Monday, 15 March 2010

Brighton..0 Swindon Town..1

Pada 13 Mac 2010 yang lalu, pasukan Brighton tewas 0 - 1 kepada pasukan Swindon Town dalam perlawanan liga Coca Cola Bahagian Satu di Stadium Withdean.


Pasukan Brighton menurunkan pemain yang sama sewaktu seri 0 - 0 menentang Colchester United pada hari Isnin lepas.


Seramai 6,946 orang penonton hadir menyaksikan perlawanan ini.


Perlawanan liga berikutnya adalah menentang pasukan Brentford pada 16 Mac 2010, juga di Stadium Withdean bermula jam 07.45 malam.


Albion: (4-5-1) Brezovan; Calderon, El-Abd, Elphick, Painter (Forster 75); Bennett, Crofts, Navarro (Holroyd 71), Dicker, LuaLua; Murray. Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), McNulty, Carole, Hoyte, Hart.

Sukya 2010 - Hari Ketiga Di Kuala Terengganu

Bermula dengan menikmati nasi goreng sejuk (tawar pulak tu), anak - anak Bait Al - Amin meninggalkan asrama penginapan menuju ke stadium.

Suasana di stadium bingit dengan aktiviti senamrobik yang mana RTM1 juga membuat lintas langsung untuk tontonan semua.

Jam 07.45 pagi, aku menyerahkan senarai nama peserta kepada Urusetia Pertandingan Dam.

Sementara itu Hidayah memulakan acara 'carrom' perseorangan perempuan pada jam 08.15. Setelah menanti hingga jam 09.30 pagi, barulah acara dam perempuan bermula.Anak - anak Bait Al - Amin baik yang perempuan mahupun yang lelaki bertarung sehingga jam 07.15 malam. Walaupun mereka tidak dapat melayakkan diri ke perlawanan suku akhir esok, tetapi mereka telah memberikan satu persembahan dan perjuangan yang membanggakan. Mereka telah berjaya menandingi lawan yang jauh lebih tua dari mereka dan tidak memberikan peluang untuk pihak lawan menang dengan mudah.

Pada malam ini sedang berlangsung perjumpaan semua yang hadir pada Sukya 2010 dengan deligasi Perkumpulan Anak - Anak Yatim Indonesia.

Esok pula akan diadakan acara 'carrom' beregu. Moga berjaya...................

Sukya 2010 - Hari Kedua Di Kuala Terengganu

Hari kedua di Kuala Terengganu bermula dengan Solat Subuh berjamaah diikuti dengan sarapan pagi yang agak sederhana, sekadar cukup untuk mengalas perut sebelum kuih muih dibeli dari kedai berhampiran.
Anak - anak begitu bersemangat untuk bersukan.
Ayah Lan beraksi seperti MR Karam Singh Walia, melaporkan tentang keruntuhan stadium.
Paramedik yang didatangkan khas dari Lumut.
Tiga Dara Pingitan.
Apa agaknya yang sedang dilihat tu?
Anak - anak dengan penuh disiplin memanjat tangga memasuki stadium.
Keringan jelas terpancar di wajah anak - anak ini.
Sewaktu menanti raptai upacara pembukaan.
Sebahagian kontijen Negeri Perak Darul Ridzuan sewaktu raptai.
Bendera Negeri Perak megah dijulang.
Ini adalah gambar sewaktu menanti bas menuju stadium untuk upacara pembukaan.
Cuaca panas terik tidak menghalang anak - anak ini dari menghadiri upacara pembukaan. Yang bangganya mereka semua datang dengan memakai pakaian yang seragam.
Ala - ala 'rappers' aje bebudak ni.
Latarbelakang pentas.
Kontijen Negeri Melaka sedang berarak mengambil tempat di tengah stadium.
Ini pula kontijen Negeri Selangor Darul Ehsan.
Negeri Perak Darul Ridzuan masuk dengan megahnya.
Puteri - Puteri Bait Al - Amin.
Putera - Putera Bait Al - Amin.
Kontijen negeri - negeri yang mengambil bahagian.
Bendera kejohanan diarak masuk.
Bacaan Ikrar.
Atlit dan Pegawai serta penyokong ikut sama berikrar.
Penyampaian cenderahati daripada Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom kepada Chief de Mission Negeri Perak.
Kontijen Negeri Perak keluar dari stadium.
Gambar kenangan selepas pembukaan Sukya 2010.
Sejarah tak mungkin berulang.
Abie dan anak - anak bersama Kumpulan Muzik Gamelan.
Buat ape tu?
Oh.... makan mee segera, lapar rupanya.
Itulah sebahagian daripada aktiviti pada hari ke-2 di Kuala Terengganu.
Pada sebelah malamnya pula Abie berangkat pulang ke Batu Gajah dengan bas kerana anak - anaknya demam panas. Aku secara tidak langsung mengambil alih tugas sebagai Pengurus Pasukan Negeri Perak bagi acara Dam. Jadi sebelum 'supper', aku telah memberikan sedikit taklimat dan peraturan pertandingan kepada 5 orang peserta lelaki dan juga 5 orang peserta perempuan yang akan bertanding esok. Harap - harap mereka akan berjaya, Insyallah.