Sunday, 26 May 2013

Termenung

Dalam aku termenung
Hatiku selalu teringat padamu
Hai kekasihku

Tak dapat ku lupakan
Meskipun kau jauh
Bila telah engkau datang
Hai kekasihku

Apakah kau merasa
Belaian sukma ku lara
Rasa hidup merana
Dalam kisah asmara

Tidakkah kau tak merasa
Yang aku derita
Dalam aku termenung
Hidupku tersiksa

Penjadualan Semula Tren Penumpang Antarabandar

Kepada semua pengguna atau penumpang Tren Antarabandar KTMB, ingin aku maklumkan di sini bahawa pihak KTMB Antarabandar akan menjadualkan semula perkhidmatan Tren Antarabandar mulai 1 Julai 2013.

Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan jadual perjalanan baharu dan seterusnya merancang perjalanan kalian bermula dari tarikh tersebut.

Klik disini untuk jadual tren Sektor Utara ke Sektor Selatan
Klik disini untuk jadual tren Sektor Selatan ke Sektor Pantai Timur

Dari pengamatan aku, nama beberapa buah stesen atau perhentian tiada dalam senarai tren untuk berhenti. Antara stesen atau perhentian yang terlibat adalah Danga City Mall, Mengkibol, Chamek, Tenang, Genuang, Batu Anam, Mengkuang, Batu Sembilan dan Kampung Machang. 

Aku masih belum melihat jadual penuh bagi semua perjalanan, tetapi aku percaya bahawa semua ini dilakukan untuk memenuhi kehendak pelanggan iaitu kita semua yang menggunakan perkhidmatan Tren Antarabandar.

Secara keseluruhan, penjadualan semula perkhidmatan Tren Antarabandar ini nampaknya bersesuaian dengan cogankata KTMB sekarang iaitu 'ONTIME EVERYTIME'.