ku rela berjauhan denganmu
biar rindu membara di kalbu
tetap ku sabar menunggu
ku harap setia janjimu
berkasih biar pahit dahulu
asal kekal erat berpadu
biar fitnah mendatang selalu
tetapku setia padamu
ku harapkan setia padaku
janji jangan kau persia
mekar indah disunting dipuja
kira layu jangan disia
biar pahit masa bercinta
biar bertahun tidak bersama
ku rela berjauhan selalu
asal hatimu tetap padaku
(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Saturday, 3 December 2011
Hadith Pilihan
Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama "Munkar" dan yang satu lagi disebut dengan nama "Nakir", (lalu keduanya mendudukkan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:"Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau pernah sembah?" Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: "Aku menyembah Allah!" Kemudian ia ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: "Siapa Tuhanmu?" Ia menjawab: "Tuhanku ialah Allah!" Mereka bertanya lagi: "Apa agama mu?" Ia menjawab: "Agamaku ialah Islam!" Mereka bertanya lagi: "Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?" Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: "Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!" Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian"; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga". "Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: "Tidurlah!" Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?" Dua Malaikat itu berkata kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: "Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak". Lalu dua Malaikat itu berkata: "Memang kami tahu engkau berkata demikian"; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka". Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya."

Wednesday, 30 November 2011
Adik Su Bertunang
Pada 27 November 2011 yang lalu, bertempat di rumah ayah dan mak di Kampung Teluk Berembang, Lubok Cina, Melaka telah berlangsung majlis pertunangan adik Suhaila dengan pasangannya Man.
Majlis yang ringkas ini berlangsung dalam suasana mesra dan ceria tambah pula rombongan pihak lelaki datangnya dari Baling, Kedah.
Tahniah dan Selamat Bertunang buat Suhaila dan Man.

Seperti majlis - majlis terdahulu, ayah akan memulakan tugas di dapur sebelum menyerahkan kepada sesiapa yang sudi untuk memasak hidangan pada hari itu
Pak Teh sedang mencuci pinggan dan cawan... er tak kerja ke? Barang banyak kat Stesen Seremban tu... nanti marah Master Che Husin
Kelihatan Abi dan Cik di dapur mengemas dan membungkus lauk pauk untuk dijadikan buah tangan kepada saudara mara yang hadir
Tahniah dan Selamat Bertunang buat Suhaila dan Man.
Janjimu... Untuk Ayang
janjimu
kini jadi kenangan saja
kau berdusta
hidupku kini jadi sengsara
remuk luka
terguris hati nan suci
cintaku setia
kini kau mungkiri janji
berlinangan air mata
mengenangkan kembali
segala kisah asmara
suka duka ku harungi
kini ku sendiri
tiada lagi kau bersama
ku rasa sepi
membawa hati duka lara
ku mengerti
kita tidak bersua lagi
kini kau pergi
meninggalkan ku sendiri
kini jadi kenangan saja
kau berdusta
hidupku kini jadi sengsara
remuk luka
terguris hati nan suci
cintaku setia
kini kau mungkiri janji
berlinangan air mata
mengenangkan kembali
segala kisah asmara
suka duka ku harungi
kini ku sendiri
tiada lagi kau bersama
ku rasa sepi
membawa hati duka lara
ku mengerti
kita tidak bersua lagi
kini kau pergi
meninggalkan ku sendiri
Hadith Pilihan
Sedekah hanya dikira dari usaha yang baik
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.

