Thursday, 12 August 2010

England..2 Hungary..1

Steven Gerrard menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit pada separuh masa kedua bagi membolehkan England menumpaskan Hungary 2 - 1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley, sebentar tadi (11 Ogos 2010).

Dengan Terry, Walcott, Lampard dan Cole digantikan pada permulaan separuh masa kedua dengan Michael Dawson, Ashley Young, Bobby Zamora dan Kieran Gibbs, England tampak sedikit bertenaga dengan formasi 4-4-2.

England dikejutkan dengan jaringan sendiri oleh Jagielka pada minit ke-62 ketika beliau cuba untuk menyekat sepakan lintang pemain Hungary, Zoltan Gera.

Tetapi Gerrard tampil dengan dua gol menarik pada minit ke-69 dan 73 bagi mengelakkan pengurus pasukan Fabio Capello daripada mendapat malu yang lebih besar ekoran prestasi yang buruk sewaktu Piala Dunia Afrika Selatan baru - baru ini.

England: Hart, Glen Johnson, Jagielka, Terry (Dawson 46), Ashley Cole (Gibbs 46), Barry, Lampard (Zamora 46), Walcott (Young 46), Gerrard (Wilshere 82), Adam Johnson, Rooney (Milner 66). Pemain simpanan yang lain: Loach, Cahill, Carlton Cole, Fielding.

Northampton Town..2 Brighton..0


Cabaran Brighton & Hove Albion dalam pertandingan Piala Carling berakhir seawal di Pusingan Pertama lagi apabila tumpas 0 - 2 kepada Northampton Town malam kelmarin (10 Ogos 2010).

Dalam perlawanan ini, Matt Sparow telah dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-35 kerana kekasaran ke atas pemain lawan.

Pengurus pasukan, Gus Poyet membuat tujuh perubahan dalam kesebelasan utama berbanding dengan senarai pemain pada perlawanan pertama ketika menentang Swindon Town, Sabtu lepas.

Beliau menyerahkan tugas penjaga gol kepada Micheal Poke serta menurunkan pasangan Argentina, Cristian Baz dan Agustin Battipiedi. Andrew Whing, Gary Hart, Gary Dicker dan Chris Holroyd juga tersenarai buat kali pertama dalam kesebelasan utama musim ini.

Hanya Tommy Elphick, Adam El-Abd, Matt Sparrow dan Marcos Painter kekal dalam kesebelasan utama. Manakala Elliott Bennett, Alan Navarro, Ashley Barnes dan Jamie Smith tersenarai sebagai pemain simpanan bersama pemain professional tahun satu, Ryan Thomson.

Albion: (4-4-2) Poke, Whing, Elphick, El-Abd, Painter; Dicker, Battipiedi, Sparrow, Baz (Bennett 46); Hart, Holroyd (Navarro 46 (Jamie Smith 53)). Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Barnes, Cook, Thomson.

Monday, 9 August 2010

Ciri - Ciri Sebuah Keluarga Bahagia

(sambungan)

Walaupun hadis ini menyebut sifat-sifat yang ada pada seorang wanita untuk dikahwini oleh seorang lelaki tetapi tafsiran sebenarnya ia tidak terbatas secara begitu. Ia merangkumi setiap jantina sama ada lelaki atau perempuan mesti memiliki ciri-ciri tersebut untuk dipilih menjadi pasangan hidup agar sekutu atau berpadanan antara satu sama lain. Tidak adil sekiranya hanya wanita sahaja yang mesti memiliki sifat-sifat seperti kaya, keturunan yang baik, cantik dan beragama untuk dijadikan isteri sedangkan bagi pihak lelaki ciri - ciri berkenaan tidak ada.

Memang menjadi lumrah masyarakat tradisional terutamanya pihak wanita akan menilai status kekayaan menjadi pilihan utama memilih bakal suami. Mereka akan bangga memiliki menantu atau pasangan yang kaya atau banyak harta. Manakala bagi pihak lelaki pula akan menilai rupa paras wanita yang akan dikahwininya tanpa mengambil kira sangat status keluaarganya, asalkan wanita itu cantik rupa paras dan baik pekertinya.

