(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Thursday, 4 March 2010
England..3 Mesir..1
Wednesday, 3 March 2010
Senarai Terkini Pengurusan Dan Pemain Brighton & Hove Albion
1. Michel Kuipers - Penjaga Gol
2. Andrew Whing - Pertahanan
3. Jim McNulty - Pertahanan
4. Tommy Elphick - Pertahanan
5. Jake Wright - Pertahanan (Dipinjam ke kelab Oxford United)
6. Adam El-Abd - Pertahanan
7. Dean Cox - Midfielder
8. Alan Navarro - Midfielder
9. Nicky Forster - Striker
10. Liam Dickinson - Striker (Dipinjam ke kelab Peterborough United)
11. Kazenga LuaLua - Midfielder (Dipinjam dari kelab Newcastle United)
12. James Tunnicliffe - Pertahanan (Dipinjam ke kelab MK Dons)
13. Mitchell Walker - Penjaga Gol (Dipinjam ke kelab Eastbourne Borough)
15. Gary Hart - Midfielder
16. Colin Hawkins - Pertahanan
17. Glenn Murray - Striker
18. Gary Dicker - Midfielder
19. Inigo Calderon - Pertahanan
20. Andrew Crofts - Midfielder
21. Sebastien Carole - Midfielder
22. Marcos Painter - Pertahanan (Dipinjam dari kelab Swansea City)
23. Adam Virgo - Pertahanan
24. Jamie Smith - Midfielder
25. Craig Davies - Striker (Dipinjam dari kelab Port Vale)
26. Elliott Bennett - Midfielder
27. Gavin Hoyte - Pertahanan (Dipinjam dari kelab Arsenal)
28. George Barker - Pertahanan
29. Peter Brezovan - Penjaga Gol
30. Steve Cook - Pertahanan
31. Josh Pelling - Penjaga Gol
32. Steven Brinkhurst - Midfielder
33. Chris Holroyd - Striker
Ini pula barisan pengurusan kelab Brighton & Hove Albion.
Pengurus Pasukan - Gus Poyet
Penolong Pengurus Pasukan - Mauricio Taricco
Jurulatih Pasukan Utama - Charlie Oatway
Jurulatih Penjaga Gol - Tony Godden
Doktor - Tim Stevenson
Physio - Jim Joyce
Kit Man - Ken Barnard
Landasan Pasir Mas - Rantau Panjang
Berikut adalah peta yang menunjukkan landaan Pasir Mas - Rantau Panjang.
88000 - Stesen Sungai Golok
Stesen Pasir Mas
Tidak lama selepas pelancaran perkhidmatan Jambatan Darat (Landbridge), Tren No. PTP 113 dan 114 pula yang menggunakan landasan ini bagi perjalanan Singapura - Lat Krabang - Singapura.
Malangnya, perkhidmatan kedua - dua tren tersebut telah ditamatkan.
Begitu juga dengan perkhidmatan tren campur No. 615 dan 616 yang beroperasi dari Tumpat ke Rantau Panjang dan sebaliknya. Oleh kerana mahu mengelak daripada kegiatan penyeludupan yang berleluasa, pihak KTM telah mengambil keputusan untuk menamatkan operasi tren ini pada penghujung tahun 1980'an.
Papan tanda jarak yang telah dirosakkan sepatutnya menunjukkan KM 5, lokasi Perhentian Repek.
Ini pula adalah Lintasan Rata Sungai Repek
Setelah puas mencari Perhetian Lubok Batil tetapi tidak ditemui, perjalanan diteruskan menuju ke Gual Periok.
Stesen ini mempunyai platform di sebelah kanan stesen yang panjangnya 396 kaki. Landasan gegelong stesen ini pula panjangnya 1,132 kaki yang membolehkan tren berselisih.
Lagi gambar signboard.
Untuk pengetahuan, mulai 1 Februari 1994, semua get lintasan rata di Kampung Repek, Kampung Gual Periok dan Rantau Panjang tidak dikendalikan oleh penjaga get.
Sungguhpun demikian, landasan laluan ini masih dijaga dengan baik bagi menghadapi apa jua kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang.
Sahabat Dan Jiran Yang Baik
Riwayat at Turmuzi
Jabatan Urusan Jalan
Pada tahun 1994, Jabatan Urusan Jalan telah menyusun semula wilayah penyelenggaraannya dari enam kepada lima. Objektif utamanya adalah untuk mendapatkan saiz jumlah gunatenaga yang sesuai dengan beban kerja bahagian penyelenggaraan landasan.
Jabatan ini juga terlibat dengan kerja - kerja penukaran landasan yang haus, memperbaiki sistem perparitan, menstabilkan kecuraman dan formasi, merekabentuk semua geomatri landasan dan kimpalan landasan.
Kecenderungan menggunakan khidmat kontraktor luar serta penggunaan mesin dalam kerja - kerja penyelenggaraan dan juga peningkatan penggunaan teknologi maklumat merupakan antara faktor pengurang jumlah kakitangan jabatan sejak kebelakangan ini.
Secara keseluruhan, struktur landasan telah diperkukuhkan dalam semua projek keretapi bagi memenuhi keperluan halaju yang tinggi dan operasi tren yang lebih berat. Ini dapat dicapai melalui penggunaan rel UIC 54 kg yang dikimpal secara berterusan, landasan tanpa sambungan walaupun melalui sesimpang, alas konkrit yang ditegaskan dahulu, sub - balas dan kusyen balas yang tebal dan sebagainya.
Pengukuhan landasan dan aspek keselamatan terus menjadi keutamaan. Jabatan ini telah menjalankan kerja - kerja penyelenggaraan dan menaiktaraf jambatan secara berkala. Gelegar jambatan yang lemah telah diganti atau dikukuhkan. Selain daripada itu, kerja - kerja penukaran kayu landasan bagi mengukuhkan landasan dibuat secara progresif.
Kesimpulannya, jabatan ini merancang untuk memperbaharui infrastruktur rel bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pelanggan serta kesediaan landasan dan jambatan sejajar dengan penggunaan lokomotif beban gandar 20 tan (lokomotif berkuasa tinggi Kelas 26 dan Kelas 29) yang diperkenalkan pada penghujung 2003.
Sunday, 28 February 2010
Brighton..2 Exeter CIty..0
Ini kemenangan pertama Brighton di Stadium Withdean sejak bulan Oktober 2009, dan kemenangan pertama di tempat sendiri buat Gus Poyet sejak mengambilalih tugas sebagai pengurus pasukan.
Gol - gol Brighton adalah sumbangan Tommy Elphick (minit ke-26) dan Gary Dickers (minit ke-50). Di bawah adalah gambar sewaktu Dickers menjaringkan gol.
Brighton membuat satu perubahan pada kesebelasan utama yang menang 2 - 1 di Charlton pada perlawanan pertengahan minggu lalu. Glenn Murray yang sembuh dari demam mengambilalih tempat selaku pemain penyerang, menggantikan Nicky Forster yang kembali ke bangku simpanan.
Seramai 6,952 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan ini.
Brighton kini menghuni tangga ke 16 liga dengan mengumpulkan 37 mata daripada 33 perlawanan.
Seterusnya pasukan Brighton akan bertandang ke Stadium Weston Homes Community pada 8 Mac 2010 menentang Colchester United.
Albion:(4-5-1) Brezovan; Calderon, El-Abd, Elphick, Painter; Bennett, Crofts, Navarro, Dicker, LuaLua (Holroyd 69); Murray (Hart 82). Pemain simpanan yang lain: Kuipers (GK), McNulty, Carole, Forster, Hoyte.