Permohonan
adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan
berikut:-
TUKANG
K2
KELAYAKAN
CALON LUARAN
- Berusia 18 tahun dan ke atas tetapi tidak
melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan
- Mempunyai sijil kemahiran daripada IKM, ILP
atau mana-mana institusi yang setaraf atau
- Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
dari mana-mana institusi kemahiran
- Keutamaan pada bidang elektrikal, elektronik
dan mekatronik
CALON DALAMAN
- Telah disahkan dalam perkhidmatan.
- Berkhidmat tidak kurang dari 5 tahun sebagai
Penyenggara Am
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan
- Lulus ujian kelayakan kenaikan pangkat
Tukang K2
KRITERIA PEMILIHAN
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta
tidak rabun warna
- Sedia bertukar kemana-mana lokasi dirangkaian
KTMB
- Bermotivasi serta boleh bekerja dengan
penyeliaan yang minima
- Bersedia dipanggil pada bila-bila masa untuk
kerja-kerja kecemasan
SPESIFIKASI TUGAS
- Memasang / menyelenggara serta menguji
peralatan bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik
- Menjalankan tugas-tugas ketukangan mengikut
spesifikasi tugas yang ditetapkan oleh jabatan masing-masing
- Membuat laporan kepada penyelia segala
kerosakan dan kemalangan yang berlaku serta merekod aktiviti penyenggaraan yang
dilakukan
- Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Penyelia
dari masa kesemasa
CARA MEMOHON
Permohonan
hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan butir-butir peribadi,
pengalaman, kelulusan beserta dengan salinan sijil yang berkaitan dan bagi
calon luar hendaklah menyertakan sampul surat beralamat sendiri yang bersetem.
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum 23 September 2013 ke alamat seperti berikut:-
PENGURUS BESAR
Pengurusan Bakat dan Pembangunan
Organisasi
Keretapi Tanah Melayu Berhad
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur.
Tel: 03-22631368/03-22631312
No comments:
Post a Comment