Saturday, 26 September 2009

Tren Balas

Tren Balas atau Ballast Train adalah satu jajaran tren yang sangat penting. Ini kerana apabila berlaku kecemasan, Tren Balas ini tidak boleh ditahan oleh mana - mana stesen tanpa ada sebab yang sia - sia.

Tren Balas sedang bekerja di Yad Parit Buntar
Tren Balas ini dilarikan mengikut keperluan Jabatan Urusan Jalan.

Salah sebuah gerabak Tren Balas
Lagi gerabak Tren Balas

Tren Balas bermaksud tren kejuruteraan yang khusus untuk membawa batu blok, balas, crusher run, chipping, habuk kuari dan lain - lain peralatan kegunaan Jabatan Urusan Jalan.

Bogie HOTC juga digunakan sebagai Tren Balas
Oleh kerana bahan stok kecemasan terdapat di seluruh Jajaran KTMB, maka banyak Tren Balas yang boleh kita temui beroperasi siang dan malam. Antara tempat - tempat yang dipercayai tempat menyimpan stok ini adalah di Bukit Mertajam, Taiping, Kajang, Gemas, Kempas Baru, Jerantu, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas dan Tasek Gelugor.

Stok Bahan di Stesen Kuala Krau
Keretapi Balas bersedia di Stesen Gua Musang

Brighton..2 Southend United..3

Pada 19 September 2009 yang lepas, pasukan Brighton mengalami kekalahan yang ke 4 musim ini.

Brighton tewas 2 - 3 kepada Southend United di laman sendiri yang menyebabkan pasukan Brighton kini menghuni kedudukan ke 19 dalam Liga Coca Cola Bahagian Satu, merosot dari tangga ke 15 minggu lepas. Nicky Forster sekali lagi menjadi hero untuk pasukan Brighton apabila menjaring kedua - dua gol dalam perlawanan ini, untuk menjadikan keseluruhan beliau sudah menjaringkan tujuh gol dari lima perlawanan.

Albion: (4-4-2) Kuipers; Virgo, Elphick, Tunnicliffe, El-Abd; Bennett, Dicker, Crofts, A Davies (Cox 73); Forster (Hart 84), Dickinson (C Davies 73). Pemain simpanan yang lain: Pelling (GK), C Davies, Wright, Navarro, Thornhill.

Selamat Hari Raya

Saya dan Keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog dari jauh dan dekat.