Sunday 30 October 2011

Stesen Air Kuning Selatan Ditutup

Stesen Air Kuning Selatan yang terletak di KM 543.9 Landasan Ibu, akhirnya ditutup mulai 11 Oktober 2011 bagi memberi laluan untuk pembinaan landasan berkembar sesuai dengan perlaksanaan Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Seremban - Gemas.

Dahulunya stesen ini mempunyai satu platform di sebelah kiri landasan arah turun ke Gemas dengan satu gegelung guna untuk perselisihan dan satu sisian untuk menempatkan troli kepunyaan Merinyu Urusan Jalan.

Yang tinggal kini hanyalah sebuah lintasan rata bagi kegunaan penduduk berhampiran sebelum jambatan baru siap dibina. Lintasan rata yang sebelum ini berada di dalam kawasan stesen kini statusnya berubah menjadi lintasan rata dalam bahagian blok.

Seingat aku, tren - tren Senandung Malam dan Mel Siang memang ada berhenti di stesen ini untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Selepas kemudahan jalanraya disediakan dengan baik, penumpang semakin berkurangan dan tren - tren penumpang tiada lagi berhenti di stesen ini. Stesen Air Kuning Selatan kemudian dikenali sebagai Stesen Operasi bertujuan untuk membolehkan tren - tren berselisih.

Sesungguhnya stesen ini hanyak memberi sumbangan kepada penduduk setempat dan KTMB sejak dari awal pengoperasinya dulu. Kini bersemadilah Stesen Air Kuning Selatan dalam lipatan sejarah pengangkutan rel di negara ini.

No comments:

Post a Comment