Hari kelima di Puerto Princesa bermula dengan agak suram. Hujan turun dari jam 3 pagi membuatkan aku merasa kurang selesa. Aku tak dapat nak lena kerana teruja benar dengan aktiviti yang akan aku lalui sepanjang hari ini.
Jam 5 pagi. Matahari dah pun bersinar, tapi sinarannya itu ditelan oleh awan mendung yang memenuhi langit biru. Aku menung sendirian....
Selepas hampir sejam perjalanan, aku tiba di satu puncak yang dikenali sebagai Buena Vista View Deck.
Dari atas puncak ini, aku dapat lihat satu pemandangan yang indah. Gunung ganang, lautan, bukit bukau dan segala macam keindahan alam ciptaan Ilahi. Aku bersyukur dengan apa yang ada pada aku hari ini