Ada juga keluarga yang mengambil kira status keturunan setiap pasangan yang akan menjadi suami isteri. Mereka akan memilih jodoh dari keturunan yang baik baik, keturunan berada, keturunan kenamaan dan sebagainya supaya setanding dengan kedudukan mereka.

(bersambung)

Pemain England Untuk Perlawanan Persahabatan

Pengurus pasukan England, Fabio Capello menyenaraikan tiga orang pemain yang belum pernah bermain untuk pasukan England sebagai persiapan menjelang perlawanan persahabatan menentang Hungary di Stadium Wembley pada hari Rabu 11 Ogos 2010.

Tiga pemain yang dimaksudkan adalah Jack Wilshere, Kieran Gibbs dan Bobby Zamora.

Penjaga gol Paul Robinson juga dipanggil semula menguatkan barisan England tetapi mengumumkan persaraan untuk bermain di peringkat antarabangsa, tetapi kehadiran Ben Foster boleh membantu David James dan Robert Green. Theo Walcott dan Adam Johnson juga dipanggil semula tetapi nama Joe Cole tercicir dari senarai.

Carlton Cole dan Darren Bent hadir bagi menggantikan Jermain Defoe dan Peter Crouch. Hanya 10 daripada 23 orang pemain yang beraksi di Afrika Selatan tersenarai dalam pasukan ini.


Skuad England untuk berhadapan pasukan Hungary:

Penjaga Gol: Ben Foster (Birmingham), Joe Hart (Manchester City)

Pertahanan: Wes Brown (Manchester United), Gary Cahill (Bolton), Ashley Cole (Chelsea), Michael Dawson (Tottenham Hotspur), Kieran Gibbs (Arsenal), Phil Jagielka (Everton), Glen Johnson (Liverpool), John Terry (Chelsea)

Tengah: Gareth Barry (Manchester City), Steven Gerrard (Liverpool), Adam Johnson (Manchester City), Frank Lampard (Chelsea), James Milner (Aston Villa), Ashley Young (Aston Villa), Theo Walcott (Arsenal), Jack Wilshere (Arsenal)

Penyerang: Darren Bent (Sunderland), Carlton Cole (West Ham United), Wayne Rooney (Manchester United), Bobby Zamora (Fulham)

Sunday, 8 August 2010

Ciri - Ciri Sebuah Keluarga Bahagia

(sambungan)

Perkahwinan adalah satu amanah dan sunnah. Perancangan yang teliti dancermat perlu dilakukan sebelum sesebuah ikatan perkahwinan itu dilangsungkan supaya tidak timbul rasa penyesalan di kemudian hari. Sesungguhnya Islam telah menetapkan beberapa kaedah atau panduan yang sempurna bagi setiap individu muslim untuk meilih jodoh.

Beberapa kriteria penting yang mesti diberi perhatian ketika membuat pilihan samada ada bakal isteri ataupun bakal suami adalah berdasarkan hadis Rasulullah SAW sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud;

"Dikahwini seorang perempuan kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama. Kamu menempah kerugian jika tidak mengutamakan yang beragama".

(bersambung)

Swindon Town..1 Brighton & Hove Albion..2


Albion memulakan musim baru 2010/11 dengan cemerlang apabila Matt Sparrow menjaring dua gol bagi membantu Albion menang 2 - 1 ke atas kelab Swindon Town di tempat lawan, semalam.

Sparrow menjaringkan gol pada minit ke 19 dan minit ke 75 di hadapan penonton seramai 10,392 orang di Country ground, Swindon.

Casper Ankergren membuat penampilan pertama bersama Albion sebagai penjaga gol, beberapa jam selepas menandatangani kontrak dua tahun bersama Albion.

Albion: (4-5-1) Ankergren; Calderon, Elphick, El-Abd, Painter; Bennett, Kishishev (Dicker 57), Navarro, Sparrow, Jamie Smith (Hart 84); Barnes. Pemain simpanan yang lain: Poke (GK), Whing, Holroyd, Battipiedi, Baz.