Derby County..0 Brighton..1
Brighton menang kali. Dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi di Pride Park, Brighton mengalahkan pasukan tuan rumah, Derby County dengan jaringan 1 - 0.
Gol tunggal perlawanan adalah hasil jaringan Craig Mackail-Smith pada minit ke-13 hasil hantaran kemas daripada Inigo Calderon. Gol tersebut adalah gol ketujuh Mackail-Smith pada musim ini.
Mackail-Smith keriangan setelah menjaringkan gol
Pengurus pasukan Brighton Gus Poyet membuat tiga perubahan terhadap kesebelasan utama yang menang 2 - 1 ke atas Coventry City pada hari Sabtu lepas.
Gandingan Will Hoskins dan Ashley Barnes disenaraikan di bahagian serangan, mengambil tempat Billy Paynter dan Craig Noone yang disenaraikan sebagai pemain simpanan.
Sementara itu, Romain Vincelot menggantikan Marcos Painter, yang mengalami kecederaan 'hamstring'.
Adam El-Abd juga disenaraikan sebagai pemain simpanan setelah berehat selamat tujuh bulan kerana kecedeaan kaki.
Adam El-Abd sudah mampu beraksi dengan baik
Perlawanan yang menarik ini telah disaksikan seramai 22,040 orang penonton yang rata - rata terhibur dengan corak menyerang yang ditunjukkan oleh kedua - dua pasukan.
Dengan kemenangan ini pasukan Brighton mengumpul 29 mata daripada 19 perlawanan dan menghuni ke tangga ketujuh dalam senarai Liga Kejuaraan, naik empat anak tangga dari kedudukan kesebelas pada hari Sabtu lepas.
Perlawanan seterusnya menentang pasukan Nottingham Forest di Stadium Amex pada hari Sabtu, 3 Disember 2011.
KESEBELASAN UTAMA
Derby County: (4-5-1) Fielding; Green, Barker, Shackell, Roberts; Davies (Bennett 72), Bailey, Bryson, Hendrick, Ward; Priskin (Ball 68). Pemain simpanan yang lain: Legzdins (GK), Buxton, O'Brien.
Brighton: (4-3-3) Ankergren; Calderon (El-Abd 49), Greer, Dunk, Vincelot; Bridcutt, Navarro, Harley; Hoskins (Paynter 83), Mackail-Smith, Barnes (Noone 57). Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), LuaLua.
Monday, 28 November 2011
Brighton..2 Coventry City..1
Brighton mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas pasukan Coventry City dalam perlawanan Liga Kejuaraan yang berlangsung di Stadium Amex pada hari Sabtu, 26 November 2011.
Dalam perlawanan tersebut, Brighton telah menunjukkan permainan yang menarik dengan menjaringkan gol seawal minit ke-6 apabila percubaan Mackail-Smith diselamatkan oleh penjaga gol Coventry Joe Murphy, malangnya bola melantun mengenai pemain pertahanan Richard Keogh dan terus menerjah jaring. Coventry menyamakan kedudukan pada minit ke-9 menerusi tandukan cantik oleh Gary Gardner. Gol kemenangan Brighton dijaringkan oleh Romain Vincelot pada minit ke-37 menerusi satu tandukan yang mengelirukan hasil daripada sepakan percuma yang diambil oleh Liam bridcutt.
Pengurus Brighton Gus Poyet membuat dua perubahan terhadap kesebelasan utama yang tewas 0 - 3 di tangan Southampton pada hari Sabtu lepas. Penjaga gol Denmark Casper Ankergen diberi kepercayaan untuk menjaga gawang buat kali pertama sejak 18 Oktober 2011, setelah Steve Harper kembali ke Aston Villa berikutan tamat tempoh pinjaman selama sebulan bersama Brighton. Inigo Calderon menggantikan Mauricio Taricco di bahagian pertahanan yang menjalani penggantungan dua perlawanan, sementara Will Hoskins disenaraikan sebagai pemain simpanan.
Perlawanan yang menarik ini telah disaksikan oleh seramai 19,708 orang penontot termasuk penyokong setia pasukan Coventry berjumlah 1,791 orang.
Dengan kemenangan ini, Brighton kekal di tangga ke sebelas liga dengan mengutip 26 mata daripada 18 perlawanan. Southampton masih kekal di tangga teratas liga dengan mengumpul 39 mata daripada 18 perlawanan diikuti dengan West Ham United, Cardiff City dan Middlesbrough.
Perlawanan seterusnya adalah pada hari Selasa 29 November 2011 menentang pasukan Derby County di Pride Park, Derby.
SENARAI PEMAIN
Albion: (4-3-3) Ankergren; Calderon, Greer, Dunk, Painter (Vincelot 13); Bridcutt, Navarro, Harley (LuaLua 78); Noone, Paynter (Barnes 59), Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Hoskins.
Coventry City: (4-4-2) Murphy; Christie (Wood 41), Keogh, Hussey, Cranie; Clingan, Gardner, Thomas (Bigirimana 53), Baker; Platt (McDonald 78), Jutkiewicz. Pemain simpanan yang lain: Dunn (GK), McSheffrey.

Subscribe to:
Posts (Atom)