simpanan.

Perlawanan yang banyak dikuasai oleh pasukan Watford ini ditonton oleh seramai 11,818 orang peminat dengan 1,581 daripadanya adalah penyokong pasukan Brighton.

Dengan kekalahan ini, kedudukan pasukan Brighton dalam carat Liga Kejuaraan semakin jatuh. Kini Brighton menghuni tangga 12 dengan mengumpul 20 mata daripada 15 perlawanan. Southampton masih di depan dengan 33 mata, diikuti West Ham United (28 mata), Middlesbrough (27 mata) dan Crystal Palace (25 mata).

Perlawanan seterusnya adalah menentang Barnsley di Stadium Amex pada hari Ahad, 6 November 2011.

SENARAI PEMAIN

Watford: (4-4-2) Lynch; Hodson, Mariappa, Nosworthy, Dickinson; Yeates (Kightly 61), Hogg, Buaben, Forsyth (Deeney 75); Iwelumo, Sordell. Pemain simpanan yang lain: Gilmartin (GK), Mirfin, Jenkins.

Albion: (4-3-3) Harper; Vincelot, Greer, Calderon, Painter; Bridcutt (Taricco 29), Sparrow (LuaLua 82), Harley (Barnes 71); Noone, Paynter, Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Ankergren (GK), Navarro.

Monday, 31 October 2011

Doa Harian Menurut Hadis & Sunnah

DMU 6602 Berlanggar Dengan Lori Tangki Shell Di Sabah

Rata - rata blog di Malaysia malam ini menyiarkan kejadian keretapi dilanggar oleh lori tangki minyak di Sabah.
Dalam kejadian pukul 5.37 petang itu, Tren DMU No. 6602 dalam perjalanan dari Stesen Sekretariat ke Stesen Papar (Tren PS 104) berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak Shell di Kepayan, berhadapan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Dipercayai lori tangki tersebut telah bergesel dengan bahagian tepi sebelah kanan keretapi dan telah menyebabkan berlakunya percikan api sehingga tercetusnya letupan besar dan kemudiannya minyak yang dibawa oleh lori tersebut disambar api.
Ramai penumpang yang kehilangan barang-barang dan dokumen peribadi seperti MyKad dalam kejadian itu. Beberapa orang penumpang juga cedera ketika menyelamatkan diri menerusi tingkap-tingkap keretapi yang dipecahkan.
Aku merasa sedih bila mendapat tahu tentang kemalangan ini. Sedih kerana set DMU itu baru saja digunakan bagi tujuan operasi. Sedih lagi bila aku rasa kecuaian pemandu lori tangki telah menyebabkan kemalangan kerana tak mungkin pemandu DMU yang tersalah jalan kerana keretapi bergerak mengikut landasan yang disediakan lagipun tren sudah bersiap untuk berhenti di Stesen Putatan.

Haji Zaini selaku GM JKNS mengesahkan tiada kecederaan dalam kejadian yang berlaku. Syukurlah kerana tiada yang kehilangan nyawa.
Cuma aku nak ingatkan kepada semua pengguna jalanraya di sepanjang laluan keretapi tu, bila dah dengar loceng amaran dibunyikan dan pintu pagar telah ditutup, jangan nak jadi hero melintas landasan keretapi dengan sesuka hati.

Aku lihat dengan mata aku sendiri beberapa kejadian yang mana kereta dan motosikal kalau boleh mahu lepas dari sekatan palang di lintasan keretapi. Ada kalanya kereta masih di atas landasan ketika tren sudah begitu hampir. Mujur keprahatinan pemandu lokomotif JKNS yang terlatih dapat mengelak dari berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Dengan berlakunya kejadian ini, Set DMU 6602 perlu dibaiki. Sebagai ganti, set jajaran tiga koc yang dihadiahkan oleh KTMB akan beroperasi dengan lokomotif Nombor 15101 atau 15102. Tahniah kepada JKNS kerana sudah ada perancangan awal menyediakan satu jajaran keretapi untuk orang ramai sekiranya set - set DMU mengalami kerosakan atau kemalangan.

