Wednesday 11 September 2013

Jawatan Kosong - Tukang K3



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

TUKANG K3
(GRED R07G12)

KELAYAKAN
Calon Dalaman :
-  Telah disahkan dalam perkhidmatan;

-  Berkhidmat tidak kurang dari 5 tahun dalam gred 12;

-  Lulus ujian Tukang K3 ;

-  Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Calon Luaran:
-  Berusia tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan;

-  Mempunyai sijil kemahiran daripada IKM, ILP, Giat MARA atau mana-mana institusi yang setaraf atau

-  Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dari mana-mana institusi kemahiran atau

-  Keutamaan dalam bidang Teknologi Bangunan Berasaskan Kayu, Teknologi Bangunan Berasaskan Batu-Bata, Pemasangan Paip Domestik dan lain-lain yang setara.

KRITERIA PEMILIHAN
-  Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;

-  Mempunyai tahap kesihatan yang baik;

-  Sedia bertukar kemana-mana lokasi dirangkaian KTMB;

-  Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian.

SPESIFIKASI TUGAS
-  Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembaikan/penyenggaraan bangunan.

-  Bertanggungjawab mengadakan cara kerja yang selamat.

-  Menggunakan peralatan dan bekalan/alat ganti dengan berpatutan tanpa membazir.

-  Menunjuk ajar serta bekerjasama dengan pembantu (Penyenggara Am) untuk menjalankan tugas tugas harian.

-  Memastikan semua peralatan tukang dalam keadaan sempurna.

-  Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Penyelia dari masa kesemasa.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan butir-butir peribadi, pengalaman, kelulusan beserta dengan salinan sijil yang berkaitan dan bagi calon luar hendaklah menyertakan sampul surat beralamat sendiri yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum  23 September 2013 ke alamat seperti berikut:-
                 

PENGURUS BESAR
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur.

Tel: 03-22631368/03-22631312

Jawatan Kosong - Tukang K2



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

TUKANG K2

KELAYAKAN
CALON LUARAN
-  Berusia 18 tahun dan ke atas tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan

-  Mempunyai sijil kemahiran daripada IKM, ILP atau mana-mana institusi yang setaraf atau

-  Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dari mana-mana institusi kemahiran

-  Keutamaan pada bidang elektrikal, elektronik dan mekatronik


CALON DALAMAN
-  Telah disahkan dalam perkhidmatan.

-   Berkhidmat tidak kurang dari 5 tahun sebagai Penyenggara Am

-   Diperakukan oleh Ketua Jabatan

-   Lulus ujian kelayakan kenaikan pangkat Tukang K2

KRITERIA PEMILIHAN
-  Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

-  Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak rabun warna

-  Sedia bertukar kemana-mana lokasi dirangkaian KTMB

-  Bermotivasi serta boleh bekerja dengan penyeliaan yang minima

-  Bersedia dipanggil pada bila-bila masa untuk kerja-kerja kecemasan

SPESIFIKASI TUGAS
-  Memasang / menyelenggara serta menguji peralatan bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik

-  Menjalankan tugas-tugas ketukangan mengikut spesifikasi tugas yang ditetapkan oleh jabatan masing-masing

-  Membuat laporan kepada penyelia segala kerosakan dan kemalangan yang berlaku serta merekod aktiviti penyenggaraan yang dilakukan

-  Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Penyelia dari masa kesemasa

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan butir-butir peribadi, pengalaman, kelulusan beserta dengan salinan sijil yang berkaitan dan bagi calon luar hendaklah menyertakan sampul surat beralamat sendiri yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum  23 September 2013 ke alamat seperti berikut:-                

PENGURUS BESAR
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Keretapi Tanah Melayu Berhad
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur.
 
Tel: 03-22631368/03-22631312

Jawatan Kosong - Pembantu Tadbir (Kerani Kaunter)



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PEMBANTU TADBIR (KERANI KAUNTER)
(GRED N09G10)

KELAYAKAN
- Umur hendaklah tidak melebihi 25 tahun untuk calon-calon luaran dan 35 tahun bagi calon-calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad  pada tarikh iklan ditutup;

- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dengan mendapat kepujian di dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Matematik serta lulus Bahasa Inggeris.


KRITERIA PEMILIHAN
- Berpewatakan menarik, positif, sabar, berkeyakin tinggi dan kreatif.

- Fizikal yang sihat dengan berat badan serta ketinggian yang ideal.

- Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik serta kebolehan menguasai bahasa ketiga adalah suatu kelebihan;

- Sanggup bekerja syif termasuk pada hujung minggu dan cuti-cuti umum;

- Boleh bekerja dalam kumpulan serta boleh melakukan kerja-kerja di bawah penyeliaan yang minimum;

- Pengalaman bekerja di dalam bidang perkhidmatan pelanggan atau pengurusan hospitaliti  akan diberi keutamaan;

 - Mempunyai pengetahuan asas komputer, memiliki kenderaan sendiri dan lesen memandu yang sah juga akan diberi keutamaan;

- Bersedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang tidak lengkap serta gagal memenuhi syarat yang telah ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk di temuduga dan permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 27 September 2013 ke alamat berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

Tel: 03-22631368/03-22631312