Sunday, 30 October 2011

Hilang Tidak Berganti

pilunya hati ku
menerima khabar nan jauh
tak ku sangka sungguh terharu
ibarat kaca jatuh ke batu

penuhnya harapan
kasih murni nan kau berikan
namun kini hanya impian
tak tercipta hanya bayangan

ingin di hatiku
hidup di sampingmu
sayang kau ubah laku
daku hanya tertipu

hilangnya dikau
tak mungkin ku cari ganti
kata-kata ku sungguh setia
mengenang teguh pada janji

Doa Harian Menurut Hadis & Sunnah

Stesen Air Kuning Selatan Ditutup

Stesen Air Kuning Selatan yang terletak di KM 543.9 Landasan Ibu, akhirnya ditutup mulai 11 Oktober 2011 bagi memberi laluan untuk pembinaan landasan berkembar sesuai dengan perlaksanaan Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Seremban - Gemas.

Dahulunya stesen ini mempunyai satu platform di sebelah kiri landasan arah turun ke Gemas dengan satu gegelung guna untuk perselisihan dan satu sisian untuk menempatkan troli kepunyaan Merinyu Urusan Jalan.

Yang tinggal kini hanyalah sebuah lintasan rata bagi kegunaan penduduk berhampiran sebelum jambatan baru siap dibina. Lintasan rata yang sebelum ini berada di dalam kawasan stesen kini statusnya berubah menjadi lintasan rata dalam bahagian blok.

Seingat aku, tren - tren Senandung Malam dan Mel Siang memang ada berhenti di stesen ini untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Selepas kemudahan jalanraya disediakan dengan baik, penumpang semakin berkurangan dan tren - tren penumpang tiada lagi berhenti di stesen ini. Stesen Air Kuning Selatan kemudian dikenali sebagai Stesen Operasi bertujuan untuk membolehkan tren - tren berselisih.

Sesungguhnya stesen ini hanyak memberi sumbangan kepada penduduk setempat dan KTMB sejak dari awal pengoperasinya dulu. Kini bersemadilah Stesen Air Kuning Selatan dalam lipatan sejarah pengangkutan rel di negara ini.

Birmingham City..0 Brighton..0

Brighton mencatat keputusan seri 0 - 0 ketika bertemu pasukan Birmingham City di St Andrew, Birmingham malam tadi, dalam perlawanan yang menyaksikan kedua - dua pasukan terlepas banyak peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Pengurus pasukan Brighton Gus Poyet membuat dua perubahan terhadap kesebelasan yang tewas 0 - 1 kepada West Ham United pada malam Isnin lepas.

Romain Vincelot kembali mengambil tempat Gary Dicker, yang mengalami kecederaan, semenatara Inigo Calderon kembali ke bahagian pertahanan mengenepikan Lewis Dunk.

Billy Paynter yang dipinjam dari Leeds United tersenarai sebagai pemain simpanan, bersama - sama penolong pengerus pasukan Brighton, Mauricio Taricco.

Will Buckley yang pada mulanya tersenarai untuk bermain dalam perlawanan ini telah mengalami kecederaan sewaktu melakukan 'warm-up', Ashley Barnes kembali mengambil tempatnya dalam kesebelasan utama.

Seramai 20,095 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan ini dengan 2,067 daripadanya adalah penyokong setia pasukan Brighton.

Dengan keputusan ini, Brighton kekal di tangga kesepuluh Liga Kejuaraan.
Perlawanan seterusnya adalah menentang Watford di Vicarage Road, Watford pada hari Selasa 1 November 2011.

Senarai Pemain:

Birmingham City: (4-4-2) Myhill; Carr, Caldwell, Davies, Ridgewell; Beausejour, Fahey, Spector, Burk; Wood (Zigic 67), King (Rooney 67). Pemain simpanan yang lain: Doyle (GK), N'daw, Murphy.

Albion: (4-3-3) Harper; Reyes (Taricco 80), Calderon, Greer, Painter; Bridcutt, Sparrow (Paynter 67), Vincelot; Noone, Mackail-Smith, Barnes. Pemain simpanan yang lain: Ankergren (GK), LuaLua.